BAB 31

906 21 5
                                    

MAJLIS persandingan Adra dan Harraz diadakan di Traders Hotel, hotel mewah yang terletak di Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAJLIS persandingan Adra dan Harraz diadakan di Traders Hotel, hotel mewah yang terletak di Kuala Lumpur. Untuk majlis ini Dato' Roslan menjemput ramai tetamu. Sudah semestinya dari kalangan VVIP, klien, business partner dan juga rakan karib.

Walaupun peristiwa Nurin membuat onar di kediaman Dato' Roslan beberapa hari yang lepas masih lagi terasa tapi majlis persandingan Adra dan Harraz tetap berjalan seperti yang dirancang.

Tapi kali ni Harraz lebih berhati-hati. Dia sudah siap sedia mengupah pengawal untuk menjaga keselamatan sepanjang majlis itu diadakan. Bukan apa takut Nurin datang buat hal pula. Perempuan tu bukan boleh percaya.

Adra dan Harraz bersiap di bilik yang berasingan. Faris ditugaskan untuk menyiapkan Harraz manakala Hasya pula menyiapkan Adra.

Adra sudah lengkap memakai baju pengantin songket berwarna smoke green. Warna itu sesuai dengan kulit Adra yang cerah. Design baju tersebut Datin Huda yang pilih.

Hasya menyapu lipstik di bibir Adra dengan berhati-hati. Dia tersenyum, Hasya berpuas hati dengan sentuhannya. Hari ini dia menjadi jurusolek untuk Adra.

Tok ! Tok !

Bunyi ketukan pintu menganggu kerja Hasya menyolek Adra. Berus diletakkan di atas meja. Bunyi ketukan pintu itu tidak berhenti.

"Siapa pula yang main ketuk pintu ni ? Haziq ke ? Kejap ya Adra," Hasya melangkah ke arah pintu dan bunyi ketukan itu makin kuat.

"Ya sabar-sabar."

Hasya membuka pintu tersebut. Dia terkejut melihat figura yang berada di hadapan pintu.

"Eh kau bu-..."

Belum sempat Hasya menghabiskan percakapannya Harraz terus menerobos masuk ke dalam. Dari awal, Harraz tidak setuju apabila dia dan Adra harus duduk di bilik berasingan untuk bersiap. Dia mahu ada bersama dengan gadis itu sepanjang masa.

"Harraz apahal kau datang sini ? Bilik kau dekat sebelah bukan dekat sini," ujar Hasya geram.

"Bini aku mana ?" soal Harraz.

"Tu takkan tak nampak bini kau dekat depan meja solek tu. Baru tak jumpa sekejap dah lupa bini dekat mana."

"Aku nak bersiap kat sini. Aku bosanlah dekat bilik sebelah dengan abang long," bebel Harraz.

Mata Hasya membulat.

"Tak boleh."

"Apahal pula tak boleh ?" balas Harraz agak geram.

Scent Of YouWhere stories live. Discover now