Bab 3

997 79 25
                                    


"Mama..." Tilla datang menyapa ketika Naurah sedang ralit menyediakan hidangan sarapan pagi buat mereka berdua. Hujung minggu Naurah tidak berkerja dan selalunya dia akan meluangkan masa bersama Tilla di rumah.

"Ya sayang.." Balas Naurah sambil menunduk memandang wajah Tilla sesaat.

"Hari selasa ni mama free tak? Teacher kata hari selasa ni hari suai mesra guru dan ibubapa. Mama boleh datang?"

Terdiam Naurah buat seketika. Memang guru kelas Tilla ada menghubunginya tempoh hari untuk memaklumkan tentang perkara tersebut. Akan tetapi dia tidak dapat menghadiri hari suai mesra itu kelak disebabkan dia kena pergi ke Melaka atas urusan kerja.

Naurah tunduk sambil mengelus lembut pipi Tilla. Melihat wajah polos itu, tak sampai hati pula dia nak menghampakan Tilla.

"Maaf sayang.... mama memang tak dapat datang hari tu. Mama kena pergi Melaka atas urusan kerja." Ucap Naurah serba salah. Dia nak pergi tapi apakan daya demi sesuap nasi, dia kena akur dengan ikatan kerjanya. Jika bos suruh dia pergi, dia kena pergi juga.

Wajah Tilla berubah monyok sebaik Naurah memberitahunya. Tapi tak lama kemudian, bibir anak kecil itu terlorek sebuah senyuman dan menampakkan kedua lesung pipit dalam Tilla.

Hurm... senyuman itu membuatkan Naurah teringatkan seseorang.

"Tak apa mama. Tilla faham mama kena kerja." Ujar Tilla polos.

"Betul ke ni? Mama rasa bersalah tau tak dapat datang temankan Tilla ke sekolah."

"Mama kan kena kerja. Tak apalah tak datang. Tak penting pun."

Tilla... kecil-kecil pun tahu saja dia jaga hati mama dia. Tersenyum Naurah dengan sikap matang Tilla.

"Okay macam ni.. Nanti mama minta aunty Liza datang wakilkan mama. Boleh macam tu?"

Sebaik mendengar nama Liza, riak wajah Tilla terus berubah gembira. Bersinar-sinar mata dia pandang Naurah.

"Bestnya mama. Tilla rindu sangat dengan aunty Liza." Balas Tilla dengan ceria. Naurah tersenyum nipis melihat gelagat Tilla. Suka sangat dia dengan Liza.

Liza merupakan kawan baik Naurah sejak di zaman universiti lagi. Walaupun kehidupan Naurah sudah berubah hampir sembilan puluh peratus, namun Liza tetap ada di sisinya dan sentiasa memberikan dia kata-kata sokongan. Liza tak pernah lupakan dia.

"So settle masalah. Sekarang mari sarapan. Mama dah gorengkan nasi goreng ayam untuk Tilla."

"Oh yeah.... Thank you mama. I love you so much." Ucap Tilla lalu mengucup pipi Naurah.

Naurah tersenyum. "Love you too baby mama." Balas Naurah pula. Kemudian mereka mula mengambil tempat duduk masing-masing untuk bersarapan.

Hanya mereka berdua.


*****


Nazmi berjalan-jalan sekitar taman tadika Kasturi. Tatkala melihat ada bangku tersedia di taman tersebut, Nazmi terus labuhkan punggung. Nak berehat seketika. Lagi pula kawasan bangku tersebut agak terlindung.

Matanya meliar melihat sekeliling taman tadika tersebut. Cantik. Katanya murid-murid tadika ini juga yang menghias taman ini sehingga menjadi cantik sebegini rupa. Bila dia toleh ke kanan, kelihatan seorang budak perempuan sedang duduk di bangku yang tidak jauh daripada dia.

Nazmi tidak dapat melihat wajah budak perempuan tersebut dengan jelas disebabkan budak perempuan itu hanya menunduk sedari tadi.

Sepertinya dia sedang menanti seseorang. Mungkin dia tengah menunggu ketibaan ibubapa dia kut. Melihat pemakaian budak kecil itu saja Nazmi tahu dia merupakan pelajar di sekolah tadika ini.

Terima Kasih Suamiku 2.0Where stories live. Discover now