Korporat

21.4K 95 0
                                    

"Maaf daddy.. Saya bukan nak derhaka tapi ini untuk syarikat kita juga" kata Farid.

"Daddy dah bagi penyata kewangan tadi kan? Farid pun dah tengokkan? So dari celah mana nak datangkan modal untuk generate more man power?" Kata Dato' Hisham agak keras.

Suasana di dalam bilik pejabat sunyi sepi. Dato' Hisham berpaling dari memandang anaknya dan berdiri melihat pemandangan kotaraya dari tingkat 20 pejabatnya.

"Dato'.. maaf.. saya rasa apa yang Farid kata tu..." Kata naib pengarah terhenti dipotong oleh dato' Hisham.

"It's ok Dato' Latif... We have discussed this thing before and we all knew what Farid will proposed.... Farid... Daddy tahu.. Farid nak bersama lihat syarikat ni berjaya dan berdaya saing di peringkat global.. kita memang punya impian yang sama.. coz you are my son. But... We cannot commit to your proposal..." Kata Dato' Hisham.

"Daddy... I have study this thing since..." Farid menyampuk.

"Enough!" Tengking Dato' Hisham.

Sepi sekali lagi suasana di pejabat itu. Dato' Hisham membuka lacinya dan mengeluarkan sebuah fail yang sudah agak lusuh warnanya lalu dicampak ke Dato' Latif.

"Oh my god... Dato' Hisham... Are you sure?" Tanya naib pengarah itu.

Farid berdiri terpinga-pinga.

"Farid... I live with this industry since 30 years ago.. I know which do's and don'ts.. I have justify your proposal and indeed, it could give a huge impact to our profit but.... we are tight in budget and daddy tahu Farid tahu pasal tu and Farid decide nak tolong but.... We can't afford it... Unless.... Farid selesaikan kes tu..." Kata Dato' Hisham sambil jarinya menunjuk ke arah Dato' Latif.

Farid menoleh ke arah Dato' Latif dan kelihatan naib pengarah menghulurkan fail tersebut kepadanya. Farid mengambil fail tersebut dan terus melihat kulit fail yang tertulis 'Lembah Melana'.

Lembah MelanaWhere stories live. Discover now