Tok! Tok! Tok!"Ariana." Panggil Datin Arya dari luar bilik. Ariana yang sedang meniarap di atas katil terus bangun ke arah pintu yang tertutup rapat.
"Ya ma, kenapa?" Tanya Ariana. Datin Arya dipandang.
"Raid dekat bawah." Beritahu Datin Arya. Ariana mengeluh.
"Cakap dengan dia, Ana merajuk." Ariana masuk ke dalam biliknya kembali. Datin Arya menutup pintu bilik sambil menggeleng-gelengkan kepala nya.
Ariana baring semula di atas katil. Dia masih dalam fasa merajuk. Sekarang masuk cuti sekolah selama seminggu. Hampir tiga hari Raid tidak datang bahkan langsung tidak menghubunginya. Lagilah dia marah. Raid sama-sama ego.
"Tiba-tiba muncul ni apahal?" Ariana bertanya pada dirinya sendiri. Kedengaran detak kaki seseorang.
Tok! Tok! Tok! Ariana malas-malas bangun. Dibuka pintu, terpampang wajah teman lelakinya.
"Marah lagi?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Raid. Ariana tutup kembali pintunya dengan kuat.
"Ariana! Don't do that to your boyfriend, sweetheart!" Kedengaran jeritan dari datin Arya. Raid ketawa perlahan.
"Tengok, aunty pun tak suka kau marah aku macam ni. Keluar, sayang." Pujuk Raid. Ariana sandar pada pintu bilik.
"Kata haritu tak nak pujuk. Kenapa tiba-tiba hari ni muncul?" Marah Ariana.
"Aku... Rindu kau." Luah Raid. Ariana berbunga seketika. Dia diam. Jap nak marah ke tak ni?
"Keluar eh sayang. Aku tunggu kat bawah." Beritahu Raid. Detak kaki yang menjauh, Ariana abaikan. Ariana berfikir sebentar.
"Memang tak aku nak turun." Gumam Ariana seorang diri. Ariana duduk di belakang pintu.
"Biar penat dia pujuk aku." Ariana buat muka geram.
"Tak nak sangat dengar cakap aku lagi kan. Dulu janji nak jaga aku tak nak berkasar lah apa lah. Tapi sekarang, tangan tu tak boleh control dah." Bebel Ariana. Memang tak naik tangan padanya tapi pada makhluk-makhluk yang ada di sekelilingnya.
"Aku ada dekat sini lagi." Tiba-tiba suara Raid kedengaran. Ariana sedikit terkejut. Tiba-tiba sahaja kedengaran suara garau lelaki itu
"Aku dengar apa yang kau bebelkan tu. Macam yang kau selalu cakap. Kita bincang okay." Kata Raid lembut. Tidak ingin memaksa. Lagi dipaksa nanti perempuanya itu merajuk lagi.
"Pergilah turun. Sekejap lagi, Ana turun lah." Kata Ariana malas-malas. Dia bangun dari duduknya. Pakai pakaian yang kemas sedikit.
"Okay." Kali betul-betul Raid turun. Selesai semuanya, dia turun ke bawah. Kelihatan Raid yang sedang duduk di sofa berhadapan dengan Datin Arya. Mamanya itu bukan main gelak-gelak besar dengan Raid. Entah apa yang dicakapkan entah.
"Ari, mari duduk sayang." Datin Arya memanggil anak gadisnya itu. Ariana duduk di sebelah mamanya. Tidak mahu duduk di sebelah Raid.
"Gaduh apa dengan Raid tu? Sampai Raid datang nak memujuk ni." Datin Arya bertanya. Ariana menggelengkan kepalanya.
"Jangan susahkan Raid sayang. Tak elok buat macam tu." Pesan mamanya. Raid senyum kemenangan. Ariana jeling Raid.
"Mama ni, selalu sebelahkan Raid." Marah Ariana. Datin Arya gelak kecil.
"Tengok ni Raid, cemburu betul dia." Datin Arya memandang Raid. Raid hanya mengangguk.
"Dia memang macam tu aunty. Dekat sekolah Raid pujuk pun tak jalan." Kata Raid. Ariana peluk tubuhnya sendiri.
YOU ARE READING
RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️
ActionKnown as MY PSYCHO BADBOYFRIEND SHORT STORY Kami kawan sepermainan. Semakin membesar semakin berubah. Seorang lelaki yang membesar hanya untuk melindungi orang tersayang sehingga OBSES menguasai diri. Apa miliknya tetap miliknya. Kau sentuh milik d...