chapter four ↺
Mereka semua berada di rooftop sekolah. Salah satu tempat yang tenang untuk mereka 12 orang lepak sambil makan.
Hyunsuk, Jihoon, Junkyu, Yoshi dan Haruto kelihatan sedang bermain games di telefon mereka.
Manakala Mashiho, Asahi, Jeongwoo, Junghwan, Yedam, Doyoung dan Jaehyuk sedang makan snek sambil berbual.
"Doyoung, lupa nak bagitahu tadi saem Na ada jumpa aku. Katanya suruh kau pergi bagitahu budak baru tu, suruh dia jumpa saem." Kata Yedam.
"Budak baru? Kim Yoonjae?" Tanya Doyoung, Yedam mengangguk.
"Kim.. Yoonjae kelas korang ke?" Tanya Jaehyuk. Doyoung dan Yedam mengangguk serentak.
Junghwan memandang Jaehyuk. Terselit senyuman yang sukar ditafsirkan.
"Jaehyuk hyung, teman aku pergi tandas kejap."
"Sejak bila kau pergi tandas berteman ni?" Tanya Jeongwoo.
"Sekarang." Junghwan menjelir lidahnya kepada Jeongwoo lalu menarik Jaehyuk keluar dari rooftop.
"Hyung, bila nak mula operasi letak cincin kertas dekat meja Yoonjae noona?" Junghwan menjongketkan sebelah keningnya.
"Kau tahu yang aku nak bagi dekat Yoonjae?"
"Of course la! Kan aku dah kata ni So Junghwan ok!" Junghwan menepuk dadanya, bangga.
↯♡
"Wah jinjja hyung? Yoonjae noona beri kau banana milk dia?" Tanya Junghwan, mulutnya habis terlopong luas.
"Yah tutup mulut kau." Junghwan menggaru lehernya sambil tersenyum.
"Jadi, hyung suka Yoonjae noona?"
"Tak pasti. Muka dia pun aku tak pernah nampak."
"Yahhh hyung!! Haish jinjja? Wah habistu yang nak beri cincin kertas dah kenapa? Bukannya hyung ada crush dekat dia."
"Memang kena ada perasaan macam tu dulu ke baru boleh beri? Tak semestinya kan."
"Tapi hyung—"
BBUK
"A-ah mianhae. Saya nak cepat ni. Hyena, tunggu aku."
"Ppali Yoonjae!"
Jaehyuk menolong Yoonjae mengambil beberapa buah buku yang jatuh di lantai lalu diberikan kepadanya semula.
"Jae, cuba kira semua buku cukup ke tak?" Tanya Hyena pada Jaehyuk—? Yoonjae—?
"Cukup! Kajja, nanti lambat hantar buku dekat saem kan tak pepasal dia mengamuk." Balas Yoonjae.
"Haish mana entah Doyoung ni. Sepatutnya ni tugas dia as ketua kelas." Omel Hyena perlahan.
Selepas sahaja kelibat dua orang itu menghilang terus sahaja Jaehyuk merapati Junghwan.
"Ea hyung dah kenapa ni?"
"Hwan, tolong aku?"
"Heh hyung, hyung jangan cakap hyung jatuh cinta pandang pertama?" Tanya Junghwan sambil tersenyum sinis.
Bunyi cliche tapi tulah yang dia rasakan sekarang.
YOU ARE READING
paper rings. ✓
Fanfiction❝ marry you with paper rings. ❞ ⧉ beautiful cover by mieamin ♡