☾︎𝙲 𝙷 𝙰 𝙿 𝚃 𝙴 𝚁 3☽︎

2.1K 98 4
                                    

Seperti biasa...



Setiap kali sesi persekolahan mereka tamat, mesti ke Akademi segera tak kira apapun alasan. Kecualilah ada hal privasi yang ingin diselesaikan.


Dan begitu juga dengan Ali.


Tapi kali ni Ali terpaksa bawa beg yang dipenuhi oleh pakaiannya sendiri ke Akademi. Kita pun tau jugakan apa sebabnya. Tak lain mestilah denda tu.

Ali dalam perjalanan pulang ke rumahnya untuk bersihkan rumah dan kemaskan barang untuk 'percutian' dia di Akademi nanti yang akan datang.

Semasa Ali kemaskan ruang tamu, Ali tak sengaja terjatuhkan gambar kenangan keluarga dia ke atas lantai. Fuhh- nasib gambar tu tak pecah...

Ali membongkokkan badannya, cuba mengambil gambar tersebut tetapi pergerakan dia tetiba berhenti apabila dia ternampak apa situasi dalam gambar itu melalui cermin lutsinar bingkai gambar itu.

Terlihat di sana ada tiga susuk tubuh. Dua orang dewasa, satu lelaki dan satu perempuan, kelihatan seperti suami dan isteri dan satu orang budak kecil yg kelihatannya seperti baru beberapa bulan selepas dilahirkan.

Mereka nampak sangat gembira di dalam gambar itu. Tak lain dan tak bukan semestinya itu ialah gambar keluarga Ali. Mak dia masih ada dalam gambar tu sebelum dia meninggalkan mereka berdua buat selamanya.

Ali mengambil gambar itu dari lantai ruang tamu itu dan menatapnya lama. Sebutir air mata jatuh dari mata Ali yang dah berkaca disebabkan memori indah yang tak dapat diulang lagi.

Ali menangis diam-diam. Dia cuba tenangkan dirinya tapi semakin dia cuba mendiamkan diri semakin sukar untuk dia hentikan tangisan perit dia.


Zzzzztttt


Bunyi getaran dari handphone Ali menganggu Ali dari emosi. Mahu tak mahu Ali terpaksa angkat handphonenya. Dia melihat ID pemanggil, siapa lagi kalau bukan si Cik Medusa kita, Alicia.

Ali membetulkan suaranya yang dah serak basah tu dan mengangkat telefonnya. "Hello?" Tanya Ali yang nak pastika- "ALI!!! MANE KAU NI?! KAU TAU TAK AKU KENE MARAH TERUK OLEH JENERAL DISEBABKAN KAU!?" Marah Alicia dalam telefon tu.

Tak payah pakai speaker pun sbb suara Alicia tu pun kalau volumenya dah handphone memang kuat. Adeh, sampai apa yang Author nak sampaikan pun dia potong (╥_╥).

"S-Sorry, t-tadi aku cedara sikit. Nanti aku datang..." Kata Ali dengan nada sedikit sayu.

Biarpun Ali dah betulkan suaranya tapi bagi pendengaran Alicia, Ali kedengaran sedih. Muka Alicia tadi yang bengang bertukar menjadi sedih juga. "Ali?" Alicia sebut nama kawannya. Bagi memastikan kawan dia masih disitu, masih dengar suara Alicia.

"O-Oh, iye nape Alicia?" Tanya Ali sedikit gugup, manatau Alicia marah dia lagi sebab lambat datang ke Akademi. "Hmm, takde cuma... Nanti kau datang ke Akademi, okay?" Jawab Alicia sebelum dia mematikan talian mereka.

Ali memandang handphonenya, sedikit hairan dengan suara Alicia tadi yang mulanya marah dan lepas tu bertukar menjadi sedih. Tapi dia memulaukan benda tu yang penting sekarang ialah denda tu.

Lebih baik dia cepat-cepat bersiap sebelum denda dia yang dah memangnya dari awal teruk tu bertambah teruk.




*Keadaan di Akademi selepas
telefon Ali*

Tutt...

"Hmm, macam mane dengan Ali, Alicia..." Tanya Jeneral Rama di hologram kat anaknya. "Dia kata dia akan datang tak lame lagi..." Kata Alicia dengan sedikit nada sedih. Alicia tumpang sedih terhadap kesedihan Ali tadi di handphone.

"Tu je yang dia cakap?" Soal Jeneral lagi dengan sedikit hairan sebab selalunya Ali akan beri 1001 alasan kenapa dia datang lewat.


"Ye, tu je..."


Jeneral Rama hanya mengangguk tanda faham. Di situ juga ada murid-murid Akademi yang lain.

Tak payahlah Author taip nama dorang lagikan? Sebab Author yakin yang kamu pun tahu juga siapa mereka semua. Lagipun panjang nanti nak taip lagi doo...

Mereka pun turut heran dengan keadaan anak dan bapa itu. Selalunya mereka akan bertengkar sekejap biarpun masalah tersebut hanyalah masalah kecil tapi hari ni tak.




Menghairankan...




Iman dan Khai takut nak tanya Alicia tentang Ali tapi mereka perasan sesuatu. Seperti ada sesuatu yang hilang- eh bukan seseorang. Tapi siapa eh?



Mestilah si anak bulan kita, Moon.



Mereka mula mencari Moon tetapi tak kejumpaan. Dan secara tiba-tiba, Iman dan Khai nampak Moon menghampiri Alicia tanpa rasa takut.


"MOON-!"


"Alicia, mane Ali?"


Khai dan Iman tidak bergerak selepas Moon menanyakan soalan tentang Ali ke Alicia. Yelah, sape tak takut dengan cikgu- ehem cik garang kita ni.

Kalau orang macam Author ni yg slalu tanya soalan yg mengarut dah lama dah Author ni bergelar arwah.💀



Sabar jaklah...



"Oh, dia belum datang." Jawab Alicia sebelum dia blah dri tatapan Moon. Moon menyerengkan kepala saja, tak tau mau buat apa. Begitu juga dengan Khai dan Iman, hanya mampu menepuk dahi sendiri.



*Di tempat Ali*



Ali dalam perjalanan ke sekolahnya balik, dimana di situlah tempat untuk ejen macam Ali dan Alicia hendak ke Akademi.

Tapi tak sangka pulak ada juga Unclenya di situ, sedang menunggu dia dengan baju ejen lengkap.


"U-Uncle..."


"Nape ko lambat?"


Ali hanya pandang bawah sambil bermain dengan jarinya sahaja. "S-Sorry..." Jawab Ali. Bakar menggelengkan kepala dengan perangai anak buahnya yang satu ni.

"Nape ni Ali, kau ni okeii ke tak?" Tanya Uncle Bakar sambil menepuk bahu Ali lembut. Ali menghembuskan nafas lemas.


"Takde, cuma...-"


"Kau sedih eh? Kalau kau sedih, pergi je kat Uncle. Uncle boleh je belanje Ali makan nasi goreng pataya." Ali pandang Unclenya pelik. Deyy, orang sedih nak sokongan, bukan makanan.


"Ark, b-bukan maksu-"


"Dah dah, pegi tukar baju kau tu. Kite ni nak ke Akademi."


Dan Ali pun ikut je cakap Uncle Bakar. Datanglah robot-robot kecil yang boleh terbang meng-scan badan Ali dan menukar baju Ali ke sut ejen lengkap yang tadinya berbaju biasa.

Dan Ali pun masuk ke perut ruangan bot dengan Uncle Bakar, tak lupa juga Comot kita yg nakal ni. Pintu ditutup automatik dan mula memecut seperti perlumbaan pecut di mana-mana sukan arena ke Akademi.

Setelah beberapa menit kemudia , akhirnya mereka sampai juga ke Akademi M.A.T.A. Jadi bersedialah dia untuk di jadikan bahan bualan kawan-kawan Akademinya yg lain lagi sebab datang lambat.


Kesian Ali...


Pintu masuk Akademi dibuka bagi memudahkan urusan kemasukan mereka ke dalam perut Akademi. "Arh Ali, Uncle pergi dulu sebab Uncle ade urusan." Kata Bakar dan meninggalkan anak buahnya di bahagian pintu masuk je.


"Ark okeii Uncle." Ali menjawab Unclenya dan tiba-tiba.




"Akhirnya sampai juga kau..."

✰✰✰

Tᴏ Bᴇ Cᴏɴᴛɪɴᴜᴇᴅ...

Maaflah Author lambat update sbb Author tinguk crita The Penthouse sejak kebelakangan nii.🤣🤣🤣

𝕿𝖊𝖒𝖆𝖓 𝕾𝖊𝖇𝖎𝖑𝖎𝖐 ~ ℜ𝔲𝔏𝔦 (𝒴𝒶ℴ𝒾)[𝗦𝗹𝗼𝘄 𝗨𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲]Where stories live. Discover now