chapter eight ↺
"Mian, tapi please ikut aku kejap dan jangan melawan." Bisik Jaehyuk dengan tegas.
Fikiran Yoonjae dari tadi menggelamun pasal kejadian beberapa minit tadi.
"Yoonjae? Yoonjae kau dengar tak ni apa aku cakap tadi?" Tanya Jaehyuk lalu menepuk bahu Yoonjae perlahan.
Perempuan itu tersentak. "Hah? A-apa kau cakap tadi?"
"Kau menggelamun ke? Aigoo kiyowo.." ayatnya yang terakhir di perlahankan.
"Yoonjae," Jaehyuk memandang perempuan itu. "Wae?" Tanyanya.
Dia mencabut jaketnya lalu di ikatkan di pinggang Yoonjae. Yoonjae diam berkutik.
"Waegurae..?" Tanya Yoonjae tidak selesa. Jaehyuk memandang dia sebelum menarik Yoonjae untuk duduk di tepinya di bangku.
"Baju kau.. ada warna merah.." gumam Jaehyuk perlahan namun dapat di dengari oleh Yoonjae.
Secara automatik mukanya mula memerah seperti tomato. Dia menutup mukanya menggunakan telapak tangan.
"Yah... jadi sebab tu ke kau ikut aku dari belakang? Ke-kenapa tak cakap awal awal?" Soal Yoonjae, mukanya masih ditutup. Malu.
"Nae. Maafkan aku kalau kau rasa perbuatan aku tadi buat kau tak selesa. Mianhae." Pinta Jaehyuk lembut lalu ditariknya tangan Yoonjae ke bawah.
"By the way, kau sorang je ke? Mana Hyena?" Soal Jaehyuk.
'Ah.. dia tanya pasal Hyena.. ah Yoonjae! Sedarlah diri kau yang Jaehyuk takkan suka kau!' Kutuk hatinya.
"Hyena ada studate dengan Mashiho." Balasku perlahan. Jaehyuk hanya mengohkan sahaja.
"Yoonjae. Aku ada sesuatu nak tanya."
"Nae?"
"Kau ke yang bagi banana milk last week dekat aku? Sebab aku dengar ada orang panggil nama kau dekat luar. Aku yakin sangat sebab waktu tu takde pelajar lain."
Lambat lambat Yoonjae membalas. "Nae. Kau tak suka ke?"
"Ani. Aku suka. Gomawo." Jaehyuk tersenyum manis memandang dia dan dia merasakan seperti sedang bertemujanji dengan Jaehyuk.
YOU ARE READING
paper rings. ✓
Fanfic❝ marry you with paper rings. ❞ ⧉ beautiful cover by mieamin ♡