Saturday, 2/3 Autumn
Malam itu, di sebuah rumah homestay tempat kami bermalam, aku membantu Rahman menyediakan barang-barang BBQ untuk makan malam. Badri pula dengan Fitri sedang sibuk untuk menghidupkan api pada pemanggang BBQ yang sudah tersedia di luar rumah. Selepas semuanya tersedia, aku bersama Rahman membawa barang-barang yang kami telah sediakan itu keluar untuk sedia dibakar. Cuaca di luar agak sejuk, namun kepanasan dari unggun api pada pemanggang BBQ dapat memberikan kehangatan yang selesa.
Kami mula memanggang ayam dan daging yang telah kami perap tadi pada pemanggang BBQ. Aku agak teruja sebab sudah lama tak melakukan aktiviti sebegitu. Aku pandang-pandang, orang lain juga kelihatan ceria penuh dengan gelak ketawa bergurau senda sambil-sambil kami menunggu makan siap dipanggang.
"Kamera, mana kamera? Tak ambil gambar ke, Ril?" tiba-tiba Badri bersuara.
"Ada je kat dalam bilik. Nak kena ambil gambar juga ke?" tanya aku. Kamera DSLR milik Badri itu ada aku letak kat bilik selepas balik dari gunung tadi.
"Mestilah kena ambil gambar. Kau kan jurugambar kita orang." kata Badri lagi
Aku merungut kecil. Sejak bila pula aku jadi personal photographer untuk mereka pula ni? Macam ni lah biasanya, bila dah suruh aku pegang kamera, sampai habis nantilah aku juga lah yang akan jadi jurugambar dan kena ambil gambar orang. Walhal, bukan kamera milik aku pun.
Malas nak berbalah sangat, aku turutkan sahaja kehendak Badri itu, lalu masuk ke dalam bilik mengambil kamera DSLR milik Badri itu. Tengok pada skrin, dah tinggal dua bar bateri. Hmm.. Mungkin boleh tahan lagi bateri dia untuk malam ini.
Kembali semula ke tempat BBQ, aku lihat Badri sedang bermain gitar sambil Fitri pula bernyanyi. Aku tak tahu pula Badri pandai main gitar dan Fitri pula boleh tahan gak suara dia. Pelik juga, dari mana entah mereka dapatkan gitar tersebut. Mungkin kat homestay ini ada tersedia sekali dengan gitar? Entahlah.
Lalu, aku pun mula menghalakan kamera pada mereka untuk mengambil gambar. Cuba untuk ambil angle yang menarik untuk menangkap gambar. Aku hala kamera pada Badri yang sedang bermain gitar. Sedar yang aku sedang memerhatikan dirinya, Badri mula acah-acah macho sambil memegang gitar untuk diambil gambar. Dia tidak memandang aku walaupun tahu gambar dirinya diambil.
KLIK! KLIK!
Aku tangkap gambar.
KLIK! KLIK!
Tangkap sekali lagi.
"Abang Bad, cuba pandang jap." pinta aku.
Dia hanya menurut sambil mula memandang aku dengan renungan tajam acah-acah macho.
KLIK!
Aku tangkap gambar.
"Hensem tak Ril? Macho tak?" tanya Badri
"Hensem lah tu.." Jawab aku malas.
"Macam tak ikhlas je puji.." Kata Badri lagi. "Cantik tak gambar? Ke sengaja ambil gambar buruk-buruk?" Badri mula memerli. "Meh sini nak tengok gambar jap."
Badri mula memegang DSLR miliknya itu lalu melihat semula gambar-gambar yang aku ambil seharian ini. Tengok dan tengok lagi.
"Suka yang ini.. Macho tak Ril?" Tanya Badri
"Gambar yang apa?"
Badri menunjukkan satu gambar pada skrin DSLR tersebut. Gambar dia gunung tadi di saat dia sedang berbuka baju menunjukkan otot-otot badan di puncak gunung. Entah kenapa muka aku mula merah dan terus rasa malu. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan.
YOU ARE READING
Abang Bad - The Story
RandomPermulaan kehidupan tinggal sebumbung bersama dengan dua lelaki yang lebih berusia telah mengubah kehidupan Hairil. Dua senior itu adalah; Abang Man: Seorang yang pernah menjadi 'crush' Hairil. Seorang yang baik hati dan memahami. Abang Bad: Seoran...