BAB 24

1.5K 23 4
                                    

ADRA membuka matanya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ADRA membuka matanya perlahan. Tangannya panjang menutup jam loceng yang berbunyi di meja lampu. Dia menggeliat kecil tapi Adra rasa macam ada sesuatu yang memeluk pinggangnya. Disentuh benda yang memeluk pinggangnya itu, Adra rasa macam tangan. Dia pantas menoleh ke sebelah, dengan serta merta mata Adra membulat.

"Arghhhhhhhhhhhh !!!"

Harraz yang sedang lena diulit mimpi terus terjaga apabila Adra menjerit. Lelaki itu terus bangun dan Adra masih lagi menjerit.

"Wei Adra, pahal kau menjerit ni ? Ni akulah Harraz," ujar Harraz. Dia cuba menenangkan Adra yang menjerit seperti nampak hantu.

Jeritan Adra terhenti apabila Harraz bersuara. Dia diam, matanya terkelip-kelip memandang wajah Harraz. Eh kejap, macam mana lelaki itu boleh ada di sini ?!

"A-awak buat apa dekat sini ? Awak bukan dekat KL ke ? Kenapa awak datang sini ?" soal Adra bertalu. Dia masih tak percaya dengan apa yang dia nampak ketika ini.

"Haih, aku sampai malam tadi. Waktu aku sampai tu kau dah tidur so disebabkan aku penat sangat aku pun terus tidur sebelah kau and opah tahu aku nak balik. Kenapa terkejut ?" balas Harraz.

Adra diam. Wajah Harraz dipandang lama. Ini realiti atau dia sedang bermimpi. Macam tak masuk akal je, kenapa Harraz tiba-tiba balik sedangkan dia sendiri yang hantar Adra ke sini dan lelaki itu bukan suka pun duduk dekat kampung, orang kaya kan semua benda rasa jijik.

"Wei kau okay tak ?" tegur Harraz. Dia pun pelik tengok Adra yang dari tadi tidak bersuara. Dia mahu menyentuh pipi Adra namun gadis itu pantas mengelak.

"Sa-saya okay. Awak sambunglah tidur mesti awak letih. Saya nak pergi mandi," ucap Adra. Dia terus turun daripada katil.

"Adra."

Langkah Adra terhenti. Dia menoleh memandang Harraz yang masih berada di atas katil.

"Err kiblat arah mana ? Aku nak solat Subuh."

Adra terkedu. Ya Allah apakah ini realiti atau aku masih bermimpi ? Kenapa semuanya macam mengejutkan. Betul ke ini Harraz Anaqi yang aku kenal ?

"Awak pergilah ambil wuduk dulu nanti saya siapkan tempat solat untuk awak," balas Adra.

Harraz turun dari katil kemudian dia terus melangkah menuju ke bilik mandi. Adra terkebil-kebil sendiri, eh biar kebenaran ! Dia menampar pipinya berulang kali.

"Okay Adra, benda ni serius. Kau tak mimpi, itu betul Harraz cuma dia macam lain sikit so just follow the flow," gumam Adra sendiri. Bila dah rasa tenang sikit Adra melangkah ke almari, dia perlu menyediakan tempat solat untuk Harraz.

****

ADRA duduk di meja makan sambil melihat Kak Liza menggoreng cucur udang. Bukan Adra tak nak tolong ya tapi Kak Liza yang tak bagi. Opah Sutinah pula awal pagi lagi sudah pergi ke warung katanya hari ni nak buka warung awal sikit daripada biasa.

Scent Of YouWhere stories live. Discover now