Maklumat

11.6K 106 8
                                    

"Assalamualaikum encik.." tegur seorang pakcik tua yang membawa motor bersama setandan pisang diikat di tempat duduk belakang.

Farid yang berjalan kaki menikmati pemandangan kampung yang indah dalam keheningan pagi itu tersenyum dan mengangkat tangan. Dia berjalan kaki hingga tiba ke sebuah kedai runcit yang kecil. Satu-satunya kedai runcit yang ada di kampung yang terceruk itu. Terdengar olehnya dua orang makcik sedang berbual perihal kematian Amran.

"Hishh ngeri aku tengok mayat dia.. terbelah perut dia sampai keluar isi perutnya." kata makcik bertudung oren kepada rakannya.

"Aku dah cakap, siapa yang berbaik dengan keluarga dia satu masa nanti mesti ada yang buruk terjadi.. kau tengok betul tak?" Kata makcik bertudung merah.

"Hishhh kau ni tak elok cakap macam tu.. kalau tak betul jatuh fitnah je nanti.." balas makcik tudung oren.

"Kau fikirlah punyalah polis dan pejabat tanah nak kosongkan tanah kampung ni semua tak jadi.. semua gagal.. siapa yang dapat untung bila kita semua tak kena halau? Bukan tok ketua ke? Kau tak rasa pelik ke? Bulan lepas si Manap meninggal. Katanya lemas. Kau tak pelik ke Manap yang handal kat sungai tu boleh lemas. Dah tu buat apa malam-malam kat sungai? Dulu Akob meninggal kau lupa ke, kepalanya koyak kena makan harimau katanya, mana ada harimau kat kampung kita ni. Kau lupa ke Manap dan Akob tu dulu orang kuat tok ketua?" Kata makcik tudung merah.

"Aku malaslah nak fikir.. dah jom balik.. kang tetiba pontianak datang pagi-pagi ni kau nak lari mana?" Kata makcik tudung oren.

"Merepek kau pontianak mana ada keluar siang?" Kata makcik tudung merah.

Perbualan makcik tudung merah dan makcik tudung oren menarik perhatian Farid. Dia pun terus mengekori kedua-dua orang wanita itu. Apa yang berada di fikiran Farid adalah ingin bertanyakan sendiri kepada makcik tudung merah itu kerana kelihatan makcik itu tahu banyak perkara di kampung itu.

"Assalamualaikum makcik" Farid memberi salam.

"Waalaikumsalam.. eh encik yang tinggal kat rumah ketua kampung tu ye?" Tanya makcik tudung merah yang terhenti langkahnya menaiki tangga rumahnya.

"Errr.. tak.. saya tak tinggal situ.. saya tumpang tidur je.. wahh.. cepat juga ye cerita saya masuk kampung ni tersebar.. baru malam semalam saya sampai.." kata Farid.

"Alah biasalah encik... Kat kampung ni gossip memang perkara biasa.. nama encik siapa?" Tanya makcik tudung merah.

"Panggil saya Farid je makcik. Nama makcik?" Tanya Farid.

"Makcik Midah. Ehh jom masuk dulu kita minum secawan dua kopi.." pelawa makcik Midah dan Farid mengekorinya masuk ke ruang dapur.

Alunan punggung makcik Midah menarik perhatian Farid. Memantul lemaknya di dalam kain batiknya. Jelas sekali punggung makcik Midah besar dan molek sungguh ianya membulat di dalam kain batiknya yang lusuh itu.

"Saya terdengar makcik berbual tadi.. jadi boleh saya tahu, sebenarnya... apa betul ke tok ketua ada kaitan dengan semua ni..." Tanya Farid.

"Ehh.. mana ada makcik cakap macam tu.. encik Farid salah dengar kot..." Makcik Midah cuba berdolak dalik.

"Makcik... Tengok ni..." Kata Farid sambil meletakkan segenggam wang yang bergulung dalam ikatan getah ke atas meja.

Makcik Midah terdiam sejenak. Memang dia perlukan duit untuk membayar yuran anaknya di universiti. Hendak diharap pendapatan suaminya yang bekerja kampung itu memang tidak cukup. Makcik Midah serba salah.

"Ok tapi janji encik Farid jangan beritahu sesiapa..." Kata makcik Midah.

"Teruskan..." Kata Farid.

Lembah MelanaWhere stories live. Discover now