chapter nine ↺
Setelah seminggu berlalu, setiap kali memikirkan pasal kejadian yang berlaku di mall, Yoonjae terus menekup mukanya. Dia malu, sangat sangat malu.
Dia lupakan orang yang sentiasa memberinya cincin kertas. Sekarang dia lebih tertarik kepada seketul Yoon Jaehyuk.
Dia mengambil beg kertas yang mengandungi jaket milik Jaehyuk. Ya, dia akan pulangkan balik pada waktu rehat nanti. Yang orang, tidak elok simpan lama lama.
"Yoonjae, kau ok ke tak ni? Dari tadi kejap senyum kejap tekup muka kau. Kau kena sampuk ke apa?" Tanya Hyena. Yoonjae menggelengkan kepalanya.
"Macam mana studate kau dengan Mashiho?" Yoonjae membuka topik lain.
"So far ok je setakat ni. Petang nanti aku ada studate lagi dengan dia. Kau nak join tak? Jum laaa~~ bukan kami je ada. Jungra dengan Doyoung sekali."
"Guys! Bincang apa tu~~?" Jungra duduk dihadapan Yoonjae.
"By the way, petang nanti ada study. Aku dengar dari Doyoung, member dia yang lain ada nak join jugak." Kata Jungra.
"Study tu orang lain. Kau study plus date. Tapi siapa kawan dia nak join tu?" Soal Hyena.
"Not sure, by the way jom join kitaorang Yoonjae! Kau tak pernah join selama ni. Jum laa jum laaa~~"
'Kalau Jaehyuk ada boleh cuci mata.' Desis hatinya.
"Ok aku join. By the way aku nak study je ok!" Hyena dan Jungra tergelak kecil sambil mengangguk.
↯♡
"Weh jumlah ikut aku dengan Mashi study!" Ajak Doyoung.
"Buat apa nak study kalau dah pandai?" Kata Jeongwoo kepada Doyoung.
Doyoung mengajak Jeongwoo, Haruto, Jaehyuk, Asahi, Junghwan dan Yedam untuk mengikut mereka berdua. Manakala Hyunsuk, Jihoon, Junkyu dan Yoshi ada hal bersama dengan saem. Almaklumlah, senior kan.
"Bersungguh-sungguh betul kau ajak. Ada siapa lagi yang pergi?" Tanya Yedam.
"Aku ajak Jungra—"
"Kau dah couple belum dengan Jungra?" Tersedak Doyoung dengar soalan yang diajukan oleh Asahi. Lambat lambat Doyoung menggelengkan kepalanya.
"Aku ajak Hyena. Mungkin dorang ada ajak kawan yang lain kot." Kata Mashiho.
Jaehyuk dan Junghwan berpandangan. Ibarat ada telepati antara mereka berdua.
"Aku dengan Haruto ada plan lain lah. Kitorang nak gi cyber cafe balik nanti." Kata Jeongwoo. Haruto mengangguk mengiyakan kata kata Jeongwoo.
"Aku dengan Junghwan on." Kata Jaehyuk kepada Doyoung. Doyoung membuat thumbs up.
"Aku dengan Yedam join Haruto dengan Jeongwoo lah." Kata Asahi. Malas nak hadap buku sebernanya. Cukuplah waktu di sekolah sahaja.
Mereka mengangguk sebelum semua balik ke kelas masing-masing.
YOU ARE READING
paper rings. ✓
Fanfiction❝ marry you with paper rings. ❞ ⧉ beautiful cover by mieamin ♡