Part 1

40.9K 279 28
                                    

(untuk mengelakkan kekeliruan, lokasi dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata.. Plot cerita bukan berlaku di Malaysia or negara lain.. Kalau nak bayang, ianya macam satu tempat yang ada 4 musim, tapi penduduk seperti budaya orang melayu..)


Tuesday, 3/3 Summer

Semester baru bagi tahun kedua pengajian aku akan bermula tak lama lagi, tapi aku masih lagi tak dapat tempat tinggal.. sungguh malang bagi aku sebab tak terpilih untuk tinggal di kolej kediaman di universiti.. aku dah memohon dah lama tapi ditolak.. jadi, nak tak nak untuk tahun kedua ini, aku memang kena menyewa di luar lah.. leceh pula.. nak mencari tempat nak menyewa tu yang leceh.. dan sekarang ni pun aku masih tak dapat tempat untuk disewa.. aku nak yang murah dan dekat dengan uni.. ada juga lah beberapa buah rumah aku telah tengok tapi entah kenapa aku macam kurang berkenan pula kalau difikirkan tentang soal harga sewa dan juga jarak perjalanan ke uni.. jadi aku masih lagi mencari tempat tinggal untuk disewa.. nak cari tempat betul-betul biar hati puas.. sebab tinggal nanti untuk tempoh yang lama, jadi biar lah tempat memang selesa untuk aku..

Beberapa hari ni aku tinggal kat bilik kawan aku, Fahri di kolej kediaman.. dia beruntung sebab masih dapat tinggal kat kolej.. dia benarkan aku untuk bermalam kat bilik dia seketika sebab teman sebilik dia, Shahir masih tak datang lagi.. jadi dalam masa tu aku pun kena lah cari tempat tinggal untuk disewa..

Bersendirian, aku melihat pada papan notis yang ada di salah sebuah bangunan di universiti aku.. seperti biasa, aku mencari kot-kot ada pelajar yang tinggal luar universiti yang mencari teman serumah yang baru.. mata aku meliar-liar memandang pada papan notis itu.. sebelum ni aku dah tengok kat papan notis tu, tapi mana lah tahu hari ni ada notis cari teman serumah yang baru.. tengah aku memandang pada papan notis itu, aku terpandang pada satu notis yang sebelum ini aku tak pernah lihat lagi.. aku duga ia baru sahaja ditampalkan.. notis mencari teman serumah.. aku tengok info harga sewa menarik tumpuan aku.. tidak lah terlalu mahal.. lantas aku cepat-cepat mendial nombor telefon yang tertera dengan harapan aku mungkin masih boleh menyewa di rumah itu.. harga sewa macam tu, tentu sahaja ramai yang nak.. jadi aku harus dapatkannya secepat yang mungkin..

Beberapa minit kemudian, panggilan telefon aku masih juga tidak dijawab.. aku cuba mendial sekali lagi.. tunggu dan menunggu.. beberapa minit selepas itu akhirnya panggilan diangkat..

"Assalamualaikum.." kata aku..

"Waalaikumsalam.. maaf sebab lambat angkat panggilan.."

"eh.. tak mengapa.." aku terdiam seketika.. aku seakan macam pernah dengar suara orang itu.. "erm... saya ada terbaca kat papan notis pasal nak cari teman serumah yang baru.. jadi saya call ni sebab nak tanya pasal tu lah.." kata aku lagi..

"owh.. pasal rumah.. ada satu bilik yang masih kosong lagi.."

"masih available tak?" tanya aku..

"ya.. jadi berkenan ke nak sewa bilik tu?"

"saya mesti tengok rumah tu macam mana sebelum beri kata putus.."

"itu sudah semestinya.. jadi, bila nak datang untuk lihat-lihat keadaan rumah?"

"awak bila free?" tanya aku

"ermm.. selepas jam 2 petang.. rasanya kalau nak datang selepas masa itu tidak jadi masalah.."

"pukul 2.30 nanti saya datang, okay?"

"okay.. tahu alamat kan?"

"ha ah.. kat notis tu ada sertakan sekali.."

"okay.. nama siapa?"

"Hairil.."

"okay, Hairil jumpa jam 2.30 nanti.."

Abang Bad - The StoryWhere stories live. Discover now