Selamat Datang

13.7K 114 2
                                    

"Boss... Kitakan ada undang-undang.. kenapa tak guna polis je?" Tanya Zamil sambil memandu jentera SUV Jerman itu.

"Hmmm... Cakap memang senang Mil... Tapi bila semuanya disusahkan, takde siapa nak buang masa settlekan kes ni Mil.. masing-masing tangguhkan sampai dah lebih 10 tahun dah..." Kata Farid.

"Saya tak fahamlah boss... Kalau setakat semua yang ke sana nak enforce halau semua penduduk haram tanah tu dan kenderaan rosak.... baiki dan pergilah lagi..." Kata Zamil.

"That's not the issue Mil... The issue is, sampai bila polis nak tanggung kerosakan yang misteri? Dorang kerja pun perlukan kos. Orang pejabat tanah pun sama. Kau bayangkan posmen yang nak hantar surat mahkamah pun terpaksa patah balik tolak motor sebab tak boleh start. Kau bayangkan sendiri... Itu belum lagi aku sentuh bab pegawai tanah mati tiba-tiba lepas siasat kes ni... Bayangkan kau ada kat tempat aku Mil... So I want to go there not to get rid of them.. but to find a solution so our company will get the benefit and so do those illegal settlers... Bayangkan dorang dah beranak pinak kat sana tu.. kau sampai hati nak halau mereka.. kau sampai hati nak tengok anak kecil dorang merempat.. c'mon bro...." Kata Farid.

Suasana sepi seketika. Masing-masing tertumpu pada jalanraya di hadapan. Jalan yang besar sudah pun mengecil. Pemandangan ladang juga sudah bertukar menjadi hutan belantara. Kenderaan juga semakin berkurangan.

"Boss... I am so sorry boss... Saya risau pulak bila fikir boss yang nak settlekan benda ni..." Kata Zamil.

"Mil... Ajal maut tu tuhan yang bagi.. not belongs to any superstitious thingy ok... Ok kau turunkan aku kat simpang tu je.." kata Farid.

"Are you sure boss?" Tanya Zamil.

"Damn sure bro!" Jawab Farid.

Selepas menurunkan begnya, Zamil pun meninggalkan Farid di simpang itu atas permintaan bossnya sendiri. Dalam kesamaran cahaya langit maghrib, Farid memandang ke papan tanda yang sudah berlumut di simpang itu.

"Selamat Datang ke Lembah Melana. 10km di hadapan"

"Assalamu'alaikum" tetiba terdengar suara seorang lelaki.

"Waalaikum salam" jawab Farid sambil memandang ke perhentian bas yang uzur dan berlalang itu.

"Ini encik Farid ye?" Tanya lelaki itu.

"Ye.. ini Ketua Kampung Haji Rashid ke?" Tanya Farid.

"Ye.. Alhamdulillah dah sampai.. lama saya tunggu.. ingatkan tak sampai... Tu hah motor saya.. jom encik Farid.. dah maghrib ni.." kata Haji Rashid.

Barulah Farid perasan kelibat motor buruk ketua kampung disebalik pokok besar di belakang perhentian bas usang itu.

Berboncenglah Farid bersama begnya menaiki motor ketua kampung. Memasuki kawasan hutan yang jalannya hanya muat-muat sebuah kereta untuk lalu. Suasana semakin gelap menguasai. Angin yang menerpa ke tubuhnya terasa sungguh dingin hingga ke tulang. Seram sejuk dirasakan oleh Farid. Hatinya berdetak dengan agak laju memikirkan adakah dia akan sampai ke kampung tersebut atau sebaliknya.

Farid terperasan ada sesuatu yang terbang seiring dengan motor yang dinaikinya, tepat di atasnya. Kelihatan agak samar dalam suasana maghrib itu. Benda itu terbang melayang kira-kira lebih tinggi dari pokok-pokok hutan yang memayung perjalanan mereka. Farid mula rasa tidak sedap hati.

Motor ketua kampung pun memasuki kawasan kampung. Rumah-rumah papan mula kelihatan sebuah demi sebuah. Jaraknya agak jauh dipisahkan oleh kebun-kebun pisang dan juga kebun tanaman kontan yang lain. Hinggalah akhirnya Farid tiba ke rumah ketua kampung dan bermalam di situ.

Kehadiran Farid disambut oleh isteri ketua kampung, mak Lin, anak lelaki mereka Hanif dan juga anak perempuan mereka Shida. Farid perhatikan mereka semua sungguh baik hati. Menyajikan makan malam lauk kampung yang enak dan juga menyediakan tempat tidur yang selesa di rumah ketua kampung yang agak besar itu.

Lembah MelanaWhere stories live. Discover now