RAHSIA CHAPTER 4

101 12 6
                                    

Setelah selesai membaca surat tersebut, Mary terus mencari keberadaan kunci tersebut dan berhasil menemuinya di dalam beg tangannya. Mary pun membuka kotak harta karun tersebut dan di dalamnya terdapat gambar-gambar orang berkerudung putih berada di ladang bunga dan dibelakangnya terdapat sebuah rumah kayu yang sama dengan dalam gambar yang Mary lihat di bilik ibunya, klinik dan pejabat peguam itu.

      Di dalam kotak itu juga terdapat gambar ibu bapanya yang memakai mahkota dan memakai jubah berwarna putih sedang mengelilingi api. Ada juga cincin dan rantai ibunya di dalam kotak tersebut. "Ya Allah, aku tak boleh bagitahu adik beradik aku ni. Nanti mesti mereka sedih kalau dapat tahu," bisik Mary dalam hatinya. Pada malam itu, Mary pergi ke belakang rumahnya untuk membakar isi daripada kotak harta karun tersebut.

     Mary menuangkan minyak petrol pada gambar-gambar, cincin dan rantai ibunya untuk dibakar. Bahkan tetapi, setelah mencuba beberapa kali isi kotak tersebut seolah-olah kalis api. Mary mencuba sehingga batang mancis di kotaknya habis. "Ish, ni kenapa tak boleh terbakar ni?," bisik Mary dalam hatinya. Mary masuk ke dalam rumah untuk mengambil mancis yang berbentuk pistol di dapur.

     Mary mencari keberadaan mancis tersebut tetapi tidak ditemui. Tiba-tiba, Mak Neng pergi ke dapur kerana terdengar bunyi bising. "Mary cari apa bising-bising ni? Sini Mak Neng carikan," kata Mak Neng. "Cari mancis yang macam pistol tu tapi tak jumpa," ujar Mary.

     Mak Neng membuka salah satu laci di sebelah peti ais dan menemui mancis tersebut. "Nah, ambil ni," kata Mak Neng. "Terima kasih, Mak Neng. Sayang Mak Neng," kata Mary. "Sama-sama," jawab Mak Neng sambil tersenyum sinis.

     Mary pun berlalu keluar dari rumah melalui pintu dapurnya. Tiba-tiba, muka Mary berubah menjadi pucat apabila melihat Dato' Mursalin dan Datin Maya yang telanjang sedang mencangkung dan memasukkan gambar-gambar dan barang kemas yang hendak dibakar tadi ke dalam mulut.

     Mancis yang dipegangnya tadi terjatuh dan menarik perhatian ibu bapanya itu. Dato' Mursalin dan Datin Maya pun menoleh ke arah Mary dan ketawa," Hahahahahhahahah!," gelak mereka pada Mary. Mary berlari masuk semula ke rumahnya dan menuju ke biliknya.

     Mary berasa sangat takut dan terus berselubung di dalam selimut. Keesokan harinya, Marianna pergi ke kandang kambing untuk memeriksa kambing-kambingnya terutama kambing jantan yang berbulu hitam kesayangannya, Sitam. Seusai selesai memeriksa kambing-kambingnya, dia menyedari bahawa Sitam tidak berada disitu.

     Marianna bertanya kepada Wak Bok. "Wak Bok, Sitam mana?," tanya Marianna. "Dalam kandang tak ada ke?," tanya Wak Bok. "Tak ada pun," jawab Marianna. "Eh, semalam lepas Wak Bok masukkan kambing dalam kandang semula memang Wak Bok kira semua kambing cukup," kata Wak Bok.

     "Tak apa, biar Marianna cari kat tempat yang selalu Sitam pergi," kata Marianna. "Ok, kalau tak jumpa nanti Wak Bok tolong carikan sekali," kata Wak Bok. Marianna terus berlalu pergi untuk mencari keberadaan Sitam.

     Sementara di rumah pula, Mak Neng sedang mencari-cari bau yang sangat menusuk hidung. Tiba-tiba, Maria datang dan bertanya kepada Mak Neng," Mak Neng bau tak apa yang Maria bau?," tanya Maria. "Bau. Kuat betul bau. Dari tadi Mak Neng cari baunya tapi tak jumpa kat mana," kata Mak Neng. "Tak apa, kita sembur pewangi ruangan je sementara belum jumpa punca bau ni," kata Maria. "Ok, baiklah....," jawab Mak Neng.

     Diluar rumah pula, Marina sedang membuat batas untuk bercucuk tanam. Marina membuat batas tersebut betul-betul di bawah balkoni rumah mereka. "Nak hias apa tepi batas ni? Letak batu-bata jelah," bisik Marina di dalam hatinya.

     Maria dari atas balkoni bertanya," Oi Marina. Kau tengah buat apa tu?," tanya Maria. "Ni aku tengah buat batas. Nanti kalau aku ke Marianna ke nak tanam apa-apa senang," jawab Marina. "Nanti nak tengok filem 'Midsommar' tak? Kalau nak masuklah bilik aku, kalau tak nak dah," kata Maria. "Cerita lain tak ada ke? Asyik cerita tu je," tanya Marina. "So tak naklah ni. Tak nak dah. Werkkk!," ejek Maria kepada Marina.

     Marina ketawa sambil menyusun batu-bata di tepi batas yang telah dibuat. Mary masih belum bangun dari tidur kerana malam semalam, Mary tidak dapat melelapkan mata sehingga pukul 4 pagi. Marianna masih mencari keberadaan Sitam yang tidak diketahui ke mana perginya kambing kesayangannya itu.

     "Semua tempat yang selalu Sitam pergi aku dah pergi tapi tetap tak jumpa. Pergi manalah kambing aku ni. Aduhai," bisik Marianna di dalam hatinya. " Minta tolong Wak Bok jelah carikan," bisiknya di dalam hati lagi.

     Marianna pergi semula ke kandang kambing dan berjumpa dengan Wak Bok. "Wak Bok, Marianna tak jumpa Sitamlah. Nanti Wak Bok tolong carikan eh," kata Marianna. "Baiklah, nanti Wak Bok tolong carikan," jawab Wak Bok. Marianna terus berlalu pergi ke bengkel kayunya untuk menyiapkan model rumahnya. Ketika sedang asyik menggergaji kayu, tiba-tiba Marina masuk ke bengkel kayu tersebut.

     "Marianna, kalau kau nak tanam apa-apa, aku dah buat batas kat bawah balkoni tu," kata Marina. "Oh, ok. Thank you..," kata Marianna. "Welcome. Eh, kau buat apa tu?," tanya Marina. "Anna tengah buat model rumah kita. Nanti nak letak dalam bilik," jawab Marianna. "Oh, oklah. Ina nak masuk dulu. Selamat berkerja," ucap Marina kepada Marianna. "Ok, bye...," jawab Marianna. Marina pun berlalu keluar dari bengkel dan masuk ke dalam rumah.

     Ketika dia melalui bilik Maria, Maria sedang menonton filem 'Midsommar' dan di kaca televisyennya terdapat adegan seorang wanita tua yang sedang terjun daripada gunung dan mukanya hancur apabila terbentur pada batu. Marina melihat Maria seakan-akan tiada reaksi tentang adegan tersebut. Maria hanya menontonnya sambil mengupas kulit buah epal menggunakan sebilah pisau. "Dasar psikopat," bisik Marina di dalam hatinya.

     Ada lagi satu adegan seorang lelaki tua juga terjun tetapi lelaki tua itu tidak mati. Kakinya patah dan tiba-tiba ada tiga orang yang datang sambil membawa tukul kayu yang sangat besar dan mengetuk kepala lelaki tua itu sampai hancur. Marina melihat reaksi Maria. Sekali lagi dia seolah-olah tidak merasa apa-apa sambil memakan epal yang sudah selesai dikopek. Marina terus berlalu pergi dan masuk ke biliknya.

     Pada pukul 12 tengah hari, Mary baru bangun dari tidurnya. Mary terus berlari keluar pergi ke tempat yang dia ingin bakar isi daripada kotak tersebut. Malangnya, isi daripada kotak itu sudah tiada. "Aduh, mana pula pergi isi kotak tu," bisik Mary dalam hatinya kesal. "Mak Neng dah buang ke?!! Shit!," bisik Mary lagi. Mary terus masuk dan mencari Mak Neng.

     "Mak Neng, Mak Neng ada sapu benda pelik tak kat luar?," tanya Mary. "Mak Neng belum sapu luar lagi," jawab Mak Neng. "Oh, tak apalah," kata Mary dan terus berlalu pergi. "Aik, pelik betul perangai Mary ni," kata Mak Neng dalam hatinya.

     Pada malam itu, Maria menari ballet di dalam biliknya. Semakin lama dia menari, semakin kuat ingatannya tentang ibunya. Air matanya keluar tanpa henti. Selepas penat menari, Maria terus lompat ke atas katilnya untuk tidur. Maria pun tertidur dan pada pukul 3 pagi, Maria terbangun kerana terdengar hentakan tapak kaki beberapa kali.

     Maria membuka matanya dan terlihat ibunya memakai jubah putih dan menari ballet di hadapan katilnya. Wajah Maria berubah apabila melihat ibunya terbakar secara tiba-tiba. "Arghhhhhhhhhh!!," jerit Maria dan terus berlari keluar dari biliknya. Mary terdengar jeritan Maria dan membuka pintu biliknya. "Kau kenapa jerit-jerit?," tanya Mary. "Aku nampak ibu terbakar dalam bilik," kata Maria.

      Tiba-tiba Datin Maya yang sedang terbakar keluar dari bilik Maria dan mengejar Mary dan Maria. Mary terus menarik tangan Maria ke dalam biliknya dan mengunci pintu. Mereka berdua berselubung di dalam selimut.

     Mereka juga terdengar Datin Maya mengetuk-ngetuk pintu bilik Mary dan apabila mereka melihat siling, mereka terlihat bapa mereka sedang melekat seperti cicak di siling. Kerana terlalu takut, mereka hanya berselubung di dalam selimut dan menutup mata mereka menunggu hari esok.

     Keesokan harinya, Mary dan Maria demam kerana kejadian malam semalam. Bau busuk dalam rumah itu semakin menyengat sehingga sudah tidak tertahan lagi. Mak Neng, Marina dan Marianna mencari punca bau tersebut.

     "Ok, kita berpecah. Marianna cari dekat tingkat atas, Mak Neng cari dekat tingkat bawah dan Marina pula cari dekat luar rumah," arah Marina. "Ok....," jawab Marianna dan Mak Neng serentak. Mereka pun memulakan pencarian.

     Ketika diluar rumah, Marina terjumpa gambar-gambar, cincin dan rantai di belakang bengkel kayu. "Ni gambar apa ni? Eh ni kan kotak yang Kak Mary dapat tu. Kenapa dia nak sorokkan perkara ni dari kami?," kata Marina kesal di dalam hatinya.

     Marina mengambil isi kotak tersebut dan memasukkannya semula ke dalam kotak untuk dibawa ke dalam rumah. Di tingkat atas pula, Marianna mengikut bau busuk dan apabila dia semakin dekat dengan bilik ibu dan bapanya, baunya semakin kuat.

RAHSIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang