Mentera

11.2K 104 9
                                    

Farid terjaga dari tidurnya. Terasa ingin membuang air kecil. Lalu dia turun dari katil. Sewaktu ingin dia membuka pintu bilik, terdengar bunyi tapak kaki berjalan di luar biliknya. Perlahan-lahan Farid memulas tombol dan membuka pintu. Terdapat kelibat seorang wanita berkemban berada di ruangan dapur. Farid pun keluar dari biliknya dan mengintip. Ternyata wanita yang berkemban itu adalah mak Lin. Mak Lin membuka pintu dapur dan keluar bersama baldi kecil di tangan.

Farid melihat jam di tangannya, pukul 3 pagi. Untuk apa mak Lin keluar rumah pada waktu begitu. Farid terasa lain macam. Lalu dia pun mengekori mak Lin.

Dari belakang rumah, Farid nampak kelibat cahaya lampu picit mak Lin di kawasan jeram. Dengan berhati-hati Farid melangkah agar tidak terpijak ranting atau sesuatu yang boleh membuatkan mak Lin menyedari dia diekori. Hinggalah setibanya Farid di sebalik rimbunan pokok buluh, terlihatlah mak Lin di tepian jeram sana yang sudah mematikan lampu picitnya, sedang duduk bersila di atas hamparan batu yang menjadi medan persetubuhan oral dirinya bersama mak Lin pada hari semalamnya.

Lilin dinyalakan dan bunga-bungaan dituang dari plastik ke dalam baldi kecil yang sudah pun terisi separuh air jeram yang mengalir tanpa henti itu di sebelahnya.

"Kau ku seru menjadi milik ku. Sunan bukit ku daki sunan lautan ku renangi. Permata wibowo ku simpan dalam cenderai kasih ku. Hidup ku tak lut waktu, kasih ku tak lut mati. Kau yang menunggu ajian datanglah dan sujud ke kaki ku. Nikmati darah ku leluhur sukma ku..."

Sebaik membaca mentera, mak Lin pun menghulurkan kakinya ke depan. Terliur Farid melihat sekujur kaki mak Lin yang putih melepak dan mulus itu terdedah hingga ke pangkal pehanya. Namun rasa berahi Farid itu terhenti apabila secara tiba-tiba muncul makhluk berpakaian serba putih dan berambut panjang mengurai ke lantai berdiri di hujung kaki mak Lin.

"Berkat sakti sunan permata wibowo, kau sembahlah aku membawa ajian darah untuk mu..."

Mak Lin seakan mengarah lembaga itu dalam bahasa mentera yang Farid tidak fahami. Makhluk itu kemudian lenyap dan muncul kembali beberapa saat kemudian dalam keadaan berlutut menghisap ibu jari kaki mak Lin.

"Cheufang Leud! Cheufang Leud! Cheufang Leud!" Suara mak Lin keras.

Makhluk itu kemudian berlutut dan menyelak rambutnya yang berjurai menutupi wajahnya. Terbeliak mata Farid melihat betapa buruknya makhluk itu. Farid terfikir, barangkali itulah pontianak yang telah membunuh warga kampung itu dan adakah mak Lin yang membelanya? Mengapa? Adakah mak Lin yang wajar menjadi saspek utama, bukan haji Rashid?

Dari mulut lembaga itu yang bersiung, meleleh cairan berwarna hitam masuk ke dalam baldi kecil yang berisi air jeram dan bunga-bungaan. Mak Lin pun mengacau air di dalam baldi itu menggunakan jarinya.

"Terbit di tanah siam, terbenam di tanah jawa. Sunan bukit ku cengkam hingga ke laut kau bawa. Bunuh yang aku mahu, cintakan yang aku mahu. Ora ireng karna mentari. Ora modar karna bayu. Cheufang Leud!" Kata mak Lin agak kasar dan sejurus kemudian makhluk itu pun hilang secara tiba-tiba.

Mak Lin pun mengangkat baldi itu lalu dicurahkan ke atas kepalanya sambil membaca mantera. Farid lihat cairan hitam berserta bunga perlahan-lahan menyirami seluruh tubuh mak Lin dari kepala hingga ke bawah. Farid mula rasa seram sejuk. Perlahan-lahan dia beransur pergi dari situ.

Meskipun perasaannya tidak tenteram, maklumlah pertama kali melihat hantu di depan mata, bukan edit video atau hologram, keinginannya membuang air kecil masih tidak hilang. Sebaik masuk ke dalam rumah, segera Farid masuk ke dalam tandas melepaskan hajatnya. Walau pun rasa seram sejuknya masih terasa, permintaan sistem kumbahannya perlu dilaksana.

Selesai membuang urusan hajat kecilnya, Farid pun kembali ke biliknya. Sebaik dia membuka pintu bilik, Farid terperanjat melihat mak Lin sudah terbaring di atas katilnya dengan hanya berkemban. Rambutnya masih basah namun kain kembannya sudah berganti yang lain.

Lembah MelanaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang