Bab 1

1.4K 55 11
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang namun Naurah masih sibuk menyiapkan kertas kerja yang belum siap lagi. Naurah malas mahu bertangguh lagi. Dia nak cepat siap supaya dah tak pening kepala memikirkan hal kerja lagi. Di rumah, ada perkara lain yang dia kena fokus.

"Eh Na? Tak balik lagi ke?" Tegur Fuad, rakan sekerja Naurah. Fuad yang sudah memasuki usia 30an dan memiliki rupa paras yang menjadi dambaan ramai perempuan di luar sana. Fuad masih bujang dan sebenarnya dia jatuh suka pada Naurah.

Namun sayang, Naurah bukanlah wanita yang senang untuk didekati. lebih-lebih lagi ada desah-desus yang mengatakan Naurah adalah seorang janda. Entah benar atau tidak. Tak ada sesiapa yang tahu kebenarannya sebab Naurah perahsia orangnya.

Tapi Fuad tak pernah kisah. Biarpun Naurah berstatus janda, namun cintanya tetap utuh pada Naurah. Naurah pun tak adalah nampak macam janda. Macam anak dara adalah! Masih cantik, langsing dan manis mata memandang. Mata Naurah yang bulat terletak cantik bersama bulu mata lentiknya.

Naurah baik dengan Fuad. Mesra sahaja layanannya. Tapi itulah, bila dia dah bagi hint yang dia berniat untuk kenal rapat dengan Naurah, Naurah buat tak tahu aje. Atau lebih tepat, Naurah mengelak memberi ruang untuk dia kenali wanita itu dengan lebih dekat.

Naurah membalas pertanyaan Fuad dengan gelengan dan senyuman di bibir.

"Ada sikit lagi kerja yang saya nak siapkan. Lewat awak baik hari ni." Giliran Naurah pula menegur Fuad. Jarang dia tengok Fuad balik lewat.

"Orang bujang beginilah lagaknya. Nak balik awal tak ada sesiapa pun dekat rumah. Lainlah kalau ada isteri dah tunggu kat rumah. Semangat juga nak balik awal." Selorah Fuad.

Naurah tersenyum mendengarnya. Ya... Nazmi juga pernah katakan kepadanya benda yang sama. Nazmi selalu balik awal ke rumah sebab ada dia yang setia menanti kepulangan suami tersayang dari mencari rezeki.

Tapi itu dahulu. Hidup Naurah yang sekarang sudah berbeza. Tidak semena-menanya senyumnya tadi berubah tawar.

Fuad yang menyedari perubahan riak wajah Naurah, mematikan hasrat untuk mengajak Naurah berbual dengan lebih lama lagi. Sudahnya dia meminta diri untuk balik.

Tak apalah. Ada banyak masa lagi untuk dia dekati Naurah. Dia akan pastikan Naurah menjadi miliknya kelak.

***

"Assalamualaikum..." Sapa Naurah perlahan bila Kak Siti sudah berdiri di hadapan pintu.

"Waalaikumussalam.." Balas Kak Siti sambil membuang senyum ke arah Naurah. Wajah wanita cantik itu jelas kepenatan.

"Lambat Na balik hari ini?"

Naurah tersenyum pahit. "Maaf Kak Siti. Saya dah susahkan Kak Siti jaga Tilla lebih masa hari ini."

"Tak apalah Na. Akak faham Na banyak kerja. Lagipun akak suka jaga Tilla. Dia tu baik budaknya. Rajin tolong akak jaga adik-adik dia yang lain. Na janganlah rasa bersalah. Akak ni bukan orang lain. Kawan Na juga." Balas Kk Siti, ikhlas. Lembut suaranya berbicara. Bikin Naurah terharu saja.

Sungguhlah Kak Siti banyak berjasa pada dia.

"Terima kasih Kak Siti. Kak Siti baik sangat dengan Na dan Tilla. Moga Kak Siti dimurahkan rezeki selalu."

"Aamiin..." Tulus Kak Siti mengaminkan doanya.

"Kejap Kak Siti panggil Tilla dulu." Ujar Kak Siti lalu masuk ke dalam untuk memanggil Tilla.

Tidak lama kemudian, muncul seorang kanak-kanak perempuan yang comel sambil tersenyum lebar memandang Naurah.

"Mama!" Panggilnya girang dan nyaring. Mahu berlari tapi dia tahu mama tak akan bagi punya. Sudahnya dia percepatkan langkah kaki untuk mendekati susuk tubuh mama kesayangannya itu.

"Hi sayang mama..." Sapa Naurah seraya memeluk tubuh kecil Tilla. Anak kecil itu juga membalas erat pelukan mamanya.

"Kenapa mama lambat datang jemput Tilla hari ni?" Soal Tilla dengan manja.

Naurah tayang muka rasa bersalah. Kesian anaknya itu menunggu dia.

"Sorry sayang... Mama banyak kerja sikit. Tilla nakal tak hari ni?"

Tilla menggeleng kepala dengan yakinnya.

"Tak. Tilla budak yang baik. Kan Mak Siti?" Tilla tanya Kak Siti untuk dapatkan kepastian. Dia sememangnya memanggil kak Siti sebagai mak Siti.

Kak siti tersenyum nipis kemudian mengangguk kepala mengiyakan kenyataan Tilla.

Tilla.. Tak adalah Kak Siti pening kepala nak jaga dia. Dari kecil lagi Tilla seorang yang behave budaknya. Tak nakal dan banyak duduk berdiam saja. Kadang-kala ringan tulang nak tolong kak Siti. Sebab itu Kak Siti senang hati menjaganya.

"Tilla memang anak yang baik pun. Tak nakal, rajin bantu mak Siti dan comel orangnya." Melambung-lambung Kak Siti puji si Tilla. Kembang hidung si anak mendengar pujian itu.

"Hah dengar tu mama..."

Naurah tertawa kecil. Geli hati dengan telatah anaknya itu.

"Mama dengar sayang.. Thanks sebab jadi anak yang baik untuk mama. Sayang anak mama yang comel ni." Ucap Naurah sebak. Dia mencium kedua belah pipi Tilla.

"Kita balik rumah erk?" Ajak Naurah pada anaknya.

Kemudian dia meminta diri dengan Kak Siti untuk balik ke rumah. Dah dekat nak maghrib ni.


*****

Lama Naurah menilik wajah anaknya yang sedang lena tidur. Dia tersenyum pahit mengenangkan nasibnya dan Tilla.

Selama enam tahun ini, dia cuba bertahan untuk teruskan hidup demi anak kecil ini.

Dia tak kuat mana. Dia rapuh. Dia hampir tumbang. Dia hampir membunuh diri.

Tapi ya..

Takdir masih mahu dia meneruskan hidup lagi. Dia ada Tilla. Dia tidak berseorangan di dunia ini.

Rambut Tilla di usap perlahan. Lengan Tilla yang berparut merentap tangkai jantungnya. Dia ada parut yang sama dengan Tilla. Parut yang lagi besar dan masih berbekas jelas sehingga kini.

Tapi dia.. Dia dewasa. Dia boleh tahan sakitnya itu.

Tapi Tilla... Tilla masih kecil waktu itu.
Namun mengapa dia harus menerima nasib yang sama dengan Naurah?

Rasa nak meraung bila mengingatkan kembali peristiwa beberapa tahun yang lalu.




Terima Kasih Suamiku 2.0Where stories live. Discover now