BAB 9

624 21 1
                                    

TOK ! TOK !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TOK ! TOK !

Adra berlari dari dapur menuju ke depan untuk membuka pintu. Sejak Datin Huda melantik Adra menjadi orang gaji yang baru, semua kerja di dalam rumah itu dia yang buat. Kak Siti ada juga membantu tapi dia tolong sewaktu Datin Huda takda. Misal kata Datin Huda nampak habis gadis itu akan dikerjakan nanti.

Bunyi ketukan pintu makin kuat. Adra pelik, siapa pula yang datang waktu pagi macam ni ? Pintu utama rumah agam itu dibuka perlahan.

Saat pintu rumah dibuka, Adra terpesona melihat tetamu yang datang. Adra memandang figura itu. Daripada atas hingga ke bawah, barangan yang tetamu itu pakai kesemuanya barang yang berjenama.

"Ermm cari siapa ya ?"

Tiada balasan. Tetamu itu memandang Adra dari tadi. Walaupun dia memakai kaca mata hitam tapi Adra dapat merasakan tetamu itu sedang melihatnya.

"Datin Huda ada ?"

"Datin Huda takda. Datin dah keluar katanya ada mesyuarat dengan kawan-kawan dia. Jemputlah masuk dulu, saya rasa kejap lagi Datin balik," jawab Adra.

Tetamu itu terus melangkah masuk ke dalam. Adra meninggalkan tetamu itu di ruang tamu. Dia bergerak ke dapur untuk membancuh air.

Tidak lama selepas itu, Adra kembali. Secawan teh panas dihidangkan di atas meja. Kaca mata hitam dibuka dan diletakkan di dalam beg tangan. Teh panas dicapai lalu disisip perlahan.

Adra hanya memerhati. Dia tak tahu nak buat apa tapi dia suka melihat wajah tetamu itu. Cantik orangnya. Nurin Zulaikha kan mestilah cantik.

Nurin mula rasa meluat dengan Adra yang sibuk memerhatikannya. Saat dia melihat pakaian yang Adra pakai, gadis itu bukan berasal dari golongan yang berada. Seluar palazo, t-shirt lengan panjang dengan tudung sarung ? Ughh so disgusting. Ini ke perempuan yang cinta hatinya kena tangkap basah tu ? Eew memang sah perempuan murah desis hati Nurin.

"Err cik ni siapa ya ? Cik ada urusan penting ke dengan Datin. Saya boleh call Datin bagitau yang cik datang nak jumpa dia," ujar Adra.

"Nama I Nurin Zulaikha anak perempuan Tan Sri Muhaimin. I datang ke sini bukan nak jumpa dengan Datin tapi I nak jumpa dengan you," begitu megah sekali Nurin mengucapkan kata-kata. Sengaja ditekan perkataan anak Tan Sri itu.

Adra teguk liur. Uwuu anak Tan Sri. Tapi nama Nurin tu macam Adra pernah dengar tapi di mana ya ?

"Awak nak jumpa saya ? Kita pernah jumpa ke dekat mana-mana sebelum ni ?" soal Adra.

"No, kita tak kenal each other and I tak ingin nak tahu pun siapa you. But for your information, I ni bakal isteri kepada Mohd Harraz Anaqi so I nak you minta cerai dengan dia."

Adra bagaikan terkena renjatan elektrik apabila mendengar jawapan Nurin. Wait, what ? Ini boleh mendatangkan malapetaka tujuh petala langit.

Scent Of YouWhere stories live. Discover now