Udara segar di tanahairnya dihirup sepuas hati sebaik saja tiba di luar lapangan terbang ini. Sunglass dibuka lalu disangkut pada sleveless dress yang tersarung cantik pada tubuh langsingnya. Anak mata mula tercari-cari kelibat yang dirindui siang dan malam itu.
Bibir serta-merta mengukir senyuman manis apabila pandangan mereka bersatu tidak dari jauh tempatnya berdiri. Yasmeen terus melajukan langkahnya. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya ini.
"Hai baby! Oh my god I miss you so..much.'' rintihnya lalu tubuh sasa langsung Tengku Ayden didakap seerat yang mungkin.
Tengku Ayden melepas keluhan lega. Dia turut membalas pelukan Yasmeen. Perasaan rindu yang menebal akhirnya dapat juga diubati dengan kehadiran sang kekasih yang tidak dijangka itu. Teman wanitanya ini saja ingin membuatkan kejutan untuk pulang beberapa hari kerana cuti sem.
"I miss you too..so much more,'' bisiknya dengan nada romantis.
"Surprise!'' ucap Yasmeen riang.
Baru saja dia ingin mengucup pipi kekasih hatinya, Tengku Ayden tiba-tiba menjauh. Seolah ingin mengelak darinya. Yasmeen menayang riak tidak puas hati.
"I'm sorry sayang, but we're in the public.'' pujuk Tengku Ayden seakan mengerti apabila raut wajah itu berubah muram.
"Kat London, you tak kisah pun kalau I kiss you di khalayak ramai.'' Yasmeen membalas dengan muncung yang sedepa.
Tengku Ayden sempat mencubit perlahan pipi cinta hatinya itu. Menyeringai Yasmeen dibuatnya.
"Itu kat London, sayang. Sekarang kita kat negara kita. Mata-mata nenda I ramai melihat. Lagi pula, I havent introduced you officially to my family yet. We have to keep our relationship image good by the time being. The paparazzis are brutal. They could turn into something ugly in a blink of an eye. I hope you would understand, sayang..'' panjang berjela Tengku Ayden menerangkan kepada Yasmeen.
Yasmeen terpaksa akur. "Fine. But you kena pujuk hati I tengah nak merajuk dengan you sekarang ni.''
Tengku Ayden tertawa. "What do you want, sweetheart?''
"I nak you belanja I makan kat favourite restaurant I lepas tu kita pergi shopping!'' Yasmeen berkata nada seperti raja mengeluarkan perintahnya.
Tengku Ayden tersenyum lebar. Lapang sungguh hatinya melayan gelagat comel kekasih hatinya ini. "Anything for you. Kalau you suruh I petik bulan sekarang ni pun I sanggup. Okeylah tu. I memang nak beli kan dress untuk you pakai Sabtu ni.''
Yasmeen kembali ceria mengenangkan tentang hari Sabtu itu. Di majlis ulang tahun ke-74 keluarga Ibrahim nanti, dirinya akan diperkenalkan kepada seluruh dunia. Ah tak sabarnya!
"Shall we go now?'' ajak Tengku Ayden seusai meletakkan bagasi Yasmeen ke dalam but kereta yang dipandunya hari ini, Porsche Cayenne berwarna merah.
Yasmeen mengangguk-angguk. Tidak dapat menahan perasaan terujanya. Dia masuk ke dalam perut kereta mewah itu setelah dibukakan pintu oleh Tengku Ayden.
❁❁❁
Tengku Aezril asyik terpandangkan wajah Nur Sara di fikirannya. Di mana dia pergi, pasti wajah itu terlintas di minda tanpa dipinta. Seolah-olah gelak tawa Nur Sara terngiang-ngiang begitu jelas di cuping telinganya.
Setelah dia mengeluarkan kenyataan rasmi hampir sebulan yang lalu, Nur Sara tidak lagi semesra seperti dulu dengan dirinya. Wanita itu seakan mengelak kalau dia ingin mengajak berbual. Jangankan berbual, nak tengok Nur Sara senyum pun payah!
YOU ARE READING
The Billionaire's Wife
RomanceTHE IBRAHIM FAMILY. The most powerful family in the country. The folks look up to them. Children in every generation made them as their inspirations. Newspaper. Articles. Tabloids. Daily News. Television. Advertisements. They are everywhere. They...