Nur Sara melihat sekali lagi penampilannya di hadapan cermin. Baju blouse berwarna merah jambu dikenakan dengan jeans longgar berwarna putih terang membuatkan dirinya nampak kelihatan seperti pelajar Universiti.
"Cantiknya Sara hari ni. Pandai betul orang yang mekap Sara tu kan?" tegur Haneesa di sebelahnya.
Amboi angkat bakul sendiri nampak? Nur Sara tergelak kecil. Ya, wajahnya juga ditacap sedikit mekap oleh tangan sahabat karibnya ini. Dia memang tak nak tapi Haneesa mendesak supaya hati Tengku Aezril terpikat dengan dirinya nanti. Bukan dia cakap. Tapi sahabat karibnya itu.
"Ye, cantik sangat-sangat. Memang berbakat orang yang mekap Sara hari ni." balas Nur Sara membuatkan semakin kembang kuncup hati Haneesa bila dipuji melambung tinggi sebegitu.
"Hmmm, kalau Sara dah nak kahwin, Sara tak perlu dah panggil mana-mana mekap artis. Panggil Neesa je! Tapi bayaran setaraf dengan mekap artis ye.'' pesan Haneesa awal-awal lagi.
"Apelah cakap pasal kahwin. Lambat lagi Sara nak kahwin. Calon pun tak ada lagi. Neesa..Neesa..'' kepalanya digeleng beberapa kali.
Haneesa ternganga. "Calon tak ada lagi?!" nadanya sudah naik seoktaf.
Nur Sara terkejut. Bahunya terangkat. "Betul lah kan-"
"Sara..Sara..'' Haneesa masih tidak percaya. "Calon dah ada depan mata tak kan Sara buat-buat tak tahu pulak?''
Nur Sara keliru. "Hah? Siapa?'' soalnya lurus. Sumpah dia tak tahu!
Haneesa menampar dahinya sendiri. "Ya Allah..lembap betul sahabat aku ni. Sara! Sara! Habis yang ajak Sara keluar sekejap lagi siapa? Tunggul kayu?''
"Oh!'' Nur Sara baru sedar. Lalu perlahan bibirnya mengukir senyuman. "Neesa ni..Aezril dengan Sara kawan je lah. Kan Sara dah explain banyak kali dah. Dia bukan calon Sara. Sara dengan dia tak sesuai. Bagai langit dan bumi. Tahu tak?"
"Bagai langit dan bumi ke, bagaikan awan dan hujan ke. Tengku Aezril sepadan dan calon yang tepat untuk Sara! Kawan apa ajak keluar tengok wayang sama-sama, Sara?"
"Eh adalah kawan tengok wayang sama-sama. Neesa je tak tahu." dalih Nur Sara laju.
"Sara ni..." Belum sempat Haneesa ingin berbahas, cepat-cepat Nur Sara bersuara.
"Dah..dah.. Nur Sara dan Tengku Aezril hanyalah kawan. Dia pun tahu tentang tu. Tak ada maknanya Sara nak suka dekat dia..'' ujarnya walaupun hatinya saat ini memberontak.
"Yelah tu..Neesa tengok Tengku Aezril tu asyik pandang Sara je minggu lalu waktu kita makan kat restaurant. Siap tolong potongkan steak lagi untuk Sara. Oh romantiknya!'' usik Haneesa semakin menjadi-jadi.
Wajah Nur Sara berubah rona. Ya, dia masih ingat tentang kejadian seminggu yang lepas. Waktu tu, tangannya terasa susah nak potong steak yang ada di pinggan. Maklumlah, orang kampung. Dia makan pakai tangan je bukan pakai fork dan knife bagai. Tiba-tiba saja pinggannya diambil oleh Tengku Aezril dan lelaki itu tolong memotongkan untuknya tanpa berkata apa-apa. Tipu kalau dia cakap jantungnya tidak merasakan sesuatu kala itu.
"Hah..hah..menghayal pulak dah..Dah sampai mana tu Nur Sara? Sampai naik pelamin dah ke?'' suara Haneesa yang agak kuat itu terus menyentakkan Nur Sara dari lamunannya.
"Ish Neesa ni tak habis-habis nak kena kan Sara. Dahlah, jom kita keluar." ajak Nur Sara lalu mencapai beg tangan dan juga telefon pintarnya. Tadi Tengku Aezril text dia dah dekat dah. Hmmm, sekejap lagi sampailah tu.
Tiba-tiba suara gelak tawa diluar menarik perhatian mereka berdua. Haneesa memandang pelik ke arah Nur Sara. "Siapa yang datang? Bukan Aezril cakap tadi dia baru nak sampai ke?''
YOU ARE READING
The Billionaire's Wife
RomanceTHE IBRAHIM FAMILY. The most powerful family in the country. The folks look up to them. Children in every generation made them as their inspirations. Newspaper. Articles. Tabloids. Daily News. Television. Advertisements. They are everywhere. They...