(Ramai yang tertanya-tanya pasal setting tempat citer dalam ni sebenarnya kat mana? aku cuma nak cakap actually setting tempat dalam citer ni pun cuma lah sekadar rekaan je.. tak wujud pun. Kalau korang nak bayang setting tempat dia macam mana, ianya adalah satu tempat yang masyarakat almost macam budaya melayu tapi kawasan ada empat musim. tu pasal lah citer ni macam ada seasons. Korang bayang tempat nya macam kat Malaysia cuma konon-konon Malaysia ni ada empat musim lah.. Sebab dulu aku pernah study kat Australia.. jadi banyak pengaruh kehidupan aku kat Australia yang aku terapkan dalam citer ni. Lokasi cerita pun banyak inspirasi dari tempat-tempat kat Australia. Jadi pandai-pandai lah imaginasi sendiri tentang citer ni..)
Thursday, 1/3 Autumn
Jam telah pun menunjukkan jam 1.00 tengah hari. Kelas untuk subjek elektif aku baru je selesai dan aku mula berkemas ingin pergi makan tengah hari. Kita orang bebas untuk pilih subjek elektif dari school mana-mana pun. Untuk subjek elektif semester kali ni aku ambil subjek dari School of Arts iaitu subjek Visual Arts. Subjek ni ajar perkara-perkara asas dalam aliran seni visual antaranya seperti lukisan, catan, arca, seramik, fotografi bahkan juga kemahiran menjahit dan sulaman. Subjek yang sangat santai dan seronok bagi aku.. kalau nak banding dengan subjek dari course architecture aku, subjek elektif yang ni tidak lah begitu stress sangat..
Aku sedikit bersemangat hari ni.. pensyarah iaitu Dr. Jane ada puji aku tentang lukisan yang aku buat. Dia kata stroke lukisan aku menarik. "saya nampak bakat dalam diri kamu.." kata-kata darinya itu buat aku berasa teruja. Aku memang suka pujian.. lebih-lebih kalau dari pensyarah.. nak kata lukisan aku bagus sangat, rasanya takde lah sangat.. tapi pujian dari Dr. Jane tu buat aku bersemangat hari ni..
Siap berkemas, aku mula keluar dari studio kelas lukisan. Di bangunan School of Arts ni sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian. Satu adalah galeri yang berada di bahagian bawah dan pintu masuk bangunan. Kebanyakkan kelas dan studio pula berada di tingkat atas tapi ada sesetengah kelas ada juga berada di tingkat bawah di bahagian belakang.
Galeri pula terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian meletakkan hasil karya pelajar dari universiti yang kebanyakkannya dihasilkan berdasarkan assignment universiti. Di satu bilik yang lain pula adalah galeri utama yang mengumpulkan karya-karya terbaik hasil karya tempatan malah juga antarabangsa. Karya-karya di galeri utama ini tidak lah kekal dipamerkan. Selang beberapa kali karya yang dipamerkan akan berubah-ubah setiap bulan. Senang cakap, school of arts ni seumpama muzium or galeri. Tapi memang pun begitu sebab sebelah school of arts ada muzium univeristi. Sebelah-sebelah bangunan je. Banyak juga kadang-kadang pengunjung luar datang berkunjung.
Dalam hati terlintas fikiran untuk melawat galeri utama kerana aku belum lagi melihat koleksi karya dari seniman luar untuk bulan ini. Sedang aku mula masuk ke dalam galeri utama, langkah ku mula menjadi perlahan apabila aku terlihat susuk tubuh seseorang yang seakan aku mengenalinya.. aku berkerut dahi cuba mengenalpasti orang itu yang sedang memandang satu karya di dinding.. semakin mendekati, orang tersebut mula sedar akan kehadiran aku..
"oh! Kamu..." dia terus menyapa aku..
"Hai.. tak sangka boleh jumpa kat sini.." balasku..
"owh.. kebetulan.. baru habis kelas ke? ambil subjek elektif di sini?" tanya Izam.
"Ha ah.. tadi dari kelas subjek Visual Arts.. eh.. ni bukan ke gambar Izam?" terkejut bila terperasan yang karya dipandang oleh Izam itu ada wajah dirinya..
Karya itu sebenarnya berbentuk fotografi portrait unik yang memaparkan beberapa wajah lelaki. Salah seorang dari wajah yang ada adalah Izam sendiri. Dalam gambar itu badan Izam menghadap ke kanan manakala wajahnya pula memandang ke hadapan. Pada gambar itu juga tertulis perkataan 'WAJAH' bersaiz besar pada belakang Izam namun masih jelas dibaca. Bukan pada Izam sahaja, namun pada ke semua koleksi fotografi portrait tersebut tertulis perkataan 'WAJAH' di bahagian belakang setiap model. Yang aku perasan juga kesemua model pada karya tersebut adalah lelaki-lelaki tampan.
YOU ARE READING
Abang Bad - The Story
RandomPermulaan kehidupan tinggal sebumbung bersama dengan dua lelaki yang lebih berusia telah mengubah kehidupan Hairil. Dua senior itu adalah; Abang Man: Seorang yang pernah menjadi 'crush' Hairil. Seorang yang baik hati dan memahami. Abang Bad: Seoran...