Bab 5

1.2K 62 16
                                    

Ketika Nazmi sedang kalut menyiapkan kerja, Hans dengan muka bersahaja datang menyerbu bilik kerjanya. Sekilas saja Nazmi memandang wajah teman baiknya itu. Dah biasa sangat tengok Hans menempel datang ke biliknya.

"Aik? Tak siap lagi ke kerja kau tu?" Tegur Hans. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Nazmi.

"Sikit lagi ni... Kau nak apa?"

"Nak ajak makan. Dah waktu lunch ni bro. Kau tak lapar ke?"

Laju Nazmi menoleh melihat jam di dinding. Dah pukul 1 pun. Padanlah perut dia lapar semacam.

"Laa... aku tak sedar dah waktu rehat."

"Kau tu workholic sangatlah bro. Dah dah jom turun makan." Ajak Hans.

Nazmi tersenyum nipis. Ada saja Hans nak bebelkan dia. Serius dia memang banyak kerja pun. Maklumlah syarikat dia baru sahaja berpindah ke bangunan baru ini. Itu yang dia sibuk aje tu. Nasib baiklah Hans ada membantu dia.

"Nak makan kat mana?" Soal Nazmi ketika mereka berada di dalam lift untuk turun ke bawah.

"Makan cafe bawah ni aje. Lagipun kita tak pernah try lagi makan kat sana. Kut-kut boleh cuci mata juga. Katanya ramai staff lawa-lawa dekat sini." Ujar Hans dengan wajah terujanya itu.

Tergeleng-geleng Nazmi melihat perangai gatal kawannya itu. Dengar dek tunang, naya kau Hans!

"Kau ni nak makan isi perut ataupun nak cuci mata dekat cafe tu?"

Hans senyum. "Sambil isi perut sambil cuci mata." Ujarnya sambil kenyit mata.

Huh, malas Nazmi melayannya. Dia hanya mengikut jejak langkah Hans menuju ke cafe tersebut. Dia masih tak tahu selok belok bangunan baru ini.

Setibanya di cafe, mata Hans dan Nazmi melilau mencari tempat kosong. Tidak dinafikan cafe tersebut besar dan dipenuhi dengan pelanggan yang rata-ratanya adalah staff dalam bangunan ini juga.

Nak kata cuci mata tu... bolehlah. Namun, ada satu figura wanita yang berjaya menarik minat Nazmi untuk terus memandang ke arah itu. Wanita itu duduk membelakangi Nazmi dan menyebabkan Nazmi tidak dapat melihat wajah wanita itu. Hanya melihat pada belakang tubuhnya saja membuatkan Nazmi berdebar.

Entah mengapa.

"Hey bro! Pandang apa?" Terkejut Nazmi bila Hans tiba-tiba memegang bahunya dan menegurnya. Terkebil-kebil dia pandang Hans. Kemudian cepat-cepat dia berdehem bila Hans dah pandang pelik ke arahnya.

"Tak ada apa. Dah jumpa meja?" Soal Nazmi cuba mengawal riak wajahnya. Cool Nazmi cool...

"Dah sudah. Kau aje yang mengelamun tadi. Kau pandang siapa tu?" Hans tercari-cari arah yang dipandang Nazmi tadi.

"Tak ada apalah. Jom order." Cepat Nazmi mengajak Hans duduk. Hans yang kebingungan hanya mengikut.

Setelah mengambil order, sekali lagi Nazmi cuba memandang ke arah susuk tubuh wanita itu. Tempat duduk mereka tak jauh. Hanya selang dua meja aje tapi itupun sukar untuk Nazmi melihat wajah wanita misteri yang berjaya menarik minatnya itu.

Hans kerut kening. Dia menoleh sama ke arah yang dipandang Nazmi. Nak kata cuci mata, tapi yang dipandang Nazmi hanyalah seorang wanita bertudung yang duduk membelakangi mereka. Kelihatan wanita itu hanya makan berseorangan.

Nazmi minat dia ke?

"Kenal ke?" Soal Hans ingin tahu.

"Siapa?" Nazmi buat muka blur.

"Yang kau duk tenung-tenung perempuan tu dah kenapa? Kau kenal dia ke?" Soal Hans lagi tanpa berselindung. Dah mata Nazmi dari tadi duk mengintai orang sana.

Merah padam muka Nazmi. Kantoi pulak dia ligat memerhati susuk tubuh wanita misteri itu. Dia mana pernah buat perangai macam ni.

"Eh, aku nak basuh tangan jap. Rasa melekit pula tangan ni." Tanpa menjawab pertanyaan Hans, Nazmi meminta diri untuk mencuci tangan terlebih dahulu.

Hans buat muka menyampah bila Nazmi tidak mengendahkannya. Pandailah nak mengelat. Tak guna punya kawan!

Bila Nazmi bangun, kelihatan wanita misteri itu juga bangun. Dah selesai makan agaknya.

Dan bila wanita itu memusingkan tubuhnya, Nazmi terkaku. Dia terus pegun di tempatnya sambil mata tidak berkedip dari terus memandang wajah wanita itu.

Wanita itu juga secara tidak sengaja bertembung mata dengan Nazmi. Langkah wanita itu mati. Jantungnya berdegup dengan kencang dan serasa tubuhnya menggigil.

Nazmi mahupun wanita itu sama-sama terkejut tatkala mereka bersua muka. Hans yang menyaksikan mula tertanya-tanya. Siapa wanita itu?

Dan bila bibir Nazmi bergerak menyebut nama seseorang, tahulah Hans itulah gerangan wanita yang hampir menghancurkan hidup Nazmi.

"Naurah..." Lambat-lambat Nazmi menyebutnya. Dah lama sangat nama itu tidak meniti dari bibirnya..

Sungguhlah... melihat Naurah setelah beberapa tahun bercerai dan tidak bersua muka membuatkan rindu yang sedia membukit bertambah tinggi menggunung.



Terima Kasih Suamiku 2.0Where stories live. Discover now