BAB 22

1.5K 17 0
                                    

HARRAZ berjalan seorang diri di dalam shopping mall

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARRAZ berjalan seorang diri di dalam shopping mall. Harraz agak stress sebab banyak kerja yang harus dia selesaikan di pejabat jadi dia datang ke sini untuk tenangkan fikiran. Sejak Adra takda ni dia rasa macam sunyi pula.

Ingat nak ajak Nurin keluar lunch tapi lately ni Nurin macam susah nak angkat call lepas tu mesej pun lambat aje nak balas. Memanglah sebelum ni mereka berdua gaduh tapi dah elok balik dah tapi Harraz rasa Nurin macam lain. Kalau nak ajak keluar mesti gadis itu selalu bagi alasan sibuklah, takda mood lah dan pelbagai lagi alasan.

Harraz menapai naik ke escalator, sebelah tangan di dalam poket seluar dan sebelah tangannya lagi memegang pemegang escalator. Wajahnya bosan sahaja tapi masih tampak kacak.

Tiba di tingkat 2, mata Harraz nampak sesuatu. Dia macam kenal figura itu. Dia nampak Nurin baru keluar dari kedai baju bersama dengan seorang lelaki. Dahi Harraz berkerut seribu. Siapa lelaki tu ?

Nurin dengan lelaki itu nampak mesra. Harraz kecilkan matanya untuk memastikan sama ada itu Nurin ataupun tidak. Bila Nurin toleh memandang lelaki yang bersamanya sambil tersenyum, sah itu memang dia ! Tanpa membuang masa Harraz terus mengejar.

Harraz menarik tangan Nurin kuat. Gadis itu terus menoleh ke belakang apabila tangannya ditarik. Di saat dia memandang wajah seseorang yang berani menarik tangannya, mata Nurin membulat. Dia benar-benar terkejut, Harraz !

"Baby ! Baby you buat apa dekat sini ? Aww I miss you," ucap Nurin. Dia menghampiri Harraz dan memeluk lengan lelaki itu manja.

Lelaki yang bersama dengan Nurin mula terpinga-pinga. Apa yang dah jadi ? Siapa lelaki ni ?

Harraz menjauhkan dirinya daripada Nurin. Dia memandang wajah Nurin dan lelaki yang gadis itu silih berganti. Nurin pula dah mula cuak. Harraz rasa macam ada yang tidak kena tika ini.

"I yang patut tanya you soalan tu. You buat apa dekat sini ? Dan siapa jantan tak guna ni ?!" jerkah Harraz.

"Baby, let me explain. Ni klien I, kan I ada bagitau you yang I busy lately ni. I jumpa dialah nak bincang pasal kerja. Jom kita pergi minum, tak naklah marah-marah macam ni jom," pujuk Nurin. Dia menarik lengan Harraz.

"Hands off Nurin, you ingat I bodoh ke ? Ada ke orang jumpa klien keluar pergi shopping pegang-pegang tangan lepas tu nampak mesra macam you dengan jantan ni buat, ada ke ?!"

"Wei bro, kau siapa ? Sayang, siapa mamat ni ? Kenapa dia nak marah-marah you ?" celah lelaki yang bersama Nurin itu.

Sebelah kening Harraz terangkat sedikit apabila mendengar lelaki yang tidak dikenali itu memanggil Nurin 'sayang'.

"Wow ! Is he called you sayang just now ?" soal Harraz tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Baby, you dah salah faham ni. Betul ni klien I, dia just teman I shopping je sebab you kan sibuk so I tak nak ganggu you. Dia cuma bergurau aje kan Helmi kan ?"

Scent Of YouWhere stories live. Discover now