Noh Daniel&Nur Nadia Part 6

441 23 0
                                    


Part 6

Hujung minggu pertama bagi Nur Nadia untuk pulang ke rumah suaminya. Baru seminggu menjadi isteri dan tidak membawa perubahan besar kepada diri Nadia. Semua masih sama. Ini kali pertama dia akan hilang dari bilik dan Mashitah telah pun menyoal macam-macam.

"Ke mana?" Soal Mashitah laju sahaja setelah melihat Nadia sibuk mengemas beg baju.

"Balik kejap. Isnin aku sampai terus ke kelas tau, jangan tunggu aku pula." Nadia membalas dan terus meninggal pesan.

"Balik kampung? Pelik." Mashitah menyoal lagi.

"Taklah. Balik area sini juga. Apa yang pelik? Semua pelik aje kau ni kan."

"Yelah, kau juga yang cakap dekat aku dulu Pak cik dengan Mak cik kau tak bagi balik kalau bukan cuti panjang. Ni balik weekend. Lagi pelik bila kau kata balik area sini? Skudai ni? Kau balik rumah mana? Kau bukan tak ada saudara mara ke?" banyak soalan terus menerus dari mulut Mashitah. Nadia berhenti mengemas beg dan menghela nafasnya perlahan. Nadia faham, memang pelik. Dia tiada sesiapa selain Mashitah yang setia di sisinya.

"Kalau aku cakap aku dapat keluarga angkat kau jangan pelik pulak. Aku balik rumah keluarga angkat aku. Area sini je. Diorang suruh aku balik setiap hujung minggu. Sunyi katanya dan boleh eratkan hubungan kami sebagai satu keluarga." Ujar Nadia penuh yakin dalam pembohongannya. Dapat jalan untuk elakkan Mashitah menyoal.

"Keluarga angkat? Macam mana boleh dapat keluarga angkat?" Nadia tersenyum sendiri. Lupa Mashitah ni bukan orang yang mudah terima jawapan selagi dia rasa ada sesuatu yang dia tak tahu.

"Panjang ceritanya. Dah lah, banyak pulak kau tanya. Yang penting, aku tak buat benda yang bukan-bukan. Kau jangan risau ya Mashitah." Tangan Mashitah digenggam erat. Mashitah mencebik dan mengangguk.

"Sorry kalau aku tanya banyak. Kau kawan aku, aku cuma tak nak kau susah belakang hari. Jadi, ada apa-apa yang aku patut tahu, kau bagitahu jangan berahsia." Ujar Mashitah sebelum bangun dan kembali ke meja belajarnya. Nadia mengangguk dengan senyuman.

"Terima kasih Mashitah."

"Yelah yelah." Nadia ketawa. Mashitah tak suka perkara sentimental, dia cengeng!

Seperti yang dijanjikan, selepas selesai solat Asar, Nadia telah pun siap untuk pulang ke rumah Noh Daniel buat pertama kali. Berdebar juga hatinya kerana selepas hari pernikahan minggu lalu mereka tidak berjumpa selain di kuliah sahaja. Noh Daniel juga tidak menghubunginya. Baru semalam Noh Daniel menghantar mesej menyuruh dia bersiap untuk pulang ke rumah petang ini.

"Assalamualaikum. Dah siap dah. Kat mana?" Laju sahaja Nadia mengangkat panggilan Noh Daniel.

"Kat foyer pagar depan kolej awak. Cepat."

"La... kan saya kata tunggu dekat bus stop. Orang perasan nanti macam mana?" Nadia mula membebel sambil menjinjit beg baju dan memakai kasut.

"Turun je la cepat, saya tunggu." Talian terus dimatikan. Nadia berdebar. Kalau ada mamarazzi macam haritu mati dia nak menjawab dengan Mashitah. Mujur sahaja sekarang Mashitah masih tidur, kalau tidak banyak juga soalan yang akan disoal. Mujur!

Nur Nadia menapak laju menuruni tangga dan terus melangkah ke foyer utama. Tercari-cari kereta Noh Daniel tapi tidak kelihatan. Hanya ada beberapa kereta lain yang tidak dikenali. Telefon dalam beg di ambil dan nombor Noh Daniel dihubungi.

"Mana awak Encik Noh?" Nadia berdiri di depan pejabat kolej. Matanya meliar mencari Noh Daniel.

"Dah tadi cakap dekat bus stop, lepas tu tanya lagi."

N & NWhere stories live. Discover now