RAHSIA CHAPTER 5

100 12 2
                                    

Marianna pun masuk ke dalam bilik ibu bapanya dan memeriksa ke seluruh ruangan. Marianna mendapati bahawa bau itu kuat pada katil ibu bapanya. Marianna tekad untuk memeriksa bawah katil ibu bapanya.

     Dia sangat terkejut apabila terlihat bangkai seekor kambing yang sudah berulat di bawah katil tersebut. Marianna terus menjerit memanggil nama Mak Neng dan Marina.

     "Mak Neng, Marina! Tengok bawah katil ni ada apa!," jerit Marianna. Mak Neng dan Marina pun bergegas masuk ke dalam bilik tersebut dan melihat perkara tersebut. "Astaghfirullahalazim," ucap Mak Neng.

     "Tengok apa aku jumpa ni. Ni aku jumpa dekat belakang bengkel kayu. Ni kan kotak yang Kak Mary dapat hari tu. Cuba korang tengok apa isinya. Aku syak Kak Mary nak rahsiakan dari kita," kata Marina panjang lebar. "Ya Allah," ucap Mak Neng. Marina terus mengambil kotak itu dan membawanya keluar dari bilik tersebut.

     Mak Neng pula menelefon Wak Bok untuk membuang bangkai kambing tersebut. "Wak Bok, tolong buangkan bangkai kambing dalam bilik Dato' ni," kata Mak Neng. "Hah, bangkai kambing! Macam mana boleh ada kambing dalam bilik?," tanya Wak Bok kehairanan. "Entahlah. Tapi yang penting cepat sebab dah busuk sangat ni baunya. Satu rumah bau," kata Mak Neng. "Ok, kejap lagi saya datang," kata Wak Bok.

     Wak Bok membawa bangkai kambing tersebut keluar dari bilik. Marianna baru menyedari kambing itu ialah Sitam kerana tanduknya yang melengkung dan bulunya yang berwarna hitam. Marianna terus pergi ke bengkel kayunya dan menyiapkan model rumahnya itu. Dengan cara itu sahajalah dia fikir dia dapat melupakan Sitam.

     Marianna mengecat kayu itu supaya sama persis dengan rumahnya. Tetapi tiba-tiba, Marianna terdengar bunyi kambing mengembek betul-betul disebelah telinga kirinya dan seakan-akan bahu kanannya dipegang oleh sesuatu.

     Marianna terus mengamuk dan membaling cat kayunya ke sebelah kanannya. "Kau nak apa lagi ha! Ibu ayah aku  dah pergi, kambing kesayangan aku dah pergi! Kau nak apa lagi!," jerit Marianna.

     Marianna menghancurkan model rumah yang dibinanya menggunakan tukul besi dan membuangnya di tempat pembakaran sampah. Marianna menuangkan minyak petrol pada model rumahnya itu dan mula membakar.

     Sementara itu, Marina pula mengetuk-ngetuk pintu bilik Mary. "Oi, kak. Kau keluar sekarang! Aku nak tanya something," jerit Marina. Mary membuka pintu dengan wajahnya yang kelihatan lemah. "Nak tanya apa?," tanya Mary. "Kenapa kau tak bagitahu kami pasal gambar ni? Kenapa kau nyorokkan kotak ni belakang bengkel kayu?," tanya Marina bertubi-tubi.

     "Aku memang tak nak bagitahu korang sebab aku tahu nanti korang akan jadi lebih sedih," kata Mary. "Hei, aku lagi sedih dapat kakak macam kau!," tengking Marina sambil berlalu pergi membawa kotak tersebut. Tiba-tiba, Mary teringat pesanan ibunya untuk membakar isi kotak tersebut. "Marina, tunggu!...," jerit Mary. Dengan tidak semena-mena, ketika Mary hendak mengejar Marina, kakinya tersandung kaki meja dan kepalanya terbentur ke bucu almari. Mary pun pengsan.

     Mak Neng yang melihat hal tersebut terkejut dan cuba membangunkan Mary tetapi Mary tidak sedarkan diri. Mak Neng memanggil Maria untuk mengangkat Mary naik ke atas katil. Mujurlah Maria hanya demam sikit sahaja. Dapatlah dia membantu Mak Neng mengangkat Mary naik ke atas katil. "Kejap eh Mak Neng. Maria nak cakap dengan Marina," kata Maria. "Ok, pergilah cakap dengan Marina tu. Makin peliklah dia sekarang. Nasihatkan dia sikit," kata Mak Neng. Maria berlalu pergi ke bilik Marina.
                                                                                    
     "Oi, Marina. Buka pintu ni sekejap," kata Maria. "Masuk jelah. Tak kunci pun," kata Marina. " Wei, kau ni kenapa sebenarnya ni? Kalau kau stress pun, tak payahlah marah Mary macam tu," kata Maria. "Aku pun tak tahulah. Sekarang ni macam susah nak kawal perasaan. Lagi-lagi kalau pasal Kak Mary. Rasa macam sakit hati sangat," kata Marina. "Cubalah kawal sikit perasaan kau tu. Dah macam kena rasuk setan tahu tak? Tengking orang yang lebih tua daripada kau. Kau fikir bagus ke?," soal Maria.

RAHSIAWhere stories live. Discover now