Kisah Fahri & Shahir

11.7K 132 29
                                    

Ada sesetengah orang yang baca cerita Abang Bad ni perasan dengan dua watak kawan kepada Hairil iaitu Fahri dan Shahir mengingatkan tentang cerita Unspeakable Love. Kepada yang tak pernah baca cerita Unspeakable Love ianya adalah cerita yang aku dulu tulis pada tahun 2012 sewaktu aku still belajar kat oversea dulu.. (dah 7 tahun berlalu.. Aku dh terasa tua dh rasa.. Hahaha)

Nak dipendekkan cerita Unspeakable Love ni adalah cerita genre PLU pertama aku tulis.. Ada terdapat 36 parts cerita dan last update adalah pada 27 Oct 2014.. Namun cerita tu tak habis pun lagi takde ending.. Ramai juga readers ternanti-nanti kesudahan cerita Unspeakable Love.. Nak tahu apa jadi kepada Fahri dalam cerita tu? Sampai sekarang ada juga yang masih mesej aku kat Facebook untuk nak tanya bila nak sambung Unspeakable Love? Untuk nak jawab persoalan tentang kenapa cerita Unspeakable Love tu tergantung, actually pada tahun-tahun akhir pengajian aku kat oversea time tu aku macam hilang mood sikit nak menulis dan update blog.. (aku dulu tulis kat dalam Blogger.. Nama blog tu orang selalu gelar sebagai blog 'Di Satu Sudut'..) then life after aku dah tak study oversea macam busy sikit..

Kat dalam Wattpad ni aku start tulis cerita Abang Bad pula.. (actually citer Abang Bad ni dari blog tu juga cuma untuk Part 1 dan 2 je) Bila korang baca akan sedar ada watak Fahri dan Shahir dalam cerita ni.. Plan aku sebenarnya nak buat perkaitan antara cerita Abang Bad ni dengan Unspeakable Love.. Dua cerita yang berbeza namun dalam satu dunia yang sama.. Dalam cerita Abang Bad, Hairil adalah watak utama manakala dalam cerita Unspeakable Love watak utama adalah Fahri.. Jadi aku memang ada plan nak 'hidupkan' semula cerita Unspeakable Love.. Aku nak tulis semula Unspeakable Love untuk ditambah baik dan mungkin ada perbezaan sikit dari cerita yang asal dalam Wattpad.. Actually watak Hairil dalam cerita Unspeakable Love tak wujud pun.. So, untuk Unspeakable Love versi 'baru' nanti watak Hairil akan dimasukkan sekali.

Kalau ikut timeline cerita, kisah Abang Bad ni bermula waktu Hairil baru nak masuk tahun kedua degree life (sebab Fahri pun sama tahun pengajian dengan Hairil, jadi Fahri pun baru nak masuk tahun kedua juga). Tapi dalam cerita Unspeakable Love pula Fahri masa tu dia dah masuk tahun akhir dan life dia lepas tamat pengajian (so, Hairil pun sama juga lah kan ikut Fahri). Jadi aku nak fokus untuk buat cerita Abang Bad dulu dan tengok macam mana cerita ni berkembang nanti sebelum masuk dalam timeline cerita Unspeakable Love..

Kepada peminat cerita Unspeakable Love harap boleh sabar menunggu cerita Unspeakable Love 'versi baru' di Wattpad disiarkan.. Kepada yang tak pernah baca cerita Unspeakable Love, boleh lah try google cari untuk baca Unspeakable Love versi original.

Link blog aku adalah;

di-satu-sudut.blogspot.com

Kalau nak google boleh lah cari dengan ayat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kalau nak google boleh lah cari dengan ayat

'Malaysian PLU Story, Unspeakable Love'

'Malaysian PLU Story, Unspeakable Love'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ringkasan Cerita

Fahri, seorang PLU yang telah menaruh hati pada teman sebiliknya bernama Shahir.. namun perasaan itu dipendamkannya kerana Shahir bukan lah sama seperti dirinya.. Shahir adalah seorang lelaki normal yang juga memiliki kekasih hati bernama Liyana.. kisah bermula ketika Fahri mula berkenalan dengan seorang lelaki biseksual bernama Saiful di Planet Romeo.. bermula dari detik itu, Fahri mula banyak berbicara dengan Saiful tentang kisah kehidupannya.. Saiful ada mengatakan kepada Fahri tentang 'peraturan cinta PLU yang pertama'.. katanya, cinta itu haruslah saling berbalasan untuk menikmati kemanisan cinta.. secara tidak langsung Saiful bermaksud adalah lebih baik Fahri melupakan perasaannya terhadap Shahir.. kisah juga berkembang bagaimana Fahri mula mengimbas semula tentang kisah hubungan lamanya dengan seorang lelaki bernama Ihsan.. biar pun saling menyukai, namun Ihsan keberatan untuk mengatakan cintanya kepada Fahri.. bahkan, Ihsan tidak mahu Fahri menganggap hubungan antara mereka berdua lebih dari pasangan kekasih.. akhirnya, hubungan antara Fahri dan Ihsan mula terputus.. tiga tahun telah berlalu dan hati Fahri mula terpaut pada Shahir.. mempercayai apa yang Saiful katakan, Fahri akhirnya cuba melupakan perasaan cinta terhadap Shahir.. biarpun perit namun Fahri telah pun bertekad..

namun..

pada satu malam, Fahri telah dikejutkan dengan perubahan mendadak terhadap diri Shahir.. teman biliknya akhirnya memeluk Fahri dan mencium dahinya.. Fahri ketakutan kerana dia tidak percaya kawannya Shahir akan bertindak sedemikian rupa.. dari saat itu, Fahri mula tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan pelukan dan kucupan itu?

unspeakable love.. sebuah kisah tentang cinta yang dipendam.. kisah menyentuh erti persahabatan, moral cinta songsang dan juga pencarian jati diri.. pada akhirnya Fahri harus memilih jalan yang terbaik dalam hidupnya..

 pada akhirnya Fahri harus memilih jalan yang terbaik dalam hidupnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Abang Bad - The StoryWhere stories live. Discover now