☾︎𝙲 𝙷 𝙰 𝙿 𝚃 𝙴 𝚁 2☽︎

2.3K 99 7
                                    

"A-APA?!?!?!"



"Ish, janganlah jerit!! Sakit telinga aku tau?!"



Dua susuk tubuh itu bergaduh tentang denda yang diberikan oleh Jeneral Rama sebentar tadi. Alicia hanya memutarkan mata, penat layan kerenah Ali yang tak dapat menerima hukuman tersebut.

"Ikut suka kaulah. Malas aku nak layan kau. Kalau kau taknak denda kau lebih teruk lebih baik kau ikut je arahan." kata Alicia yang ada sedikit ugutan di dalam ayatnya.

Ali meneguk air liur kasar. Tak tahu ape yang nak dibuat atau apa-apa.


*Waktu Pulang*


Ali pergi ke rumahnya bersama Comot dan Uncle Bakar temankan, yelah takut ada apa-apa jadi kat anak buah kesayangannya nanti nahas dia oleh Encik Ghazali.

"Kita dah sampai." Ali memandang Unclenya dengan pandangan yang cukup sayu. Bakar heran. "Nape ni Ali?" Tanya Bakar kat Ali bingung.

"Uncle, betul ke nanti aku tidur kat Akademi?" Ali menanya Uncle Bakar. "Betullah." jawab Bakar selamba tetapi bersemangat macam biasa. Mata Ali membesar setelah mendengar satu perkataan tu je.

"S-Serius?!" jerit Ali kecil supaya taklah bangun jiran di sebelah tu nanti. Tapi dia masih terkejut. "Seriuslah, kamu ingat Uncle ni main-main ke?" Bakar menanyakan Ali balik. "Tak cuma *memgeluh* macam mana pula dengan ayah?" Tanya Ali yang sepertinya tak bermaya.

"Oh tentang ayah kau tu dia cakap dia overseas kat Jepun, katanya ada hal sikit kat sana." Terang Bakar dengan senyuman swag. "Tunggu- AYAH CAKAP DIA OVERSEAS KAT JEPUN?!?!?!" Kejut Ali. Dia rasa jantungnya macam nak terkeluar ja pada masa tu sesudah dapat penerangan.

"T-Tapi ayah tak cakap pun yang dia overseas kat aku." jawab Ali sedih sedikit tentang itu. Bakar hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil kat anak buah kecilnya ni.

"Tak apa. Uncle kan ada untuk Ali, lagipun ada bagus juga kau tidur kat Akedemi tu." pujuk Bakar untuk membangkitkan hasrat Ali untuk terima hukumannya.

Rela tak rela, Ali hanya anggukkan kepalanya dan ukir senyuman tak jadi dia. Setelah itu, Bakar pun tinggalkan Ali dan Comot kat depan pintu rumah Ali.

Ali melihat pakciknya berjalan meninggalkan dia sehingga kelibatnya hilang entah ke mana. Ali pun mengambil kunci rumah dalam poket seluar dia dan buka pintu utama masuk rumah tu.

Sebelum dia hendak mulakan jejak ke bilik sendiri, Ali melihat sekeliling ruang tamu. Kemas dan bersih seperti biasa. Ali mengeluh besar. Betapa sunyinya rumah ni... Dan kesunyian tu bertambah dengan ayahnya yg overseas ke luar negara dan Ali yang akan tidur di Akademi esok hari.

Comot memandang tuannya Ali. Merasakan kesedihan Ali dengan hanya melihat mata manusia yang tak pernah berbohong biarpun mencubanya banyak kali untuk memendamkan sesuatu perasaan. Apatah lagi perasaan tu sangat sakit untuk dirinya pikul sorang diri.

Ali membaringkan tubuhnya atas katil untuk berehat. Lama kelamaan mata Ali mula rasa berat dan akhirnya terlelap, masuk ke alam mimpi bersama Comot.


*Keesokannya...*



Bunyi jam di atas meja kecil di sebelah katil Ali berbunyi bagi membangunkan si empunya tuan. Ali dengan malasnya mematikan jam loceng kebanggaannya tu dan sambung tidur. Tapi bila difikirkan balik, bukan hari ni hari Jumaat-

"ALAMAK AKU DAH LAMBAT!!!" Jerit Ali dan mula menyiapkan diri untuk ke sekolah tercinta. Macam biasa dia akan terus ke tingkat bawah di mana situlah pintu utama masuk keluar rumah.

Kunci pintu rumah dan pecut menggunakan skuter boostnya yang telah di-upgrade dengan teknologi M.A.T.A. Tak kisahlah lompat sana sini situ ke, terlanggar barang orang haiwan sampah ke janji dia sempat sampai ke sekolah sebelum loceng sekolah berbunyi.

Tak lama kemudian, Ali sampai kat depan pintu pagar sekolah dan di situlah Alicia sedang menunggu murid-murid yang lambat datang sekolah macam Ali.

"Kau lambat lagi." Alicia cakap sambil menulis kesalahan Ali di dalam buku kerja pengawasnya. "Tapi aku lambat 3 saat je." Ali bagi pujukan supaya lembut juga hati Alicia tu yang keras semacam macam batu kerikil.

"Alasan, lepas sekolah ni pegi cuci tandas." Cakap Alicia tegas tapi watak utama kita ni pula yang bengang semacam. Alicia menepuk dahinya cuba tahan geram mengapa budak yang berumur 12 tahun macam mereka masih ada juga spesies macam Ali ni.

Sudahlah lambat datang sekolah, dah tu tak pandai tangkap ape maksud orng. Memang lembablah budak pendek macam dia ni. Menyusahkan orang...

"Maksud aku, nanti kite pergi ke Akademi." bisik Alicia tahan amarahnya yang nak je meletup masa tu juga.

Barulah budak iris kita ni faham kalau tak sampai mati pun masih juga dia tak faham apa maksudnya tu.


"Oh."


"Lembab..." ejek Alicia sambil memandang Ali yang tengah berlimpas darinya dan menuju ke kelas mereka. Ali masuk ke kelas perlahan-lahan dan mengintip sekejap di celah-celah sisi pintu. Mahu tengok je kalau cikgu dah sampai ke belum...


"Ali!"


Jeritan seseorang itu mengejutkan Ali dari belakang dirinya. Terus Ali mengalihkan pandangannya ke arah si empunya suara dari suasana kelas. Dia terus menghembuskan nafas lega apabila melihat orang tadi. Rupanye kawan dia, Viktor.

"Kenapa kau ni, Ali?" Tanya Viktor kat Ali yang mengintip sekelilingnya bagaikan penculik budak kecil yang tak pandai jadi-jadi.



"Ah eh, takdelah cuma nak tengok je kalau-"



"Kalau cikgu dah sampai?"


Ali pandang Viktor dengan senyuman kekok. Viktor hanya pandang Ali dengan pandangan 'Ali Ali...'. Lepastu barulah mereka berdua masuk ke dalam kelas. Diikuti Alicia dari belakang dan murid-murid yang lain.


*Waktu Rehat*



Ali termenung kat atas langit tentang apa yang akan berlaku kat dirinya nanti lepas sekolah ni tamat. Keluarlah keluhan kecil tetapi boleh didengar oleh Viktor, satu-satunya kawan yang dia ada disekolah dan pada waktu lapang. Dan bukannya di Akademi...

"Kau kenape ni, Ali? Ade yang tak kena ke?" Viktor menanya Ali sikit risau. Ali yang dah tersedar dari lamunannya yang jauh itu pun hanya tersenyum kecil kat kawannya.

"Takde cuma ayah aku tak bagitau pun yang dia overseas kat Jepun..." jawab Ali sedih. Viktor hanya memandang Ali sedih. "Jadi maksudnya kau tinggal sorang diri ke?" Viktor tanya. Ali hanya anggukan kepalanya saje.

Dan idea baru muncul kat kepala otaknya bagi menghancurkan kesedihan yang sedang melanda atmosfera di sekitar mereka.

"HAH! Ape kata kita main game Detektif Jebat?! Ada update baru!!" cadang Viktor kat Ali supaya kawan kecilnya ni gembira sikit.


Dan Ali senyum...

✰✰✰

Tᴏ Bᴇ Cᴏɴᴛɪɴᴜᴇᴅ...

Sorry ya kalo ayat author ni ada lain sikit sbb author ni bukan orang Semenanjung, maklumlah orang Borneo, Sabah. Jadi pandai²lah kamu tangkap jalan crita author ni.😂

𝕿𝖊𝖒𝖆𝖓 𝕾𝖊𝖇𝖎𝖑𝖎𝖐 ~ ℜ𝔲𝔏𝔦 (𝒴𝒶ℴ𝒾)[𝗦𝗹𝗼𝘄 𝗨𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲]Where stories live. Discover now