*False alarm: the girl from previous chapter was actually Del. Bukan Dyna. Entah dari mana pula wujudnya watak perempuan ni saya pun tak sedar😭
Tengku Aezril membuka kelopak matanya dengan perlahan-lahan. Kepala yang terasa sakit dan memberat ketika ini segera dipegang. Matanya mencelik ke arah tingkap jendela bilik hotelnya yang sudah menunjukkan hari menginjak siang. Matahari memancar masuk melalui tingkap lut sinar itu. Dia perlahan-lahan bangun.
Tiba-tiba, telinganya menangkap satu bunyi tangisan. Agak kuat. Ada orang menangis ke? Kepalanya menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari bunyi itu. Berderau darahnya apabila melihat tubuh Del hanya bertuala kini menangis di tepi katil di dalam bilik hotelnya!
"Del! Awak buat apa kat bilik saya ni?! Keluar sekarang!'' halau Tengku Aezril kalut. Riak wajahnya berubah cemas. Jantungnya bagai ingin tercabut apabila dia baru sahaja perasan dengan keadaanya ketika ini. Ya Allah! Mana semua bajunya? Pantas sahaja ditarik selimut tebal itu menutupi seluruh bahagian tubuhnya yang terdedah.
"Sampai..hati..awak..Ril..apa..salah..saya..'' tersedu-sedan Del bersuara dengan tangisannya yang tidak ada tanda-tanda untuk berhenti.
"Apa maksud kau? Apa aku dah buat, HAH? Pergi dari bilik aku sekarang! Pergi!'' halau Tengku Aezril dengan suara yang kedengaran takut. Takut dengan kenyataan yang perit untuk ditelan. Bahasanya juga sudah berubah kasar.
Ya Allah..apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapa Del boleh berada dalam bilik hotelnya? Kenapa mereka tidak mengenakan apa-apa pakaian? Kenapa...Tengku Aezril tidak dapat meneruskan apa-apa. Matanya terpejam rapat apabila kepalanya seolah-olah dihempap dengan batu besar kala ini. Rasa sakit sangat. Dia mengerang kuat.
"Awak dah..rogol..saya.. Awak dah rampas hak bakal suami saya! Kenapa awak layan saya macam ni?! Kenapa awak sanggup buat saya macam ni?!'' marah Del tiba-tiba. Dia sudah berdiri dan matanya mencerlung tajam ke arah lelaki yang masih terpinga-pinga di atas katil itu.
Bagaikan halilintar yang menyambar jantung Tengku Aezril ketika ini. Kepalanya digeleng berkali-kali. Tak mungkin. Tak. Tak mungkin. Tak mungkin, Ya Allah.
"Kau salah, Del. Kau salah. Tak mungkin aku buat kerja terkutuk tu. Aku tak buat benda keji macam tu!'' Tengku Aezril sudah menjerit, marah. Marah dengan apa yang telah terjadi. Marah kerana dia tidak dapat mengingat apa-apa tentang hal semalam. Marah dengan dirinya sendiri.
"Aku tak buat benda keji macam ni, YA Allah..Aku tak buat..'' bisiknya dengan sudah teresak-esak. Libu hatinya ketika ini. Dia rasa seperti ingin jadi orang gila. Rambutnya yang kusut dan serabai ditarik dengan kuat sehingga dia tidak merasakan apa-apa lagi.
"Awak kena bertanggungjawab ke atas saya, Tengku Aezril.''
Kenyataan itu membuatkan Tengku Aezril kembali tersedar. Pantas kepalanya diangkat, memandang ke arah wanita itu. Pekerja yang telah diarahkan untuk ikut bersama dengan dirinya untuk membantu menguruskan jadualnya.
"Tak! Aku tak akan bertanggungjawab sebab aku yakin aku tak buat benda keji ni! Aku tak buat!'' marah Tengku Aezril lalu berdiri bersama selimut tebal itu. Dia segera mencapai tualanya lalu dililit di pinggang.
"KAU KELUAR DARI BILIK AKU! KELUAR SEKARANG!'' pekik Tengku Aezril kuat sehingga kelihatan urat hijau yang berbirat di lehernya.
Del mengetap bibirnya, rapat. "Saya akan pastikan awak bertanggungjawab ke atas saya, Tengku Aezril! Saya bersumpah!'' ujarnya berbaur ugutan sebelum dia keluar dari bilik hotel itu dengan membawa pakaianya yang berterabur di atas karpet hotel ini.
"ARGGHGGHHHHHH!' Tengku Aezril mencampak semua barang dan kaca hiasan yang dia nampak saat ini. Tangan yang luka sehingga mengalir cecair pekat berwarna merah itu langsung tidak dipedulikannya. Rasa sakit di tangan langsung tidak dapat melawan rasa sakitnya di hati. Dia tergapai-gapai mencari nafas yang terasa sesak.
YOU ARE READING
The Billionaire's Wife
RomantikTHE IBRAHIM FAMILY. The most powerful family in the country. The folks look up to them. Children in every generation made them as their inspirations. Newspaper. Articles. Tabloids. Daily News. Television. Advertisements. They are everywhere. They...