BAB 17

1.9K 21 0
                                    

ADRA mengacau teh panas menggunakan sudu dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADRA mengacau teh panas menggunakan sudu dengan perlahan. Apabila sudah siap, teko yang berisi teh panas tadi diletakkan di atas dulang. Adra bergerak ke almari untuk mengambil dua cawan kaca yang sama coraknya dengan teko tersebut.

Beberapa potong kek pandan disusun di dalam pinggan kemudian diletakkan di atas dulang itu sekali.

Sudah beberapa hari termasuk hari ini Adra rasa macam tak sedap badan. Kepalanya juga sering terasa pening dan kadang tu rasa berdenyut. Badannya terasa lesu dan kurang bertenaga. Dia rasa macam penat aje tapi Adra gagahkan juga untuk membuat segala kerja rumah. Kalau dia beri alasan tak sihat pun Datin Huda bukannya ambil peduli lagi dimarahi adalah.

Adra mengangkat dulang lalu dibawa ke depan. Kedengaran suara gelak dan tawa Datin Huda serta Hasya di ruang tamu. Mereka berdua sedang sibuk berbincang tentang menu untuk dimasak makan malam ini. Katanya ada tetamu istimewa yang hendak dijemput tapi tak tahulah siapa.

Adra menghidangkan teh panas kepada dua beranak itu. Perlahan sahaja Adra menuangkan teh panas ke dalam cawan. Sakit pula telinganya mendengar suara Hasya yang ketawa tak ingat dunia itu. Bila dah selesai hidang, Adra kembali ke dapur semula.

"So umi rasa ini jelah menu untuk dinner malam ni. Kak long ada nak tambah apa-apa lagi tak ?" soal Datin Huda. Matanya ralit memandang senarai makanan dan juga senarai barang yang harus dibeli.

"Cukuplah tu umi. Kalau banyak-banyak nanti tak habis pula. Ni daddy dengan Harraz tau tak umi nak ajak tetamu istimewa datang dinner dekat sini malam ni ?" soal Hasya kembali.

"Belum. Kejap lagikan diorang balik nanti umi bagitau lah."

Hasya hanya senyum. Teh panas yang Adra hidangkan tadi disisip perlahan. Sepotong kek pandan diambil lalu masuk ke dalam mulut.

"Kira dah complete lah ni. Betul kak long takda nak tambah apa-apa lagi ?" soal Datin Huda lagi meminta kepastian.

"Nope."

"Okay then. Adra !"

Adra yang berada di dapur terus datang ke ruang tamu apabila namanya dipanggil.

"Ya Datin ?"

"Nah ambil list menu dengan list barang-barang ni. Aku nak kau beli dan masak semua menu tu untuk dinner malam ni. Memandangkan makanan tu banyak jadi aku bagi Kak Siti tolong kau tapi hanya untuk malam ni sahaja. Hari-hari lain kau buat kerja macam biasa," ujar Datin Huda.

Adra mengambil kertas putih yang penuh dengan senarai menu dan barang itu. Ouh mak banyaknya, ni nak makan untuk satu tahun ke apa ni. Nasib baik Kak Siti boleh tolong kalau tak mampus Adra nak buat semuanya seorang diri.

"Kak Siti."

"Ya puan ?"

"Kak Siti dengan Adra ditugaskan untuk uruskan makanan dinner malam nanti. Saya rasa ada barang yang kena beli lagi jadi ambil kad kredit saya ni pergi beli semua barang-barang tu. Dah pergi sekarang," arah Datin Huda.

Scent Of YouWhere stories live. Discover now