Monday, 3/3 SummerSekitar jam 5.30 petang, aku baru sahaja terjaga dari tidur. Kelas habis awal hari ni, sampai je ke bilik entah kenapa lepas tu mula rasa mengantuk. Mengeliat tubuh, aku bangun dari katil lalu mula merenggangkan anggota tubuh. Tekak mula rasa dahaga, jadi aku fikir untuk pergi ke dapur untuk memimum air.
Sampai di dapur, aku minum dua cawan air sejuk untuk menghilangkan rasa dahaga.. kemudian aku terdengar bunyi pintu ditutup, lalu kelihatan Rahman yang baru sahaja keluar dari bilik dengan berseluar track. Perasan dengan kehadiran aku, dia memandang aku.
Tersenyum, dia mula berkata, "awal balik hari ni.. biasanya kalau Isnin ko balik lewat sikit.."
"hari ni kelas habis awal. Lecturer kata dia nak kena pergi sebab ada hal.. hurmm.. abang nak pergi mana tu?" tanya aku sambil menjeling Rahman yang mula mengambil kasut sukan di rak kasut..
"jogging.. kau nak ikut?" tiba-tiba Rahman mengajak..
"okay juga kot.. dah lama tak bersenam.." aku setuju.. "tapi tunggu jap sebab nak salin pakaian dulu.."
Aku pun terus masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian..
Dah agak lama juga aku tak bersenam.. jujur aku cakap, aku ni bukan lah orang yang 'aktif' sangat.. nak bersenam tu jarang.. waktu masih stay kat kolej kediaman ada juga lah aku jogging beberapa kali.. sejak aku stay kat rumah ni, aku perasan yang Rahman dan Badri memang selalu gak pergi jogging.. selalu juga aku terpandang mereka tengah jogging dari luar tingkap bilik aku.. Cuma aku je yang tak pernah jogging sejak aku stay di rumah ni..
Selesai bersiap, kedua-dua kami mula turun dari flat kediaman untuk berjogging.. Rahman berada di hadapan.. sengaja aku biarkan macam tu sebab nak bagi dia lead jalan nak pergi mana.. tapi dalam masa yang sama aku memang selalu keletihan mungkin sebab kurang stamina lama tak bersenam, aku jadi mudah semput.. ada beberapa kali aku berhenti untuk legakan tubuh.. bila Rahman perasan yang aku berhenti berlari, dia akan stop sekejap.. dia takde lah nak tinggalkan aku terus di belakang.. tapi aku suruh dia pergi je dulu.. nanti aku kejar..
Sambil-sambil jogging, mata aku kadang-kadang memandang pada tubuh Rahman yang sedang berada di hadapan aku.. Rahman ni body dia sebenarnya biasa-biasa je.. takde lah berotot sangat.. kalau badan sado tu macam Badri lah.. dia tu body ala-ala sado sikit.. Rahman ni pula kurus tapi takde lah kurus sangat.. just okay.. dalam fikiran aku mula teringat semula tentang yang kehidupan aku sejak tinggal di rumah tu.. aku selalu 'jaga pandangan'.. tak tahu kenapa.. maksud aku, kadang-kadang ada juga lah kalau Rahman akan seksi di rumah hanya bertuala bila dia selesai mandi.. dan bila aku terperasan, aku macam akan larikan pandangan aku dari nak pandang dia.. kadang-kadang, tengah dia bertuala tu, dia ada tegur aku untuk tanya sesuatu.. aku pula akan jawap soalan dia tu tapi wajah memang takkan padang kat dia..
"Ril, aku nak pisau aku semula boleh?" tanya Rahman tentang pisau untuk potong modelling board yang aku pinjam.. pada masa tu dia baru lepas habis mandi, masih bertuala di pinggang, dia berada di depan pintu bilik aku..
Aku tercari-cari pisau yang dimaksudkan.. bila dah jumpa, aku pun mula menghampiri Rahman sambil mataku hanya tunduk ke bawah.. lantas aku pun hulurkan pisau tersebut..
"kau tak guna lagi kan?" tanya Rahman lagi.. masih kekal berdiri di depan aku..
"tak guna dah.. abang ambil lah.." balas aku tanpa memandang ke arah wajahnya.. namun entah kenapa separuh dari jiwa aku macam mahu memandang terus pada Rahman yang sedang hanya bertuala itu. Tapi di satu sudut dalam jiwa pula berbisik..
'jangan pandang..'
Aku segan.. mungkin..
Hati hanya mula gemuruh..
YOU ARE READING
Abang Bad - The Story
RandomPermulaan kehidupan tinggal sebumbung bersama dengan dua lelaki yang lebih berusia telah mengubah kehidupan Hairil. Dua senior itu adalah; Abang Man: Seorang yang pernah menjadi 'crush' Hairil. Seorang yang baik hati dan memahami. Abang Bad: Seoran...