Noh Daniel & Nur Nadia Part 3

437 22 0
                                    

Part 3

"Awak ada terima mesej or apa-apa?" Soal Noh setelah beberapa minit mereka di dalam kereta.

"Tak ada, kenapa?" Ujar Nadia tidak sabar.

"Lepas hantar awak, saya dapat mesej ni." Telefonnya dihulurkan kepada Nadia. Nadia ambil tanpa membuang masa. Nadia mengucap panjang.

"Encik tahu siapa yang hantar?" Ada getar dalam suara Nadia. Mesej ugutan dan gambar mereka.

"Private number. Saya dah upah orang untuk siasat hal semalam. Sekarang saya nak awak cerita dekat saya apa yang berlaku sebelum awak sedar pagi semalam." Nadia menggenggam erat jemarinya.

"Saya ada latihan silat. Habis dalam 11 malam. Saya nak balik kolej tapi kawan saya ajak minum dekat cafe kolej dia. Dia suruh saya pergi dulu. Saya lalu jalan belakang Fakulti Awam, ada orang tegur saya, lelaki macam pernah dengar suara tu. Tapi selepas tu saya dah tak tahu. Saya bangun pagi tu, kita dah macam tu." Nadia menerangkan semuanya. Itu sahaja yang dia ingat, apa yang berlaku di situ dia tak dapat nak jelaskan. Noh Daniel yang mendengar terangguk-angguk.

"Encik Noh pula?" Soal Nadia.

"Saya makan malam dekat hotel tu. Saya ada meeting dengan client di situ. After that, kawan saya datang untuk dinner. Dia balik dulu kemudian saya sedar-sedar saya ditendang sampai nak jatuh katil." Noh Daniel tersenyum hujung bibir.

"Saya minta maaf, if you are my husband takkan saya tendang. Kita tiada apa-apa ikatan. Itulah pertama kali saya berada dengan lelaki asing dalam bilik berdua-duaan. Tindakan tu lebih kepada melindungi diri saya." Nadia membela diri.

"Saya faham. Kita akan selesaikan hal ni. Saya risau kita dah terlanjur malam semalam, saya risau ada kesannya kepada kita nanti. Awak fahamkan?" Nadia mengangguk perlahan, malu benar bila perkataan 'terlanjur' itu keluar daripada mulut lelaki itu.. Tak lama kemudian telefon Nadia berbunyi.

"Encik..." Nadia menunjukkan telefonnya. Noh Daniel memandang sekilas sebelum memandang ke depan.

"I'm driving Nadia, bacakan." Arah Noh Daniel.

"Masih bergembira atau sudah jatuh cinta? Senyumlah sebelum semua gambar kau dengan dia tersebar." Nadia membaca satu persatu aksara yang diterimanya. Seketika kemudian satu gambar diterimanya. Nadia terlopong. Gambar dia dan Noh Daniel di kereta sebentar tadi.

"Dia dekat dengan kita Encik Noh." Ujar Nadia, gambar ditunjukkan kepada Noh Daniel. Noh Daniel bengang, tangan dikepalkan dan dihentak kuat ke stereng. Nadia terkejut sehingga terjungkit bahunya.

"I'm sorry. Complicated. Kenapa awak? Saya boleh faham kenapa saya diperangkap. Mungkin musuh bisnes saya yang dengki dengan saya, tapi awak? Awak ada musuh?" Nadia menggeleng dan kemudian menjungkit bahu. Siapa? Dia tahu dia tiada kawan yang ramai tapi takkanlah sampai ada yang mahu dia terperangkap sebegitu. Ada?

"Kita akan jumpa mama dan papa saya, be ready." Nadia terkejut, menelan air liur yang terasa kelat dan berpasir. Mama dan papa?

Kereta Noh Daniel memasuki kawasan perumahan. Hon dibunyikan dua kali dihadapan sebuah rumah banglo 3 tingkat dihujung kawasan itu. Pintu pagar terbuka dan terus sahaja Noh Daniel memasuki kawasan rumah.

"Jom." Noh Daniel keluar dari perut kereta. Beg galasnya yang diletakkan di but diambil dan digalasnya. Nadia turut keluar. Debaran kian deras setelah kelibat wanita yang agak berusia namun masih bergaya tiba di muka pintu. Nadia membontoti langkah Noh Daniel mendekati wanita itu.

"Mama, ini Nur Nadia." Ujar Noh Daniel setelah menyalami mamanya. Nadia tak tunggu lama, tangan wanita itu diraihnya.

"Assalamualaikum mak cik." Ujar Nadia. Noh Daniel yang memandang dan mendengar menahan tawa. Mak cik? Seriously? Datin Nurlia tersenyum lebar. Gadis itu dipandang atas bawah kiri kanan. Baju kurung, tudung besar, stokin kaki tangan semua lengkap. Siapalah yang dengki dengan kamu nak? Datin Nurlia bermonolog sendiri.

N & NWhere stories live. Discover now