Bab 6

521 29 11
                                    


Nazmi melemparkan pandangan ke arah bangunan pencakar langit yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia itu sambil berpeluk peluh. Tanpa sedar, keluhan nipis keluar dari bibirnya.

Sejak dua menjak ini, hatinya tak tenang. Dia gelisah dan fikirannya cukup terganggu semenjak bersua muka dengan bekas isterinya dua hari lepas.

Walaupun penampilan Naurah sudah berubah menjadi lebih sopan dan anggun, namun wajahnya itu tetap Nazmi kenal. Muka masih sama tapi nyata Naurah kelihatan makin matang dan makin cantik pun ada juga.

Dan.. bekas isterinya itu makin kurus!

Bukankah sepatutnya Naurah kini berbahagia bersama suaminya yang kaya-raya itu? Mengapa dia rasakan raut wajah itu suram dan kelam? Dan mengapa Naurah bekerja di bangunan yang sama dengan dia? Dia dapat tahu bahawa Naurah bekerja di sebuah syarikat kecil yang berada pada tingkat atas dari syarikat persendirian dia.

Banyak yang Nazmi ingin tahu namun layakkah dia untuk menemui bekas isterinya itu? Rasanya Naurah juga tidak ingin menemui dirinya lagi.

Buktinya, saat mereka bertemu tempoh hari setelah sekian lama tidak bersua, laju saja Naurah melarikan pandangan dan buat tak tahu akan kewujudan Nazmi yang tetap merenung jejak langkahnya sehinggalah dia keluar dari kafe tersebut. Laju sahaja dia melarikan diri daripada Nazmi.

Benci sangat gamaknya Naurah padanya. Tapi mengapa? Bukankah sepatutnya dia yang membenci wanita itu? Naurah yang memaksa dia untuk menceraikan wanita itu lalu menikahi lelaki lain demi sebuah kekayaan dan kemewahan. Walaupun tika itu, Nazmi sangat berat hati untuk melepaskan Naurah. Semuanya berlaku terlalu cepat dan tiba-tiba. Sekelip mata saja, kehidupan Nazmi berubah.

Nazmi tersenyum sinis. Tak sangka, isteri yang dia kenal boleh berubah sebegitu drastik sekali. Mengingatkan kisah lalu membuatkan Nazmi sakit hati. Naurah memang wanita yang tidak berperikemanusiaan. Meninggalkan dia terumbang ambing ketika dia juga sedang bersedih dengan pemergiaan anak dalam kandungan Naurah itu. Kubur anak itu sekalipun Naurah tidak memberitahunya.

Sampai hati Naurah. Rindunya dia pada anak itu walaupun dia tidak sempat menatapnya. Kalau masih hidup, mesti cantik macam Naurah kerana menurut doktor yang memeriksa Naurah, kemungkinan besar bayi yang dikandung Naurah itu adalah perempuan.

Nazmi tersenyum pahit.

"Hey!" Bahu Nazmi ternaik dek kerana terkejut dengan sentuhan dan sergahan Hans. Lantas dia buat muka tak puas hati dengan Hans. Nasib baik jantung dia sihat lagi. Kalau tak, memang kena panggil ambulans lah datang ambik dia. Tak pun, goal terus!

"Kau nak apa?" Garang Nazmi bertanya. Tak ada kerja lain gamaknya Hans ni. Asyik nak datang melepak kat bilik dia aje.

Hans memandang pelik ke arahnya.

"Kau kenapa Mi? Aku tanya dari tadi kau buat tak tahu aje. Kau tengah fikirkan apa? Jauh sangat kau termenung."

Nazmi berdehem. "Sorry. Kau tanya apa tadi?" Soalnya rasa bersalah. Boleh pula dia tak dengar suara Hans. Syok dengan diri sendiri tadi.

Hans mendengus perlahan. Apa nak jadilah dengan kawan aku seorang ni. Rindukan anak manja dia tu kut. Sebab tu nampak macam orang tak betul aje.

"Aku just tanya, kau nak makan kat mana lunch nanti?"

Nazmi berfikir sejenak barulah dia membalas pertanyaan Hans.

"Kafe jom!"

Hans kerut dahi. Dia mula pelik dengan sikap Nazmi namun tetap melangkah mengikut lelaki itu.


*****


Mata Nazmi melilau sana sini mencari gerangan seseorang. Namun hampa, seseorang yang dicarinya itu tidak muncul jua. Dia dan Hans dah nak habis makan dah pun tapi kelibat Naurah tetap tidak kelihatan. Adakah Naurah tidak mahu bertemu dengannya lagi?

Hans hanya diam memerhatikan gelegat Nazmi yang seakan-akan tercari seseorang sedari tadi. Sah mesti mencari gerangan wanita tempoh hari. Wanita yang berjaya membuat Nazmi tak tenang beberapa hari ini.

"Aku nak tanya kau sikit boleh?" Tiba-tiba Hans menyuarakan pertanyaan. Nazmi angkat muka memandang tepat ke arah Hans.

Dalam hati Nazmi dah mula rasa lain bila muka Hans bertukar serius.

"Perempuan yang kau nampak tempoh hari tu bekas isteri kau kan? Dia Naurah kan?"

Nazmi diam. Kemudian perlahan-lahan dia mengangguk lemah. Hans tahu kisah tragis dia itu.

"Kau masih cintakan dia ke bro?" Soal Hans tanpa berlapik. Yalah, sejak terjumpa Naurah, rakan baiknya ini banyak mengelamun. Nazmi kelihatan lemah hanya disebabkan seorang wanita yang sudah bergelar bekas isteri.

Nazmi tersentap mendengar pertanyaan Hans. Setelah sekian lamanya pun nama Naurah tetap terpahat utuh di hatinya. Sukar untuk dia lupakan wanita itu. Tapi untuk mengakui dia masih cintakan Naurah, dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri.

"Aku sendiri keliru bro. Layak lagi ke aku untuk cintakan dia? Dia pun dah kahwin dengan lelaki lain bro. Aku tak boleh cintakan dia lagi. Dia isteri orang." Jawab Nazmi perlahan. Sendu hatinya mengingati Naurah kini milik lelaki lain.

Belas pula Hans melihat raut wajah sedih temannya itu. Tak terfikir dek akal mengapa Naurah sanggup meninggalkan lelaki sebaik Nazmi.

"So kau nak cakap yang kau dah tak cintakan dia lagi ke?"

Nazmi diam. Dia memandang tepat ke arah wajah serius Hans.

"Dia cinta pertama dan terakhir aku."

"Tapi kau pun dah ada Fiyah dan Sarah, bro..."




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terima Kasih Suamiku 2.0Where stories live. Discover now