28

225 40 1
                                    


8BULAN KANDUNGAN YEHA

Jaemin meletakkan 4 plastik putih yang penuh berisi barang-barang bayi ke bawah. Lenguh tangannya hampir sehari shopping barang bayi yang akan lahir tidak lama lagi.

" bagi saya urut "

Kata Yeha lalu diurut bahu jaemin. Jaemin mendesah kenikmatan. Yeha yang kedengaran pelik terus memukul jaemin kuat

" Pahal nak desah sampai macam tu "

Dicubit lengan jaemin geram. Jaemin ketawa sambil menggosok lengannya sakit

" Nikmat la...arghhhh urut lagi "

Arah jaemin sambil tersenyum meleret. Yeha mengomel lalu mula mengurut jaemin

" Sayang, jaemin junior ada sebulan lagi nak keluar eeeee tak sabar nye "

Kata jaemin gembira. Bukan sebulan masih beberapa hari saja lagi bayi mereka akan keluar. Esok dah masuk 9bulan dan Yeha perlu bersiap sedia untuk bertarung nyawa. Jaemin banyak memberi semangat agar isterinya kuat dihari persalinan.

Puan Na juga banyak membantu yeha sepanjang mengandung ni. Banyak juga tips yang diberi Puan Na pada ibu mengandung. Dan yeha menuruti setiap yang diajar ibu mertuanya.

8bulan mengandungkan anak jaemin..lelaki itu yang dulu tidak suka susu strawberry kini suka pula. Yeha yang mengandung dia yang banyak mengidam. Mengidam mengalahkan ibu mengandung. Mungkin jaemin yang gantikan tempat Yeha.

.
.
.

" Jaemin nak minum apa? "

Tanya Yeha setelah mereka berdua turun ke dapur. Jaemin memandang Yeha dengan muka berkerut

" Jaemin? Siapa jaemin? Panggil sayang jangan panggil jaemin "

Kata Jaemin masih memasang wajah berkerut. Dia tidak mahu Yeha memanggilnya jaemin dan ingin ditukar kepada panggilan yang romantik.

" Hahaha Yerlah sayang nak minum apa? " Jaemin senyum sambil mengangguk angguk kepalanya. Otaknya ligat memikirkan apa yang ingin diminum

" urhmmm saya nak kopi tapi saya nak buat sendiri. Sayang duduk sini awak dah kerja banyak hari ni "

Kata jaemin sambil tangannya memegang bahu Yeha lalu mendudukkan Yeha di kerusi. Yeha senyum tidak terkata. Walaupun jaemin banyak ragam sejak dia berbadan dua namum jaemin tidak pernah mengabaikannya dan jaemin menjaga dan merawat Yeha dengan sepenuh kasih sayang.

Bila dia ingin ke pejabat dia akan hantar Yeha kerumah Puan Na. Tidak mahu Yeha berseorangan dirumah besar ini.

.
.
.

" Cik Yeha tiada hrmm cik siapa? "

Soal Junkyu bertanya pada perempuan yang berkaca mata hitam itu. Dia langsung tidak pernah nampak Perempuan ini.

" No...but you know kat mana dia tinggal? "

Tanya perempuan itu. Yoshi yang dibelakang perempuan itu terus mengeleng pada junkyu memberi isyarat agar junkyu tidak memberitahu dia

" Maaf cik itu privasi boss kami. Maaf sekali lagi "

Balas junkyu menunduk maaf. Perempuan berkaca mata hitam itu mencebit lalu dia beredar begitu saja. Yoshi menghampiri Junkyu

" Nasib kau tak bagitau. Bahaya " Kata Yoshi memandang Kereta wanita itu yang meluncur pergi.

" Hrmm betul. Erh jom la balik dah lewat ni " Mereka berdua terus mengemas lalu menutup kedai. Yedam dan mashiho sudah lama pulang. Hanya mereka yang belum.

Dari arah lain kereta yang dipandu xxx berhenti disimpan jalan. Stereng dipukul kuat sampai membunyikan hon kereta.

" Huh Park Yeha kau tunggu! Perempuan perampas! "

Pekit xxx memukul mukul stereng keretanya. Lama mengamuk seorang diri akhirnya dia memandu semula keretanya. Seperti orang hilang akal bila dilihat sekali.

----

[√]TRUE LOVE ff Na jaeminWhere stories live. Discover now