Ali segera ke Akademi M.A.T.A selepas sesi persekolahannya tamat. Tapi kali ni tanpa Alicia sebab Alicia duluan pergi ke sana tanpa menunggu Ali.
Kononnya ada hal penting yang ingin Jeneral bincangkan dengan anak kesayangannya tu. Tambahan mentor-mentor disana juga telah mengingatkan Ali supaya datang awal secepat mungkin selepas sekolah.
Ali sendiri pun tak tahu apa yang penting sangat sampai disuruh datang awal cepat-cepat. Tapi apalah boleh buat dah namanya arahan kalau dibantah nanti kena marah oleh ejen mentor kita. Mahu tak mahu, Ali terpaksa mengangkat kakinya yang malas tu ke sana juga.
Comot yang sentiasa bersama tuannya hanya memandang Ali yang dah nampak sayu semacam tu ja.
"Aduh, aku malas nak ke sanalah..." rungut Ali yg dah mendaratkan punggungnya ke atas sofa di dalam sebuah ruangan yang akan menghantar dia dan Comot ke Akademi melalui jalan di dalam laut yang telah di bina khas oleh M.A.T.A.
Sambil ruangan tu bergerak, Ali sempat melihat keindahan kehidupan akuatik dengan meletakkan mukanya yang masam atas telapak tangan. Ali sebenarnya dah berjanji dengan Viktor untuk bermain game Detektif Jebat itu bersama-sama selepas habis sekolah tetapi tak jadi selepas Ali mendapat panggilan daripada M.A.T.A.
Dengan tidak rela, Ali terpaksa membatalkan perjanjian diorang dan menyebabkan Viktor mula tidak percayakan Ali selepas tu.
Begitulah yang terjadi sebenarnya...
Sampai sudah ke Akademi, Ali keluar dari ruangan tadi bersama Comot. Ali melihat sebentar bangunan di depannya dan mengambil nafas untuk tenangkan dirinya yang tak tentu itu. Dia mulakan langkahnya menuju ke pintu masuk utama Akademi tetapi sebelum itu dia diimbas dahulu oleh robot Akademi M.A.T.A.
Habis je di-scan, robot itu membenarkan dia masuk dengan Comot. Pintu masuk dibuka secara automatik dan terlihat disana tiada orang. Mungkin mereka semua di Arena Latihan 1 kot?
Ali terus bergegas ke Arena 1 di mana dia rasa semua orang sedang berkumpul di situ. Begitu juga dengan orang yang sangat bencikan dia, tak lain dan tak bukan mestilah si Landak Inviso kita, Rudy.
Ali berlari ke sana dan tercungap-cungap. Tak lama kemudian dia sampai ke destinasi dia dan- oh dia awal? Melihat di sekelilingnya hanya kawan-kawan Akademi ja. Mentor belum ada jadi ini membawa maksud yang Ali ni awal sampai.
Uish boleh tahan...
Ali menghelakan nafas lega dan pergi ke tempat orang yang seunit dengan dia, Khai.
"Hai Khai." Ali menyapa Khai dan duduk disebelahnya. "Oh, Ali. Hai." Khai menbalas dengan lembut.
"Ali!!!"
Ali memandang kearah suara yang menyebut namanya dengan kuat. Habis satu Arena tu bergema olehnya. Siapa lagi kalau bukan anak bulan kita, Moon yg jerit nama Ali macam speaker. "Moon janganlah jerit kuat sangat." suara dengan nada lembut itu menegur ejen Inviso tersebut. Iman hanya menggelengkan kepalanya.
"Oh hei." Ali melambaikan tangannya kepada mereka berdua yang berlari anak kat dia. "Kau baru sampai ke atau dah lama?" Tanya Moon kat Ali. Ali hanya menanggukkan kepalanya dengan sedikit bunyi suaranya.
"Sampai juga kau."
Mereka berempat terus mengalihkan kepala mereka ke arah pemilik suara itu, Alicia yang menunggu rakan sekelasnya Ali. "Pergi ke markas, Jeneral panggil kau. Ada hal penting yang Jeneral nak tanya kau." Terus Alicia pergi dari situ selepas dia beritau.
Ali hanya memandang dia dengan heran penuh makna. "Ermm... Korang aku pergi dulu ye. Jeneral panggil aku." Ali cakap kat kawan-kawannya sambil garu kepala yang tak gatal. Kawannya semua hanya angguk kepala je.
"oh ye. Boleh kamu jagekan Comot dulu?" Ali memberi Comot kat Iman. Mereka menangguk tanda faham. "Mestilah boleh." Kata Moon kepada Ali.
Ali pun pergi ke markas Akademi di mana Jeneral comel kita panggil Ali sebentar tadi.
Tapi adakah dia sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan dia dari mula?
Ali dah sampai ke markas. Pintu automatik dibuka bagi budak iris kita ni dapat masuk ke dalam. Dan terpaparlah muka Jeneral Rama kat hologram.
"Ali."
Jeneral menyebut nama Ali dengan penuh kekecewaan. Ali tersentap sikit kerana dia tahu apa masalahnya.
"Dah berapa kali saye sudah beritahu kamu jangan rosakkan misi!!" Marah Jeneral pada Ali. Ali hanya tundukkan kepalanya, pandang lantai dengan rasa bersalah.
"M-Maaf Jeneral, saya cume—"
"DEY!! Jangan potong cakap saya dulu!!!" Ali hanya mengeluh kecil dan bermain dengan jarinya.
"Apa dah jadi dengan kamu ni? Mula-mulanya kamu dah banyak meningkat maju, skarang kenapa kamu boleh jadi macam dulu ni balik?!" Jeneral berkata pada Ali sambil memicit batang hidungnya, menahan gunung berapi yang hampir je mau meletus.
"Kalau kamu ada masalah, bagitau kami. Jangan disimpan. Saya tau kamu ialah ejen yang hebat." Kata Jeneral dengan merenung Ali.
Ali hanya mendiamkan diri, tak tahu apa yang hendak dilakukan selepas itu. Fikirannya sedang sempit. Tapi kalau di simpan lama, lama kelamaan benda ni akan membuatkan Ali tidak fokus pada misinya nanti.
"Okeii Jeneral, maafkan saya kerane tidak melaksanakan misi dengan betul. Saya janji saya akan buat yg terbaik di misi yang seterusnya nanti." Pujuk Ali dengan membuat muka comel kat Jeneral.
Jeneral hanya pasrah je kat muka omel tu. Rela tak rela, beliau terpaksa melepaskan Ali buat kali ni, buat sekali laginya.
Ali berlalu keluar dari markas dan ternampak Alicia sedang menunggunya di luar markas.
"Hah, ape yang Jeneral cakap tadi?" Tanya Alicia dengan menyilangkan tangan kat dada sendiri.
"Huh... Macam biaselah, Jeneral marah aku." Ali buat muka pokerfacenya tak jadi.
Alicia hanya memusingkan matanya, terus memusingkan badannya dan mula jejakkan kaki, nak ke tempat lain tetapi kakinya terhenti sebentar dan pandang Ali balik.
"Oh ye aku hampir lupe, nanti balik rumah, kau kemaskan baju kau. Bawa apa yang patut."
Ali memandang Alicia pelik. Kenapa tetiba di suruh kemas baju?
"Sebab Jeneral suruh kau tidur sini."
Ali terkejut beruk. Apa?! Kenapa mesti tidur di Akademi? Bukannya dia takde rumah.
"A-Alicia nape aku kene tido kat Akademi tetibe ni? Lagipun n-nanti sape yang nak temankan ayah aku dan ayah aku tak t-tau pun yang aku ni ejen M.A.T.A—"
"Jangan banyak tanye boleh?!"
Ali sentap sedikit dengan nada suara Alicia yang garang tu. Alicia menarik nafas seketika dan sambung percakapannya balik.
"Kau ikut je arahan lagipun ni hukuman kau kerane tak ikut arahan masa misi tempo hari. Dan tentang ayah kau tu, kami dah settlekan."
✰✰✰
Tᴏ Bᴇ Cᴏɴᴛɪɴᴜᴇᴅ...
Maaflah kalau citer ni tak menarik perhatian readers sangat lagipun ni first book author tulis stelah sekian lama menghilang.
Btw, jangan lupa vote dan comment yerr.♥
YOU ARE READING
𝕿𝖊𝖒𝖆𝖓 𝕾𝖊𝖇𝖎𝖑𝖎𝖐 ~ ℜ𝔲𝔏𝔦 (𝒴𝒶ℴ𝒾)[𝗦𝗹𝗼𝘄 𝗨𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲]
FanfictionAli dihukum oleh Jeneral Rama kerana tidak mengikut arahan pada waktu misi. Jadi hukumannya ialah Ali terpaksa tidur di Akademi. Tetapi dia tidak tahu yang dia akan tidur sebilik dengan seseorang. Yang pasti seseorang itu betul-betul bencikan dia da...