chapter five ↺
Selepas sahaja mendapat persetujuan daripada Junghwan yang nak tolong Jaehyuk, mereka terus memulakan misi.
Sekarang ni dia dan Junghwan berada di kelas Yoonjae. Kebetulan, tidak ramai pelajar pada waktu sekarang.
"Hwan, macam mana? Line clear tak?" Bisiknya. Junghwan mengintai di sebalik tingkap kaca.
"Clear hyung. Tak ramai mana orang dalam kelas ni. Ok jadi macam ni, Hwan jaga line depan au pastu hyung pandai pandai la buat kerja. Jangan lama sangat, nanti kantoi. Letak je terus pergi."
Pesan Junghwan. Jaehyuk mengangguk faham.
"Korang berdua tengah buat apa ni?" Tanya Haruto yang tiba tiba muncul bersama Jeongwoo.
Jaehyuk pandang Junghwan.
Junghwan pandang Jaehyuk."Errr k-kami tengah ni haa lap tingkap! Lap tingkap la laa laa~" Jaehyuk menyiku lengan Junghwan.
"Hyung! Aku rasa aku nampak saem korang dah masuk kelas tu!" Bohong Junghwan lalu menunjuk ke kelas 4 Orange.
Haruto dan Jeongwoo berpandangan lalu lari ke kelas mereka.
↯♡
"Weh, lain kali jangan panggil aku Jae kalau Jaehyuk ada sekali tau. Kau tak nampak ke muka dia tadi? Blur weh tengok kau panggil aku Jae."
Yoonjae memandang Hyena sekilas lalu mengeluarkan buku teks untuk subjek yang seterusnya nanti.
"Alah comel apa. Dua dua Jae. Yoonjae... hyuk! HAHAHAHA comel do~! Tak perlu susah susah nak fikir nama ship korang au!"
"Berangan lah kau! Aku dengan dia bukannya ada apa apa pun."
"Jae, walaupun kau student baru tak mustahil Jaehyuk tak kenal kau. Lagi lagi kau dah bagi dia banana milk haritu."
"Pembetulan, aku bagi dekat anjushhi tu eah bukannya dekat dia."
"Tapi kau suruh anjushhi tu bagi dekat Jaehyuk kan?" Hyena memandangnya sambil menjongketkan sebelah kening.
Manakala keadaan di luar kelas..
"Hyung dah letak kan dekat bawah meja dia tadi?" Tanya Junghwan.
"Dah letak tapi kenapa— Junghwan! T-tengok tu! Dia buat apa dekat tong sampah? Dia buang eah? Huwaaa macam mana ni Hwan?" Jaehyuk mengeluh.
"Hyung cuba fikir positif. Memang dia ada dekat tong sampah tapi tak bermakna dia buang cincin kertas tu. Boleh jadi dia buang kertas lain." Junghwan menggosok belakang badan Jaehyuk.
"Tapi cincin tu kertas."
"Yah hyung! Kita tak nampak la dia buang apa! Kita nampak belakang badan dia je! Jadi hyung, think positive!" Kata Junghwan cuba memberi semangat.
YOU ARE READING
paper rings. ✓
Fanfiction❝ marry you with paper rings. ❞ ⧉ beautiful cover by mieamin ♡