Part 5

11.6K 186 26
                                    

Sunday, 1/3 Autumn

Sekitar jam 10.30 pagi, mataku mula terjaga dari tidur. Sinar cahaya matahari dari luar tingkap membuatkan aku bangun dari tidurku.. mata sedikit rasa silau. Bangun badan, terasa badan aku sedikit lemah. Mungkin sebab tak cukup tidur kerana berjaga semalaman buat assignment. Aku pun tak ingat pada jam berapa aku terlena. Apa yang aku ingat mata aku rasa mengantuk, lalu berbaring jap untuk berehat. Tahu-tahu lepas tu terus terlena.

Mataku mula memandang ke arah dua tubuh kawan aku yang masih lagi terbaring bersebelahan dengan aku. Dua tilam katil diletakkan di atas lantai dan dicantumkan untuk kami bertiga tidur. Aku baring di sebelah kiri manakala Shahir di sebelah kanan dan Fahri di tengah-tengah. Shahir baring terlentang manakala Fahri pula tidur mengiring. Tergamam, mataku terpandang sesuatu yang menarik perhatian. Sedang mereka berdua tidur seolah-olah sebelah tangan sedang berpegangan.

Ni dah kenapa tidur berpegang tangan ni?? Hahaha.. bisik hati ku.

Padang-padang.. aku hanya terus memerhati.

Dah macam kapel tidur pula aku tengok..

Kemudian tubuh Shahir mula mengeliat. Aku cepat-cepat memandang ke tempat lain.. tak lama lepas tu Shahir mula terjaga.. masih terbaring namun matanya dah terbuka kelihatan kuyu. Pejam celik pejam celik Shahir mula memandang aku..

“dah jam berapa Ril?”

Aku tercari-cari telefon bimbit di sebelah aku. Jumpa aku ON phone nak tengok jam.

“dah jam 10.43.”

Lantas Shahir mula bangun. Dia mula mengeliatkan tubuh. Aku hanya memandang ke tempat lain namun dalam masa yang sama curi-curi pandang Shahir. Fahri pula masih lagi lena tak bangun-bangun. Tangan yang berpegangan tadi pun dah terlepas. Aku tak pasti kalau Shahir sedar ke tak. Mungkin dia tak sedar kot.

Shahir hanya terus bangun separuh badan kaku tak bergerak. Mungkin sebab dia masih rasa mengantuk lagi. Tengok muka dia pun masih muka mengantuk. Shahir mula menguap sekali sambil sebelah tangan menutup mulut. Kemudian dia terus bangun berjalan ke luar bilik. Selang beberapa minit Shahir masuk semula ke dalam bilik. Aku tengok muka dia basah, mesti dia pergi keluar pergi cuci muka.

Shahir hanya memerhatikan teman sebiliknya, Fahri yang masih lagi lena tidur. Cuaca agak sejuk sikit walaupun jam dah nak pukul 11 pagi. Sekarang cuaca selalu mendung dan berangin. Shahir menarik selimut ke badan Fahri yang masih lena tidur. Aku perhati Fahri mengeliat sedikit di saat Shahir meletakkan selimut di tubuhnya.

“penat sangat tu.. hahaha.. tak bangun-bangun..” kataku yang hanya memerhati.

“Fahri ni kalau tidur badan terdedah tak pakai selimut biasa akan demam akan selesma.. kebiasaanya macam tu lah..” Kata Shahir.

“ye ke? Ha ah.. sekarang pun musim dah makin sejuk.” Kata ku lagi.

Aku memandang pada luar tingkap. Langit tak terlalu cerah. Hanya kelihatan awam mendung sahaja. Cuaca yang kurang bagus. Dari jauh juga kelihatan pokok-pokok yang semakin bertukar warna. Dahulu penuh berwarna hijau kini ada yang berwarna kuning, merah dan akhirnya layu jatuh ke bumi.

Sedang aku mengelamun seketika, telefon bimbit aku berbunyi. Ada mesej masuk. Aku buka dan baca. Dari Izam.

- Ada mana tu?

Terus teringat yang Izam ada nak ajak aku gi keluar hari ni. Entah kenapa hati mula rasa berbunga-bunga.

- Masih kat kolej lagi ni. Belum balik rumah. Kenapa? Dah nak gerak ke?

Balasku.

- eh tak lah. Dalam jam 3 nanti. Aku ada nak settle benda dulu. Ko balik rumah kan?

Izam tanya aku.

Abang Bad - The StoryWhere stories live. Discover now