DISEMBER 2020
Dania's POV
Semuanya bermula dengan satu kesilapan kecil yang aku sendiri lakukan. Di zaman yang penuh dengan alatan canggih ini, semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan hujung jari sahaja.
Aku, Dania ataupun nama penuh yang diberi oleh kedua ibubapa aku ialah Nur Dania. Nama glamor pula, Dian. Secara jujurnya, aku bukanlah seorang gadis yang cantik, mahupun berbakat.
Aku cuma seorang remaja perempuan yang melakukan semua benda biasa-biasa sahaja. Aku tak hebat bersukan, dalam pembelajaran apatah lagi.
Cuma seorang gadis biasa yang langsung tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.
Aku daripada sebuah keluarga yang sederhana sahaja, dan tinggal di negeri di bawah bayu. Jangan risau, aku takkan berloghat sabah disini, so- don't worry!
"Dian!! Masak nasi!!" Panggilan daripada Mama membuatkan aku terkejut. Tangan yang hanya menyeret skrin telefon berhenti. Jam yang ada diatas skrin telefon aku pandang.
"Ma, lima minit boleh?" Badan diregangkan diatas katil. Selepas berjam-jam cuma mereput diatas katil boleh tahan kebas juga lah. Cuci muka tak ada, berus gigi tak ada. Buka telefon dan terus sahaja bermain instagram.
Well, itulah perkara yang paling aku suka bila cuti.
Mereput.
Apabila aku langsung tiada mendengar sahutan dari Mama, nafas dihembuskan perlahan. Badan diangkat dan terasa seluruh tulang aku berbunyi.
"Fuhh, sedapnya bunyi." ujarku perlahan. Kaki pula melangkah keluar dari bilik dan terus menuju kedapur.
"Aduh anak dara aku ni, tak reti nak cuci muka dulu ke? Berus gigi ke? Keluar-keluar dengan muka tak senonoh macam ni, entah laku ke juga kamu ni. Dengan memasak kelaut, cuci baju pun Mama." bebel mama panjang.
Aku hanya membiar sahaja mama membebel panjang. Kaki melangkah kedalam tandas.
"Tapi, Kakak baru 16 tahun lah ma!" balas aku sambil tersengih. Ubat gigi aku letak diatas berus gigi.
"Hah! Menjawab!"
Aku tergelak. Gigi ditayang kepada cermin dan aku gosok dengan kadar yang perlahan. Tulang masih tak bermaya nak buat kerja tahu. Tetapi, minda aku sudah mula memproses.
Berus gigi, cuci muka, masak nasi, ambik wuduk, solat zohor, dannnnnnn sambung main instagram balik. Kalau tak pun, chat Aliya ke.. baca chat dengan crush yang lama-lama ke..
Oups, ex crush.
Hashtag, Dania dah move on.
Selepas mengaminkan doa, aku memanjat katil dengan telekung yang masih terpasang ditubuh. Ketika itulah aku berusaha sedaya upaya membuka telekung dengan keadaan baring.
"Dian!!" Panggilan dari mama membuatkan aku laju sahaja bangun dari baring. Telekung yang masih terpasang aku buka. Dah macam orang bodoh je aku tadi. Kaki melangkah keluar dari bilik dan menuju kedapur.
"Tengokkan dulu Aiden dengan Elyas tu, entah apa yang diorang buat diluar tu." Aku hanya mengangguk dan berjalan keluar dari dapur. Seorang bayi lelaki dan kanak-kanak lelaki yang duduk menonton Didi and Friend itu membuatkan aku tersenyum.
"Aiden!!!" Badannya aku peluk dan pipinya aku cium berkali-kali membuatkan dia bergelut seperti ikan belut untuk melepaskan diri dari pelukan aku dan kembali fokus menonton Didi and Friend.
"Eee apa la kakak ni, dah lah pemalas bangun awal. Peluk-peluk lagi Aiden macam tu." ujar Elyas membuatkan aku terdiam. Dada yang terasa tercucuk dengan kata-kata kejam itu aku genggam.
"Excuse me, Kakak bangun awal okay, tapi tidur balik je."
Elyas buat tak kesah, main ultraman ditangan kanannya dilawankan bersama dinasour yang ada disebelah tangannya.
"Kakak, kenapa kakak selalu lambat bangun?" Aku memutar mata. Mulut Aiden yang memuncung itu aku cubit.
"Biasalah tu, remaja memang macam tu. Elyas tunggu lah, nanti kalau Elyas remaja macam Kakak, nanti Elyas faham lah." Dia mengangguk-angguk tapi matanya masih fokus dengan perlawanan ultraman dinasour itu.
"Jadi kalau Elyas tidak boleh bangun lambat ke?" Aku mengeluh. Tak habis lagi budak ni.
"Tak. Nanti ada hantu masuk mimpi, nak tak?" Fokusnya teralih. Laju saja tangannya memeluk aku.
"Tak nak!" Aiden yang perasan abangnya bertingkah laku sebegitu juga turut mengikut. Tangan dan kakinya merangkak kearah aku.
"Maa.. maa... maaa." Aku ketawa kecil.
"Kakak lah, bukan mama." Eden memuncungkan mulutnya.
"Maa?" Aku tergelak. Pipinya aku cubit.
"Yelah, Aiden." Penat dah aku layan diorang dua ni. Mereka berdua ialah budak asuhan mama, yang diasuh oleh mama dengan sukarela.
Ibu diorang ni, kawan baik mama... So, kawan baik mesti sentiasa bantu-membantu kan?
Seorang budak lelaki yang keluar daripada bilik dan terus duduk disofa membuatkan aku memutar mata.
"Amboi, awal bangun? Ada solat subuh ke tadi?" Dia memutar matanya.
"Diamlah kau, sibuk je."
Aku mencebik. Tak guna punya adik. Mohamad Daniel, orangnya tidak seindah nama. Dah lama aku bagitahu dia yang kitorang sekeluarga kutip dia kat tong sampah, tapi tak percaya.
🍙
Selepas menunaikan solat isyak, terus sahaja aku meluru kedalam bilik. Papa ada soal pasal status whatsapp aku, semuanya sebab aku lupa hide. Ya ampun, gue gamau di apa-apain.
Aku post gambar artis lelaki korea je pun..
Whatsapp aku buka. Seperti biasa, hanya beberapa kerat mesej sahaja yang muncul. Whatsapp daripada group kawan-kawan sekolah rendah aku itu dibuka.
Farina
MACIK-MACIK KU SAYANG, JOM MAIN AMONG US HARI NI!!!Michelle
I okay je, tapi jangan lambat sangat eh.Wanie
Jam berapa?Khairiyah
Aku tidak ikut lah weh, aku nak study sikit.Wanie
YA AMPUN KHAIRIYAH, KAU STUDY APA?! KITA CUTI PANJANG KUT.You
@Farina aku ikut among us nantiAku dah malas nak sambung baca. Aplikasi lain aku buka dan terus sahaja aku menyeret skrin telefon. Sekali sekala aku ketawa apabila video-video yang ada menghiburkan aku.
Jari terus saja menyeret skrin telefon sehingga perlahan-lahan mata aku mengecil dan aku sudah mula berlayar dilautan mimpi.
Sweet dreams myself..
🍙
YOU ARE READING
CONNECT
Romance[Complete!] Hanya dengan telefon pintar, persahabatan antara dua insan terjalin. Perbezaan jarak sejauh beribu kilometer langsung tidak menghalang persahabatan mereka. Mengikut lumrah alam, agak mustahil untuk seorang lelaki dan wanita bersahabat...