Nur Sara mengeluh untuk sekian kalinya. Dia hanya memandang kosong skrin di hadapan. Fokusnya sudah lari jauh. Jauh dari kos pembelajaran yang diambilnya itu. Tak boleh nak fokus. Otak asyik terbayang-bayang raut wajah Tengku Aezril setelah dia menghempas pintu di hadapan lelaki itu ketika di kampung. Nampak sangat lelaki itu seolah-olah menyesal sehingga mampu menitiskan air mata. Betul ke dia tak berlakon?
Selepas kejadian Tengku Aezril datang ke rumah, Nur Sara hanya menutup sekuat-kuatnya pintu kayu rumah nenek di hadapan muka lelaki itu. Sedikit puas bila dah masuk bilik. Tapi hati pula kembali sendu bila memikirkan tentang nasibnya yang diperbodohkan dengan begitu mudah oleh golongan Tengku itu.
Arghhhh! Serabutlah kepala asyik fikir pasal dia. Nur Sara mengetuk-ngetuk kepalanya itu dengan pen. Kononnya berharap apa yang dia buat saat ini dapat melupakan kata-kata Tengku Aezril yang keluar dari mulutnya lima hari yang lalu.
Kali terakhir Sara bersua muka dengan Tengku Aezril adalah empat hari yang lepas. Waktu itu, dia sedang menyiapkan minuman buat bosnya seperti biasa. Dah tugasnya sebagai tea lady memang tak boleh nak lari. Lain lah dia kerja kerani.
Pintu dibuka dari luar. Nur Sara agak terkejut melihat kelibat Tengku Aezril yang sudah masuk ke dalam bilik ini. Awal betul! Dia dah datang tiga puluh minit awal ke pejabat pun masih boleh bertembung juga dengan mamat ni. Hatinya membentak, tidak puas hati. Riak wajahnya berubah keruh.
"Sara, wait.'' Tengku Aezril berkata lembut bila Nur Sara hanya berjalan melintasi dirinya. Langsung tidak ada ucapan selamat pagi atau bertanya itu ini seperti sebelum-sebelum ini.
Keluhan dilepaskan. Nur Sara berhenti melangkah. Namun, badannya tetap keras dihala ke muka pintu.
"Can we talk?'' pujuk Tengku Aezril perlahan.
"Tak boleh. Sekarang waktu kerja dan saya ada banyak kerja lagi nak kena buat.'' jawab Nur Sara mendatar.
"Okey. Kalau lunch hour awak boleh datang bilik saya? Or I can go to your room and-"
Nur Sara menentang tajam wajah Tengku Aezril. Serius sekali riak wajahnya ketika ini. "Tengku Aezril tak faham bahasa ke? Saya. Tak. Nak. Jumpa. Dengan. Awak. Please just leave me alone. Don't make me hate you more.'' pintanya lemah. Sebenarnya, dia penat. Penat menghadap lelaki itu.
Tengku Aezril sehabis mungkin mengawal riak wajahnya. Sara dah benci pada dirinya? Punah segala harapan yang disimpan kemas dalam hati sebentar tadi. Hancur berkecai impiannya untuk menjadikan Sara sebagai pasangan hidupnya. Kenapa malang sangat nasib kau ni,Ril? Bisik hatinya, sedih.
"Okay, if that's what you want, Sara.''
"Good.'' Nur Sara terus beredar pergi dari bilik yang menyesakkan dadanya itu.
Interkom yang berbunyi tiba-tiba menyentakkan Nur Sara. Dia pantas menggeleng-geleng kepalanya. Hati merengus geram. Terfikir lagi pasal lelaki tu! Haish. Dia perlu buat sesuatu untuk membuang sama sekali bayangan lelaki bernama Tengku Aezril dari hidupnya.
"Sara.''
Suara Tengku Ayden.
"Ya, Tengku? What can I help you?''
''Come to my room, right now.''
"Okay.''
Tidak menunggu lama, Nur Sara terus bergerak menuju ke bilik pejabat Tengku Ayden. Sebelum masuk, dia mengetuk terlebih dahulu pintu kaca itu.
"Come in,'' ujar Tengku Ayden dari dalam.
Nur Sara menapak masuk setelah menolak pintu tersebut. Dia berhenti di hadapan meja Tengku Ayden. Sara perasan bosnya itu juga sedang menunggu kehadirannya.
YOU ARE READING
The Billionaire's Wife
RomanceTHE IBRAHIM FAMILY. The most powerful family in the country. The folks look up to them. Children in every generation made them as their inspirations. Newspaper. Articles. Tabloids. Daily News. Television. Advertisements. They are everywhere. They...