BAB 14

1K 19 0
                                    

NURIN memandang ke tempat lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NURIN memandang ke tempat lain. Harraz yang berada di hadapan langsung tidak dihiraukan. Hatinya masih lagi sakit disebabkan perbuatan lelaki itu beberapa hari yang lepas.

Harraz menunggu Nurin untuk bercakap dengannya. Hampir 2 jam mereka tidak bertegur sapa. Sepatah perkataan langsung tak keluar daripada mulut Nurin. Merajuk tahap dewa ni. Masuk kali ini sudah 4 cawan air Harraz pesan.

"Sayang, sampai bila you nak ignore I  macam ni ? Sudah-sudahlah merajuk tu, I tak tahu macam mana nak pujuk you lagi. I dah minta maaf kan dekat you," pujuk Harraz.

Nurin masih buat tak tahu, biarkan dia nak tengok sejauh mana usaha Harraz nak memujuknya. Buat hal lagi sekarang terimalah.

Harraz menggaru keningnya yang tidak gatal. Aduh macam mana nak pujuk ni ?

"Sayang please...okay I'm sorry. I mengaku itu memang salah I, I takda mood sebab Adra. Dia buat hal hari tu. I tak sengaja pun nak tinggal you macam tu. I menyesal dengan apa yang I dah buat. I tak bolehlah kalau you tak bercakap dengan I. I rasa tak tenang tau tak. Please sayang tolong maafkan I. I love you so much sayang, maafkan I okay ?" rayu Harraz lagi.

Nurin menyembunyikan senyumannya. Dia suka apabila Harraz mula merayu, padan muka cari pasal lagi.

"Betul you nak I maafkan you ?" akhirnya Nurin bersuara.

Harraz mengangguk kepalanya laju tanda yang dia mahu. Hidup dia rasa kosong apabila Nurin merajuk dengan dirinya.

"Okay I maafkan you, I pun tak sanggup nak merajuk dengan you lama-lama. Tapi ini last kalau you buat macam tu lagi, tiada maaf bagimu," ujar Nurin.

Harraz tersenyum lebar. Tangan Nurin dicapai dan dikucup berkali-kali.

"Thank you sayang ! I love you so much, I janji I takkan buat macam tu lagi," ucap Harraz teruja.

"I love you too."

Mereka berdua tersenyum bahagia. Harraz rasa sangat gembira tika ini, baginya Nurin adalah segalanya. Dia merasakan Nurin adalah yang terbaik buatnya.

"So lepas ni you nak pergi mana ? Cakap je I akan tunaikan," soal Harraz.

Mata Nurin seakan bersinar-sinar apabila Harraz menanyakan soalan itu kepadanya. Terukir satu senyuman bermakna di bibirnya.

"Kita pergi shopping ! I nak beli kasut, ada design baru dah keluar. I nak beli sebelum kasut tu habis, boleh kan baby ?"

"Sure honey, anything for you I akan tunaikan," balas Harraz.

"Aww thank you baby !"

Scent Of YouWhere stories live. Discover now