Noh Daniel & Nur Nadia Part 7

449 22 0
                                    


Part 7

Noh Daniel membaca doa selepas solat. Untuk pertama kalinya, doanya begitu panjang. Banyak yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa dan banyak antaranya untuk mereka suami isteri. Masalah yang menyebabkan mereka bernikah masih belum selesai, siapa dan kenapa masih belum terurai. Nur Nadia mengaminkan doa yang dibaca Noh Daniel sebelum bergerak sedikit merapati Noh Daniel untuk bersalam.

"Terima kasih kerana terima saya sebagai isteri dalam benci awak tu." Ujar Nadia tanpa melepaskan genggaman tangannya. Noh Daniel ketawa kecil.

"Awak yang merayu sakan."

"Tapi masa tu tak fikir pun pasal kahwin. Cuma entah, terkejut sangat."

"Terima kasih sebab maafkan saya." Nadia berkerut.

"Bila saya maafkan?"

"Bila awak sentiasa senyum depan saya." Nadia melepaskan genggaman tangannya. tersenyum dengan wajah yang merah, malu!

"Satu sahaja saya minta..." Noh Daniel berjeda, membuatkan Nur Nadia berdebar.

"Please... jangan berahsia. Jangan menangis sorang-sorang. Kan saya dah cakap dekat awak sebelum ni, kita akan lalui semua ni sama-sama. Sebagai suami, izinkan saya jadi pelindung awak, dunia akhirat." Jujur, kata-kata yang terlalu jujur. Nur Nadia menarik tangan Noh Daniel dan menggenggamnya erat dan mengangguk dengan lelehan air mata.

"Sekarang bagitahu saya, kenapa awak menangis selepas jawab telefon petang tadi." Nur Nadia kaget. Macam mana Noh Daniel boleh perasan?

"Pak cik saya telefon."

"Jadi?"

"Dia nak saya bayar semua duit yang dia pernah keluarkan untuk saya."

"Berapa?"

"Lima puluh ribu. Tak logik, saya tak rasa sebanyak tu. Ibu dengan abah saya ada tinggalkan duit untuk saya. Saya bukan terlalu kecik nak faham keadaan. Saya sambung belajar ni pun saya keluarkan duit yang abah carumkan untuk saya dari saya bayi. Bila saya cakap macam tu, pak cik maki saya. Cakap saya ni tak kenang budi." Nadia mengeluh lemah. Noh Daniel hanya mengangguk mendengar. Dia belum kenal Nur Nadia, latar belakangnya dan cerita disebalik Nur Nadia.

"Nanti kita cari jalan untuk bayar..."

"Eh, tak. Tak perlu. Saya yakin sangat yang saya tak perlu bayar semua tu." Nadia tegas memotong kata.

"Nanti pak cik awak akan terus kacau awak."

"Saya akan selesaikan dengan pak cik. Awak jangan risau."

"Jangan lupa, saya suami awak Nur Nadia. Awak yang tak perlu risau, saya yang akan cari jalan untuk selesaikan." Noh Daniel membalas.

"Saya ingat, tak lupa. Tapi saya berkahwin dengan awak bukan untuk bebankan awak dengan masalah hidup saya. Cukuplah masalah kita yang tergantung sepi, jangan tambah lagi. Nanti awak yang stress." Ujar Nadia panjang lebar.

"Siap lagu Haqiem Rusli masuk sekali ya?" Noh Daniel ketawa. Nadia mencebik. Tangannya laju sahaja mengemas sejadah dan telekung yang digunakan. Noh Daniel duduk di birai katil.

"Pasal masalah kita. Saya ada dapat satu gambar. Ni..." Noh Daniel menghulurkan telefon bimbitnya kepada Nadia. Nadia yang sedang mengikat rambutnya, laju sahaja mengambil dan melihat gambar diterima. Nadia terlopong.

"Kan saya kata, orang yang perangkap kita tu dekat sangat dengan kita. Seseorang yang kita kenal, mungkin." Ujar Nadia selepas melihat gambar mereka berdua di dalam dewan kuliah tempoh hari. Gambar Noh Daniel membuat bentuk 'love' dengan jarinya.

N & NWhere stories live. Discover now