Bab 4

763 42 4
                                    


Kejap-kejap mata Naurah terarah kepada Tilla yang sedari tadi banyak termenung di meja makan. Naurah perasan anaknya itu banyak berdiam sejak balik dari sekolah tadi. Tilla tidak ceria seperti hari-hari biasa. Sedih ke Tilla sebab dia tak boleh datang sekolah pagi tadi?

Mengenangkan kemurungan anaknya itu membuat Naurah resah sendiri. Risau dengan perubahan mood Tilla.

Setelah menyiapkan kerja-kerja membersih, Naurah terus melangkah mendekati Tilla.

"Tilla..." Kerusi di tepi Tilla ditarik dan pantas Naurah duduk sambil merenung wajah anaknya itu.

"Ya mama..."

"Boleh mama tanya sesuatu?"

"Boleh mama.." Balas Tilla dengan nada suara yang perlahan. Sedih saja riak wajahnya memandang Naurah.

"Kenapa mama nampak Tilla macam sedih aje hari ini? Dari tadi diam aje... Tilla marah mama ke sebab tak dapat teman Tilla ke sekolah?" Soal Naurah ingin tahu.

Resah sendiri dia.

Namun bila melihat respon gelengan Tilla, Naurah berasa lega sedikit.

"Tilla tak marah mama pun. Tilla faham mama kena kerja untuk Tilla..." Naurah senyum. Bangga dengan sikap matang Tilla walaupun anak itu masih kecil lagi.

"Habis tu? Kenapa muka anak mama ni asyik monyok aje?"

Tilla diam. Mendung lagi wajah anaknya itu.

"Mama.. Kenapa Tilla tak ada papa macam kawan-kawan Tilla yang lain?"

Pertanyaan dari Tilla berjaya membuatkan Naurah terdiam dan terkaku. Dia tidak menyangka anaknya itu akan mengutara soalan sedemikian rupa. Walhal dia seharusnya bersedia yang suatu hari nanti Tilla pasti menyuarakan isu ini.

Tilla bukan lagi anak kecil yang Naurah boleh sembunyikan siapa ayah pada anak itu. Cepat atau lambat, Tilla berhak untuk tahu siapa ayah kandung dia.

Naurah memaksa diri untuk tersenyum lagi. Tilla hanya memandang dia seperti menanti jawapan daripada mamanya.

"Siapa kata Tilla tak ada papa? Tilla ada papa.."

"Betul ke Tilla ada papa?" Anak mata Tilla nampak bercahaya bila Naurah berkata sedemikian. Riak wajah Tilla nampak teruja. Tapi mana papa?

"Kalau Tilla ada papa, kenapa papa tak tinggal dengan kita? Kenapa papa tak datang jumpa Tilla? Papa tak sayang Tilla? Papa kandung Tilla masih hidup kan?"

Eh banyak pula tanyanya si Tilla. Pening kejap Naurah cari jawapan yang sesuai agar anak seusia Tilla dapat memahami.

Sedikit sebanyak Naurah terkesan dengan ayat terakhir Tilla. Hidup lagi ke dia? Bagaimanalah kehidupan si dia ketika ini?

"Mama?" Tilla menyedarkan mamanya yang termenung jauh. Cepat-cepat Naurah memandang Tilla semula.

"Papa Tilla masih hidup cumanya dia memang tak boleh tinggal dengan kita sekarang ini. Mama dan papa dah berpisah. Hmm.. dah cerai. Dah lama dah. Tilla masih baby lagi masa tu."

Akhirnya... Naurah membuka cerita lama. Ya. Dia sememangnya tidak sanggup lagi untuk menipu Tilla. Tilla berhak untuk tahu siapa ayah kandungnya.

Anak mata Tilla sedikit berkaca. Mimik muka anak kecil itu seperti hendak menangis aje.

"Kenapa mama cerai dengan papa kandung Tilla?"

Naurah hembus nafas lelah. Dia harus kuatkan diri.

"Yang itu, nanti bila Tilla besar sikit mama cerita erk? Tilla kecil lagi. Mesti tak faham nanti." Pujuk Naurah.

"Tapi Tilla nak tahu. Papa jahat ke? Papa jahat macam uncle Daud? Papa ada pukul mama macam uncle Daud buat tu ke?"

"Sayang! Kan mama dah cakap lupakan kisah tu. Mama tak nak Tilla sebut lagi hal itu." Naik seoktaf suara Naurah menegur Tilla. Dia tak nak Tilla ingat lagi peristiwa pahit itu. Dia mahu berikan Tilla memori yang indah saja. Bukan memori mereka dilayan kejam oleh lelaki durjana macam Firdaud!

"Maaf mama..." Perlahan suara Tilla meminta maaf.

"Papa Tilla tak jahat macam dia. Papa Tilla lelaki yang baik dan terbaik yang mama pernah jumpa."

"Tapi mengapa mesti mama berpisah dengan papa dan kahwin dengan uncle Daud? Tilla tak suka dia."

"Papa layak untuk bahagia Tilla. Mama tak dapat berikan dia kebahagian itu." Perlahan suara Naurah menuturkannya.

Perasan dengan perubahan wajah mendung pada mamanya, cepat-cepat Tilla memeluk tubuh Naurah.

"Tilla nak jumpa dengan papa?"

Terkebil-kebil mata Tilla memandang mamanya. Perlahan-lahan dia mengangguk.

Naurah senyum.

"Nanti bila mama dah jumpa papa Tilla, mama akan ajak dia jumpa anak mama yang comel ni." Pipi Tilla dicubit manja. Tersenyum anak itu sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya. Sebijik macam papa dia!

Inilah saatnya untuk dia temukan Tilla dengan Nazmi.

Ya. Nazmi adalah papa kandung Tilla. Pernah dia katakan pada Nazmi dulu bahawa anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan lagi walhal anak itu ada saja walaupun ketika itu keadaan Tilla juga tidak begitu baik. Tilla bukanlah anak yang sihat walafiat macam anak kecil yang lain.




Sorry lama menghilang....



Terima Kasih Suamiku 2.0Where stories live. Discover now