Part 6

7.6K 147 28
                                    

Saturday, 2/3 Autumn

Cuti pertengahan semester dah bermula. Dalam tempoh dua minggu sebelum cuti ni bermula kehidupan aku memang sangat sibuk. Ada banyak assignment dan projek yang kena siapkan sebelum cuti bermula. Kebanyakkan masa aku habiskan dengan bermalam di bilik Fahri dan Shahir sebab lebih bagus buat assignment sama-sama kan. Lagi pun dari kolej kediaman lebih dekat nak pergi ke kelas. Ada beberapa hari tu aku balik juga ke rumah tempat aku sewa. Kadang-kadang berselisih dengan Rahman. Dia ada juga tegur aku tanya assignment okay? dah macam tahu yang aku mula busy dengan beberapa masa ni. Badri pula aku jarang berselisih. dalam tempoh dua minggu ni aku cuma bertemu dengan dia dua kali je.. Sekali waktu balik ke rumah.. kedua pula kat universiti..

"Serabai muka ko Ril.. hahaha" Badri cakap kat aku waktu berselisih di universiti.

"Abang Bad lagi lah serabai.. tengok jambang tu tak berapa hari tak cukur?" balas aku.. perasan yang dia pun lebih kurang macam aku juga dah serabai.. Jambang dia dah makin lebat.. rambut tak kemas.

Aku tahu yang dia pun sama macam aku mesti tengah busy waktu-waktu macam ni. Setelah setengah semester aku duk serumah dengan dia, aku mula fikirkan yang duk dalam rumah tu bersama dengan Badri mungkin takde lah teruk sangat kot. Pada awal tinggal kat sana mungkin aku tak selesa dengan dia, tapi bila dah makin lama aku rasa yang aku dah boleh mula faham cara dan rentak hidup Badri tu.. Walaupun kadang-kadang tu aku dengan dia macam ada benda je yang nak gaduh kan.. even sampai sekarang pun ada je lagi.. tapi aku rasa yang aku macam dah boleh nak terbiasa..

"Dah siap berkemas ke?" tanya Rahman sedang berdiri di depan pintu bilik aku..

"Dah nak siap dah.. Actually, kita nak ke mana ni?" tanya aku sambil-sambil memasukkan beberapa pakaian kat dalam beg pack aku..

"Ada lah.. Kau enjoy je.." kata Rahman kemudiannya dia mula berlalu dari situ..

Semalam Rahman ada cakap kat aku kata nak ada trip sempena cuti pertengahan semester ni.. Aku agak teruja lah juga.. dapat lah nak rehatkan minda sikit selepas penat buat assignment. Kalau difikirkan semula ni kali pertama aku nak keluar bersama-sama dengan ahli rumah ni.. Sebelum-sebelum ni memang tak pernah keluar bertiga pun.. tapi nak gi mana tu aku tak tahu lah pula.. Rahman pun tak cakap apa-apa..

Selesai packing barang, aku mula keluar dari rumah.. Turun dari flat menuju ke arah kereta Badri. Sampai je ke bawah aku perasan yang ada kehadiran Malik dan Izam turut ada bersama-sama Badri dan Rahman.

"Memang lambat betul dia ni nak bersiap.. dah macam anak dara orang pula nak kena tunggu.." Perli Badri..

Aku jeling pada Badri.. Jelingan tajam..

"hah! Marah? Marah lah tu.. Dah cakap kan awal-awal semalam.. Pagi baru nak berkemas.. Apa punya perangai lah.." kata Badri lagi..

Geram, aku malas nak cakap banyak.. diam je lah.. lalu aku pun mula masuk ke dalam kereta..

* * *

Sekitar satu jam perjalanan, badan aku terasa sakit-sakit dan lenguh bila terpaksa duduk berhimpit di belakang kereta. Rahman sedang memandu, Badri pula duduk di sebelah bahagian depan. Tempat duduk belakang, Fitri berada di sebelah kiri, Izam duduk di tengah manakala aku duduk di bahagian kanan. Kereta Badri ni takde lah besar sangat.. plus, kalau ikut saiz badan aku dengan Izam dan Fitri, tubuh aku lebih kecil jadi aku terasa macam terhimpit sikit.. Lenguh badan aku.. Ni baru jalan satu, tak sampai ke destinasi lagi..

Lagu di radio dipasang kuat oleh Badri. Dari tadi Badri dan lain asyik bersembang je.. Paling banyak bercakap Badri lah.. kadang-kadang tu Fitri.. Rahman pun ada juga sembang-sembang sikit.. aku pula banyak mendengar dan berdiam diri je.. Sebenarnya agak kekok sikit sebab tak pernah pun aku keluar ramai-ramai macam ni.. Dalam satu kereta kecuali aku, semua student master, umur lagi dewasa, geng-geng kelompok kawan Badri.. jadi, aku rasa kekok nak 'masuk' dengan mereka.. kalau aku dengan geng kawan-kawan aku, aku takde lah jenis pendiam sangat.. banyak juga lah aku akan bersembang.. Tapi pada saat ni aku rasa janggal.. banyak berdiam je.. nak sembang tu sebenarnya tak tahu nak cakap apa.. apa yang lain sembangkan pun kebanyakkan takde kaitan tentang aku.. so, better aku diam-diam je lah.. sambil-sambil tu aku mula curi-curi pandang pada Izam yang duduk di sebelah aku.. yang aku perasan, Izam ni jenis tak banyak cakap sangat.. jenis yang bercakap bila perlu je.. Aku takde lah kenal sangat pasal dia.. Pernah sembang beberapa kali je dan keluar bersama sekali waktu nak sambut birthday Badri.. tapi... hmm.. tak tahu lah.. aku rasa macam ada benda pasal dia buat aku rasa sesuatu.. tapi aku tak tahu apa kah perasaan itu..

Abang Bad - The StoryWhere stories live. Discover now