"Ya Allah.. betul boss... Ingat saya main-main ke.. betul ustaz dah meninggal malam tadi.. kita cari ustaz lain je boss.." kata Zamil di corong handphone bimbit Farid.
"Takpe Mil... Aku rasa ustaz meninggal ada kena mengena dengan yang berlaku kat sini..." Kata Farid yang semakin gusar.
"Biar betul boss... Jangan buat saya seriau boss.. hello boss.. hello..." kata Zamil.
"Ye ye aku masih dengar.. takpe macam ni.. aku guna cara lain.. sebab aku rasa aku dah kenal pasti punca dia apa... Nanti kau tolong bagi tahu daddy aku yang... Hello... Hello.." kata Farid yang kemudiannya kecewa kerana talian terputus.
Farid pun berjalan kembali ke rumah haji Rashid namun kelihatan Shida tegak berdiri di bawah pohon jambu memerhatikannya. Farid tersenyum dan berjalan menuju ke anak ketua kampung itu.
Namun belum sempat Farid nak berbicara, Shida pun berkata dengan wajahnya yang tidak mesra.
"Abang Farid tolonglah bawa setan tu pergi.. Tolonglah..." Kata Shida dan terus berjalan laju meninggalkan Farid membuatkan Farid berdiri terpinga-pinga sendiri.
Sementara itu di depan rumah haji Rashid, makcik Midah berjalan laju menuju ke halaman rumah ketua kampung itu. Haji Rashid terpaku melihat makcik Midah yang tidak terurus berjalan laju ke arahnya seakan ingin menyerang.
"Mana setan tu! Mana setan tu!" Bentak makcik Midah.
"Midah sabar Midah.. kau ni dah kenapa Midah.. sabar Midah.. mengucap" kata haji Rashid.
"Kau tu yang kena mengucap haji! Mana setan tu mana!!" Jerit makcik Midah.
"Ya Allah Midah.. dah jom balik Midah. Malu orang tengok Midah!" Jerit suami makcik Midah yang berlari menuju ke isterinya.
Tidak lama kemudian mak Lin pun keluar dengan tenang dan tersenyum memandang makcik Midah yang berdiri terkangkang di halaman rumah bagaikan srikandi.
"Hah keluar pun setan! Kau turun sini! Bawak keluar setan kau sini! Biar kena buku dengan ruas!" Jerit makcik Midah.
Farid berlari dari belakang rumah menuju ke halaman sebaik terdengar riuh rendah. Kelihatan makcik Midah yang pernah rela diperkosanya dulu mengamuk di depan rumah ketua kampung.
"Kaulah punca semua ni! Kaulah setan dalam kampung ni! Kau pembunuh!" Jerit makcik Midah sambil jarinya menunjuk ke arah mak Lin.
"Sudahlah Midah.. kau tuduh bini aku setan ni kenapa? Kau terjerit-jerit macam ni rasanya kau yang kena sampuk setan ni Midah.. baliklah Midah" pujuk haji Rashid.
"Malam tadi setan kau kacau aku. Setan kau ancam aku dan kata jangan kacau lelaki tu! Setan kau yang dah bunuh Amran, Akob, Manap dan suami kau sendiri Mustapha demi rakus kau! Nafsu kau! Setan kau!" Jerit makcik Midah.
"Kau jangan cakap sebarangan Midah.. aku report polis nanti" kata haji Rashid.
"Ni apa ni!!" Kata Midah sambil menjulang sebungkus kain kuning di tangannya.
Pada waktu itu, muka mak Lin mula berubah. Dia kelihatan seakan cemas sebaik makcik Midah mendekatinya. Tanpa disangka, makcik Midah membaling bungkusan itu dan tepat mengenai wajah mak Lin. Serta merta mak Lin menjerit melolong dan berguling-guling di beranda rumah.
"Shida.. tolong mak kau Shida!" Kata haji Rashid yang menangkap makcik Midah.
"Dia bukan mak Shida... Dia orang lain..." Kata Shida dengan mukanya yang tanpa perasaan.
"Hey kau dah kenapa Shida?!" Jerit haji Rashid.
"Abanggg.. tolong banggg..." Terdengar suara mak Lin meminta tolong.
YOU ARE READING
Lembah Melana
Mystery / ThrillerDato' Hisham memberikan satu cabaran kepada anaknya untuk menguruskan tanah mereka di sebuah perkampungan yang penuh misteri.