Pengenalan karakter:
Mary: Kakak sulung
Maria : Anak perempuan kedua
Marina: Anak perempuan ketiga
Marianna: Anak perempuan bongsu
Datin Maya: Ibu
Dato' Mursalin: Ayah
Amin: Kekasih Mary
Pak Dogo: Jiran dekat Dato' Mursalin
Inspektor Azman: Polis penyiasat
Mak Neng: Pembantu rumah Dato' Mursalin
Wak Bok: Pekebun rumah Dato' Mursalin
Pak Ali: Driver Dato' Mursalin..................
Pada suatu malam yang sunyi, kelihatan satu bangsal kayu yang sedang terbakar. Di dalamnya terlihat seseorang iaitu Dato' Mursalin yang sudah tidak bernyawa kerana nadinya telah dihiris menggunakan pisau.
Diluar bangsal kayu yang sedang terbakar itu terlihat Datin Maya yang sedang memegang minyak petrol.Secara tiba- tiba, Datin Maya menyiram minyak itu pada dirinya sendiri. Dengan tatapan yang kosong, Datin Maya terus jalan menuju ke dalam bangsal kayu yang sedang terbakar itu. Tidak berapa lama kemudian, kedengaran jeritan Datin Maya yang sedang terbakar memecah keheningan malam.
RAHSIA
Keesokan paginya, Mary mendapat panggilan telefon dari Maria," Hello kak, ibu dengan ayah dah meninggal," kata Maria sambil menangis tersedu-sedu. Mary menjawab dengan rasa terkejut," Ya Allah, betul-betul ke? Kau jangan prank-prank aku sebab ni tak kelakar," kata Mary dengan cemas. "Aku sumpah ni betul-betul bukan main-main dan lepas tu kau kena datang hospital sekarang," kata Maria.
"Innalillahwainnalillahirojiun. Ya Allah macam mana boleh jadi macam ni?," tanya Mary kepada Maria. "Kau datanglah cepat kak. Nanti aku cakap. Cepat! ,"gesa Maria.
"Ok, aku datang sekarang," kata Mary tersedu-sedu kerana menangis sambil bergegas mengambil kunci kereta.Sesampainya di hospital, Mary disambut dengan suasana yang suram. Ketika Mary sampai di ruangan hall hospital, terlihat Marianna yang sedang menangis. Mary terus mendatangi Marianna dan menenangkannya.
"Sabar eh dik, yang dah pergi tu biarkan pergi. Kita doa yang baik-baik," kata Mary. Marianna terus memeluk Mary dengan erat. "Anna banyak buat salah dengan ibu, ayah," kata Marianna dengan kesal." Akak lagi banyak buat salah. Akak cakap kasar dengan ibu ayah, akak tak balik rumah 5 bulan. Ni ibu ayah dah meninggal baru akak balik. Siapa yang lagi banyak buat salah? Akak ke Anna?," kata Mary. Marianna hanya terus menangis tanpa henti. Tiba-tiba, Maria memanggil Mary dan Marianna untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan mayat Dato' Mursalin dan Datin Maya.
Keluar sahaja dari bilik tersebut Mary terus bertanya kepada Marina "Apa yang jadi sebenarnya ni?" tanya Mary. "Tadi malam Ina dengar suara ibu jerit. Lepas tu Ina tengok luar tingkap, bangsal dah terbakar. Dah nampak macam tu Ina capai telefon terus call bomba padamkan api sebab dah besar sangat. Tapi yang peliknya masa tu Ina tak jumpa ibu. Ina terus kejut Maria dengan Marianna suruh cari ibu tapi tetap tak jumpa. Api dah padam baru jumpa ibu dengan ayah dalam bangsal dah rentung. Pelik juga macam mana ibu dengan ayah boleh ada dalam bangsal. Macam ada sesuatu. Tapi entahlah, benda dah jadi nak buat macam mana," jawab Marina.
"Mak Neng mana masa tu?," tanya Mary. "Mak Neng balik rumah dia sebab ada hal sikit katanya," jawab Marina. "Sekejap, aku nak telefon Pak Ali suruh hantar kita balik," kata Marina lagi. "Tak payahlah. Kan aku dah bawa kereta. Naik aku pun boleh," kata Mary. "Kalau macam tu kita naik kereta kau jelah," jawab Marina.Malam sudah menjelma. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Mereka bersiap untuk pulang ke rumah kerana keesokan harinya adalah hari pengebumian ayah dan ibu mereka iaitu Dato' Mursalin dan Datin Maya.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, jalan sunyi sepi hanya beberapa kenderaan sahaja yang masih berada di jalan raya. Mary masih menggagahkan diri untuk berjaga kerana dia sedang memandu manakala ketiga-tiga adik beradiknya tertidur lena dibuai mimpi.
YOU ARE READING
RAHSIA
Horror"Let it be secret.....forever" *********** Sinopsis: Mary dan 3 adik beradiknya Maria, Marina, Marianna, hidup mereka menjadi tidak tenang setelah kematian ibu bapa mereka. Satu persatu rahsia yang mengerikan tentang ibu bapa mereka mula terbongkar...