"Amin masuklah sekali. Nanti Mak Neng buatkan air kopi," kata Mak Neng. "Eh, tak apalah Mak Neng sebab lepas ni saya kena pergi kerja," kata Amin. "Oh, kalau macam tu tak apalah. Hati-hati ya memandu," kata Mak Neng. "Baiklah, Mak Neng. Nanti kirim salam Mary ya. Suruh dia berehat," kata Amin dan terus memulakan perjalanannya pulang ke bandar.
Mak Neng masuk ke dalam rumah dan menyiapkan juadah makan tengah hari. Selepas itu, Mak Neng pun memanggil empat beradik itu untuk turun dan makan tengah hari. "Mary, Maria, Marina, Marianna, mari turun makan!," jerit Mak Neng. Mereka pun turun dan terus menuju ke meja makan. "Makan ya. Sedih-sedih pun tetap kena makan. Kalau tak makan nanti sakit. Kalau ada apa-apa panggil Mak Neng ya. Mak Neng nak bungkuskan makanan untuk Wak Bok dengan Pak Ali," kata Mak Neng.
Mereka berempat dengan serentak menjawab,"Baik Mak Neng," jawab mereka. Mak Neng pun berlalu pergi mengambil pembungkus makanan. Mereka berempat di meja makan hanya bermain-main nasi yang berada di dalam pinggan.
Siang melabuhkan tirainya. Malam pun muncul. Mereka berempat hanya berkurung di dalam bilik masing-masing sehingga waktu tidur. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Marianna masih menangis teresak-esak di hadapan cermin meja soleknya dan meletakkan air matanya di cermin. Dia pun melompat terus ke atas katil, menarik selimutnya dan terus tertidur.
Pada pukul 3 pagi, Marianna terdengar bunyi seperti sesuatu yang dibentur di pintu biliknya. Tiba-tiba, pintu biliknya terbuka dan ada tiga orang yang masuk ke biliknya. Ketiga-tiga orang itu berkerudung putih dan memakai sarung bantal yang berwarna putih di kepala mereka. Marianna menyembunyikan dirinya di dalam selimut.
Ketika dia mengintai perbuatan mereka, Marianna terlihat mereka sedang berdiri membelakanginya. Ketiga-tiga orang itu mengeluarkan suara yang berbunyi," Ta, ta, ta, ta, ta,". Suara ketiga-tiga orang itu semakin lama semakin kuat dan alangkah terkejutnya Marianna apabila melihat mereka terapung hingga mencecah ke siling biliknya. Marianna terus pengsan tidak sedarkan diri kerana terlalu takut.
Keesokan harinya, pada pukul 8 pagi, tiga kereta polis tiba di rumah mereka. Salah seorang dari polis itu keluar dari kereta dan menuju ke arah Wak Bok yang sedang memotong rumput di hadapan rumah. "Assalamualaikum, pak cik. Boleh saya tanya?," tanya polis itu. "Waalaikumussalam, ya. Apa yang saya boleh bantu?," tanya Wak Bok.
"Ini rumah Dato' Mursalin ya?," tanya polis tersebut. "Ya. Ini rumah Dato' Mursalin. Ada apa ya?," tanya Wak Bok. "Saya Inspektor Azman dan ahli forensik. Kami ditugaskan membuat siasatan tentang kes kematian Dato' Mursalin dan Datin Maya. Kami hendak memeriksa tempat kejadian," kata Inspektor Azman. "Mari saya tunjukkan tempat kejadian," kata Wak Bok.
Dalam perjalanan ke tempat kejadian, Inspektor Azman bertanya kepada Wak Bok," Kawasan sini ada jiran yang berdekatan?,". "Ada orang Indonesia tinggal dekat-dekat sini tapi kena masuk hutan sikitlah," kata Wak Bok. Mereka pun tiba di kawasan kejadian. "Di sinilah bangsal yang terbakar tu," kata Wak Bok. "Boleh tak tolong panggil anak-anak mangsa?," tanya Inspektor Azman. "Sekejap ya. Saya panggil mereka," kata Wak Bok.
Wak Bok terus mengambil telefon bimbitnya di poket seluar dan menelefon Mak Neng. "Mak Neng. Boleh tolong panggil budak-budak tu tak? Polis ni nak jumpa," kata Wak Bok. "Sekejap eh. Mak Neng panggil budak-budak tu," kata Mak Neng.
Mak Neng terus berlari menaiki tangga untuk memanggil empat beradik itu. "Budak-budak semua. Turun sekarang. Ada polis nak jumpa," jerit Mak Neng. Mary, Maria dan Marina keluar dari bilik dengan cepat kerana mendengar pernyataan Mak Neng tadi. "Betul ke polis datang? Bila polis tu datang?," soal Mary bertubi-tubi.
"Tadi pukul 8 pagi polis tu dah datang. Katanya nak soal siasat sebab Dato'Mursalin dan Datin Maya meninggal dalam keadaan yang tak wajar," kata Mak Neng kepada tiga adik beradik tersebut. "Oh, jom cepat turun. Nanti polis tu tunggu lama," ajak Maria. Mereka bertiga pun turun tanpa terfikir untuk memanggil Marianna.

ANDA SEDANG MEMBACA
RAHSIA
Horror"Let it be secret.....forever" *********** Sinopsis: Mary dan 3 adik beradiknya Maria, Marina, Marianna, hidup mereka menjadi tidak tenang setelah kematian ibu bapa mereka. Satu persatu rahsia yang mengerikan tentang ibu bapa mereka mula terbongkar...