Sementara itu, dirumah pula polis-polis dan ahli forensik masih memeriksa tempat kejadian. Mereka terkejut apabila menemui tulang haiwan seperti ayam, kambing dan lembu yang sudah rentung. Semua haiwan yang ditemui tengkoraknya masih lengkap. Setibanya Inspektor Azman dan Marina di rumah, mereka terus dipanggil oleh polis dan ahli forensik disitu.
"Inspektor, tengok apa kami jumpa. Kami syak haiwan-haiwan ni dibakar sekali dengan mangsa," kata salah seorang polis disitu. "Bagus, info baru," kata Inspektor Azman. Marina menjadi terkejut apabila terdengar percakapan polis tersebut. "Tulang haiwan? Macam mana boleh ada di situ pula?," soal Marina kepada polis tersebut. "Ini mungkin bertujuan untuk ritual tertentu dan kematian mangsa juga seolah-olah dirancang kerana terdapat kesan minyak petrol," kata polis tersebut.
Marina terus berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik mandi. Marina menangis teresak-esak dan menghidupkan pancuran air. Marina seperti tidak mempercayai apa yang didengarinya. Sementara itu, Mary sedang mengintai Maria yang sedang menari ballet sambil menangis. "Oi Maria. Kau dah kenapa menari sambil nangis ni?," tanya Mary kepada Maria. "Aku teringat pertama kali ibu ajar aku menari. Menari ballet," jawab Maria. "Oh ingatkan baru lepas tengok filem 'Black Swan'. Suka hati kaulah. Aku nak mandi," kata Mary sambil berlalu pergi.
Sebelum Mary pergi ke bilik mandi di biliknya, terlintas difikiran Mary untuk masuk ke bilik arwah ibu dan ayahnya. Seusai masuk ke bilik ibu dan ayahnya, dia terlihat gambar yang sama seperti gambar yang berada di klinik. "Gambar ni bukan sama ke dengan gambar yang di klinik tu?," soal Mary di dalam hatinya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi.
Itu ialah nombor peguam ibu dan ayahnya. Mary terus menjawab panggilan tersebut. "Assalamualaikum. Ini waris Dato' Mursalin ke?," tanya peguam itu kepada Mary. "Waalaikumussalam. Ya, ini anak sulung Dato' Mursalin. Ada apa ya?," soal Mary kepada peguam tersebut. "Macam ni. Esok, pukul 10 pagi sila datang ke pejabat saya. Saya akan menyampaikan amanat Dato' Mursalin. Saya harap cik dapat datang. Terima kasih," kata peguam tersebut. "Baiklah. Esok saya akan datang. Sama-sama," jawab Mary. Mary mematikan panggilan telefon tersebut dan memeriksa gambar tadi.
Setelah membelek-belek gambar tersebut, Mary menyedari bahawa terdapat satu kunci yang terlekat dibelakang bingkai gambar tersebut. Bentuk kunci tersebut sangat unik dan cantik. "Ni kunci apa pula ni? Pelik betul bentuknya tapi cantik," soal Mary di dalam hatinya. Mary terus keluar dari bilik ibu dan ayahnya itu sambil membawa kunci yang unik tersebut. Ketika Mary menutup suis lampu, Mary ternampak ibu dan ayahnya berdiri dihadapan gambar tadi sambil tersenyum. Melihat perkara tersebut, Mary membuka semula suis lampu dan bayangan tadi hilang. "Mungkin perasaan aku je kot," bisik Mary dalam hatinya.
Setelah itu, Mary terlihat Marina masuk ke dalam biliknya dalam keadaan basah lencun. Mary terus mengetuk pintu bilik Marina. "Marina. Kau ok tak?," tanya Mary. Tetapi Marina hanya berdiam diri. Mary pun berlalu pergi masuk ke dalam biliknya untuk mandi. Setelah selesai mandi, Mary turun untuk makan tengah hari.
Tetapi kesemua adik beradiknya tidak turun untuk makan. Mary berasa hairan dan terus pergi ke tingkat atas untuk memanggil adik beradiknya. "Semua. Jomlah makan sama-sama," ajak Mary. Tetapi tiada satu pun yang menyahut. Mary pun terus turun dan makan seorang diri.
Selepas selesai makan, Mary menelefon teman lelakinya iaitu Amin untuk berjumpa. "Assalamualaikum, awak. Petang ni jom jumpa, boleh?," tanya Mary kepada Amin. "Waalaikumussalam, awak. Boleh je. Nanti pukul 2 petang saya ambil awak ya," jawab Amin. "Ok, thank you. Bye," kata Mary dan terus mematikan panggilan.
Diluar rumah kelihatan Mak Neng dan Wak Bok sedang berbual-bual dengan polis-polis itu sebelum polis-polis itu berangkat pulang. Mary naik ke atas untuk pergi ke biliknya. Di biliknya, Mary hanya berbaring sambil membelek-belek kunci tadi. "Ni kunci apa sebenarnya? Misteri betul," soal Mary di dalam hatinya. Tiba-tiba, kedengaran bunyi hon kereta Amin. Mary terus turun dan masuk ke dalam kereta teman lelakinya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
RAHSIA
Horror"Let it be secret.....forever" *********** Sinopsis: Mary dan 3 adik beradiknya Maria, Marina, Marianna, hidup mereka menjadi tidak tenang setelah kematian ibu bapa mereka. Satu persatu rahsia yang mengerikan tentang ibu bapa mereka mula terbongkar...