Ketika di dalam kereta, Mary cuba mengingati setiap klu-klu yang pernah terjadi. "Aku baru teringat. Patutlah majlis pengebumian ibu ayah ramai orang. Orang yang ramai tu mesti ahli pemuja iblis yang sama macam ibu ayah. Masa majlis pengebumian tu jugalah aku nampak peguam dan doktor wanita tu. Dasar keparat," bisik Mary dalam hatinya.
Hari semakin gelap. Mary tiba di rumah pada waktu maghrib. "Pak Ali balik dulu ya. Hari pun dah nak gelap," kata Pak Ali. "Ok, terima kasih Pak Ali," kata Mary. "Sama-sama," jawab Pak Ali dan terus berlalu pergi. Ketika Mary hendak masuk ke rumah, Mary terdengar suara Mak Neng dan Wak Bok memanggil-manggil nama Mary. Mary pun terus masuk ke rumah dan melihat ketiga-tiga adik beradiknya sedang duduk di sofa dengan muka yang resah.
"Mak Neng mana?," tanya Mary. "Kita semua dah cari Mak Neng tapi tak jumpa," kata Maria. "Kau pergi mana kak? Kalau boleh memang nak balik besok eh," sindir Marina. "Aku tanya Mak Neng mana. Yang kau nak marah kenapa," kata Mary. Mary berlalu pergi ke dapur dan mendengar suara Mak Neng dan Wak Bok masih memanggil-manggil namanya.
Mary terus keluar melalui pintu dapur dan mendengar suara itu berada di dalam bengkel kayu. Mary terus berlari ke bengkel kayu. Dia sangat terkejut apabila melihat dua tubuh tanpa kepala tersandar di dinding.
Tiba-tiba, dua kepala bergolek ke arahnya dan terlihat muka Mak Neng dan Wak Bok. "Arghhhhhhhhhhhh!!!!!!!," jerit Mary dan terus berlari masuk dalam rumah. "Dengar sini apa aku cakap. Pergi bilik masing-masing, kemas baju. Kita pergi hotel yang dekat-dekat," arah Mary. "Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba nak tidur hotel pulak?, tanya Maria bertubi-tubi.
"Buat je. Kita kena cepat," kata Mary. Tiba-tiba, semua lampu di rumah mereka terpadam dan apabila lampu terbuka semula, hanya tinggal Mary seorang sahaja di ruang tamu. "Korang mana? Jangan main-mainlah. Tak kelakar," kata Mary.
Tiba-tiba, terdengar Maria menjerit di dapur. "Arghhhhhh!," jerit Maria. Mary terus menuju ke dapur dan terlihat sebilah pisau tertancap di tangan Maria. "Ya Allah!!!," jerit Mary. Mary terus pergi ke arah Maria dan cuba mencabut pisau di tangan Maria. "Kak, cabut perlahan-lahan," kata Maria yang sedang dalam kesakitan.
Mary mencabut pisau itu dengan perlahan-lahan dan akhirnya pisau itu pun tercabut. Mary membaling pisau tadi ke atas meja. "Kejap eh, kau tunggu sini. Aku ambil first aid kit," kata Mary. Maria hanya mengangguk. Tiba-tiba, lampu terpadam dan terbuka sekali lagi dan apabila Mary melihat ke arah Maria, Maria sedang mencabut sebilah pisau yang berada di telinganya.
Maria menikam kedua belah matanya lalu menikam lehernya berkali-kali. Mary menjerit dan terus berlari ke pintu utama untuk keluar. Maria mengejar Mary sambil menikam-nikam mukanya.
Mary sempat berlari keluar dan mengunci pintu dari luar. Maria mengetuk-ngetuk pintu dan menancapkan pisau pada pintu. Mary terus menuju ke keretanya untuk beredar dari rumahnya tetapi malangnya dia terlupa untuk mencapai kunci keretanya.
"Sial!!!!," jerit Mary sambil menumbuk tingkap sisi kereta. Mary keluar dari kereta dan Maria sudah berhenti mengetuk-ngetuk pintu.
Tiba-tiba, telefon bimbit Mary berdering. Amin yang sedang menelefon. Mary terus menjawab. "Awak tolong saya! Cepat datang sini! Maria tikam diri sendiri!," jerit Mary. "Ya Allah! Baiklah saya datang sekarang! Awak tunggu!," jawab Amin dengan panik.
Sementara itu, Inspektor Azman datang ke rumah Pak Dogo. "Assalamualaikum," ucap Inspektor Azman. Tetapi tiada yang menyahut. Inspektor Azman terus naik ke rumah Pak Dogo.
Di dalam rumah Pak Dogo, terlihat Pak Dogo yang memakai barongan sedang menghadap dinding. "Pak, boleh kita bercakap sebentar," sapa Inspektor Azman. Pak Dogo hanya menggeram seperti binatang.
Tiba-tiba, Pak Dogo mula merangkak dan mengejar Inspektor Azman. Inspektor Azman berlari turun tangga kayu dan menyorok di bawah rumah sambil mengeluarkan pistol. Tidak lama kemudian terlihat kaki Pak Dogo sedang ke sana ke mari mencari keberadaan Inspektor Azman.
YOU ARE READING
RAHSIA
Terror"Let it be secret.....forever" *********** Sinopsis: Mary dan 3 adik beradiknya Maria, Marina, Marianna, hidup mereka menjadi tidak tenang setelah kematian ibu bapa mereka. Satu persatu rahsia yang mengerikan tentang ibu bapa mereka mula terbongkar...