chapter one ↺
"Yah Yoonjae!"
Jaehyuk mengangkat kepala. Siapa yang berani memanggil namanya Yoonjae ni?
"Yah Jaehyuk, kau kenapa? Ok ke tak?" Asahi menepuk bahu dia.
"Menggelamun apa?" Tanya Mashiho pula.
"Aku dengar ada orang panggil aku Yoonjae. Selama ni mana pernah. Geng kita pun panggil aku Jaehyuk kan."
"Bukanlah hyung. Budak kelas sebelah ada nama Kim Yoonjae." Kata Junghwan yang tiba tiba muncul lalu mengambil tempat bersebelahan dengan Mashiho.
"Haih tak pernah dengar pun."
"Memang laa tak pernah dengar sebab dia baru je pindah sini dua minggu lepas." Tambah Junghwan lagi.
"Macam mana kau tahu ni?" Soal Asahi pada Junghwan.
"Ini So Junghwan ok!" Balasnya dengan riak.
"Kau takde kelas ke sekarang Junghwan?" Soal Jaehyuk. Junghwan menggeleng.
↯♡
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Semua pelajar berpusu-pusu keluar kelas untuk menuju ke kantin dan juga koperasi sekolah. Ada yang duduk sahaja di kelas, malas mahu berhempit dengan pelajar lain agaknya.
"Jaehyuk, nak pergi mana?" Tanya Mashiho apabila melihat Jaehyuk bangun dari tempatnya.
"Tandas, nak ikut ke?" Balas Jaehyuk bersahaja.
"Gurau je. Aku nak pergi beli banana milk. Nanti lambat habis huh tak semangat aku nak belajar lepasni."
"Beli aku air. Air pape je aku dahaga." Kata Asahi, Jaehyuk membuat tanda '👌🏻' lalu meninggalkan mereka berdua di kelas.
Sampai sahaja di kedai runcit sekolah, kakinya secara automatik terus melangkah pergi ke peti ais yang menempatkan pelbagai jenis minuman.
Malangnya, banana milk tidak kelihatan.
"Anjushhi, banana milk dah habis ke?" Tanya Jaehyuk pada penjaga kaunter kedai runcit sekolah.
"Haah Jaehyuk. Baru je tadi sorang yeoja beli banana milk yang last. Jangan risau, nanti anjusshi tambah stock lagi ye?"
"Nae anjushhi. Saya pergi dulu. Annyeong." Dia berjalan keluar sambil menghela nafas.
Huh. Terlepas.
YOU ARE READING
paper rings. ✓
Fanfic❝ marry you with paper rings. ❞ ⧉ beautiful cover by mieamin ♡