BAB 8

672 20 0
                                    

LAJU kaki Datin Huda menuruni anak tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAJU kaki Datin Huda menuruni anak tangga. Dia menuju ke meja makan untuk bersarapan. Sarapan pukul 10 ya hmm elok sangat. Kak Siti sudah siap hidang sarapan untuknya.

"Morning umi !" sapa Hasya.

Ini lagi satu si Hasya ni setiap hari dia akan datang makan sarapan di rumah uminya. Bukan setakat sarapan, makan tengah hari dengan makan malam pun di sini juga. Dia langsung tak masak ke dekat rumah dia sendiri. Suami dengan anak dia makan apa selama ni. Nak kata kerja itu sudah semestinya tidak tapi kalau bab menghabiskan duit sibuk pergi shopping itu memang kepakarannya. Nasib baiklah Faris tu hidupnya senang boleh tanggung perbelanjaan dia dan juga Haziq.

"Lambat hari ni. Selalu awal pagi dah terpacak depan rumah," ujar Datin Huda.

"Haziq, dia buat perangai pula pagi-pagi tak nak mandi itu yang Hasya lambat tu. Eh hari ni breakfast apa umi ? Perut Hasya dah lapar sangat ni."

"Macam biasalah tapi bau macam lain. Dah duduk kita makan sama-sama."

Datin Huda dan Hasya mengambil tempat duduk mereka masing-masing. Panjang tangan Datin Huda membuka tudung saji, membulat matanya apabila melihat makanan yang berada di bawah tudung saji tersebut.

"Kak Siti !" panggil Datin Huda kuat.

Kak Siti yang sedang membancuh air di dapur terus berlari ke depan apabila namanya dipanggil. Dia mendekati Datin Huda, riak wajah wanita itu amat menakutkan sekali.

"A-ada apa puan ?" soal Kak Siti.

"Saya minta kak Siti masak french toast dengan baked bean tapi kenapa ada nasi lemak pula dekat atas meja ni ? Kak Siti ni faham arahan saya atau tidak," ujar Datin Huda tegas.

"Bu-bukan kak Siti yang masak puan."

"Habis tu siapa ?"

"A-Adra puan. Dia yang masak semua ni awal pagi tadi," jawab Kak Siti jujur.

Riak wajah Datin Huda berubah lagi menjadi lebih menakutkan. Perempuan kampung ni memang cari nahas desis hatinya.

"Adra !"

Adra muncul dari dapur. Dulang yang berisi air diletakkan di atas meja kemudian dia mendekati Datin Huda.

"Ya umi, ada apa ? "

"Umi ? Siapa umi kau ! Panggil aku Datin Huda bukan umi !" tengking Datin Huda.

"Ma-maaf Datin," ucap Adra perlahan. Kak Siti sudah tunduk memandang lantai kerana takut.

"Siapa suruh kau masak ?"

Tiada jawapan.

Datin Huda hilang sabar. Dia memang pantang kalau dia tanya soalan tapi soalan tu tak dijawab. Telinga Adra ditarik kuat.

"Kau ni pekak ke apa. Bila aku tanya tu jawab bukannya diam aje !"

"Aduh Datin sakit Datin..." rengek Adra.

Scent Of YouWhere stories live. Discover now