BAB 7

763 18 0
                                    

ADRA membawa Harraz berjalan pusing satu kampung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADRA membawa Harraz berjalan pusing satu kampung. Harraz kagum dengan suasana di sini, nyaman sahaja. Berbeza sekali dengan suasana di Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk.

Adra menarik nafas panjang dan matanya dipejam. Dia menikmati udara yang segar. Harraz yang berada di sebelah menoleh memandangnya.

Harraz macam tak percaya bahawa dia sudah berkahwin dengan Adra. Gadis kampung itu sudah menjadi isterinya. Entah kenapa dia merasakan Adra ada satu tarikan yang istimewa.

Kali pertama Harraz bertemu dengan Adra, dia terus rasa tertarik kepada gadis itu. Harraz mahu mengetahui siapa Adra Nafeesa sebenarnya sehinggalah dia sanggup meragut mahkota suci milik Adra. Akibat terlalu mengikut emosi dan nafsu, Adra yang menjadi mangsa.

"Esok kita balik KL," ujar Harraz.

"Huh ?"

"Kau ni pekak ke ?" marah Harraz.

"Eii tak payahlah nak marah-marah. Cakap elok-elok tak boleh," balas Adra.

"Kau tu yang suka buat aku marah. Bila aku cakap tu dengarlah elok-elok."

Kening kiri Adra terangkat. Eh eh dia marah kita balik eii menyampah desis hatinya geram.

"Esok kita balik KL wahai cik Adra Nafeesa," ulang Harraz lagi. Sengaja diperli gadis itu.

"Esok ? Awalnya."

"Awal ? Kenapa kau ingat aku nak bercuti lama-lama dekat sini. Eh aku ni banyak kerja lagi tau dekat office tu. Aku tak kira kau suka atau tak esok kita tetap balik KL," putus Harraz.

"Ta-tapi..."

"Takda tapi-tapi. Aku suami kau dan tugas kau kena dengar arahan aku. Jom balik, aku panaslah duduk sini lama-lama."

Adra tak sempat nak menghabiskan percakapannya kerana Harraz terlebih dahulu beredar pergi. Giginya diketap kuat, Harraz yang makin jauh Adra kejar.

'Aku tak nak balik KL !'

****

WALAUPUN ianya berat Adra tetap akur. Dia dan Harraz pulang ke Kuala Lumpur. Macam manalah layanan Datin Huda kepadanya nanti. Bolehkah wanita itu menerimanya ?

"Oi ! Kau menung apa ?" tegur Harraz.
Adra tersentak. Dia melihat sekeliling, boleh pula dia terleka seketika.

"Sorry, kita dekat mana ni ?" soal Adra.

"Kita dah sampai. Kau kenapa ? Dari tadi kau asyik termenung je, kau ni okay ke tidak."

Adra mengangguk kepalanya perlahan. Harraz hanya memandang gadis itu dari tadi. Apahal perempuan ni ?

Scent Of YouWhere stories live. Discover now