Noh Daniel&Nur Nadia Part 9

445 23 0
                                    


Part 9

"Nadia tunang aku. Aku nak bawak dia balik harini juga." Tuan Hassan yang membelakangi semua orang di ruang tamu itu bersuara tegas. Noh Daniel yang kebetulan masuk ke ruang itu merengus marah.

"Nur Nadia isteri saya yang sah. Tiada siapa yang ada hak ke atas dia melainkan diri dia, saya dan Allah." Semua yang ada terdiam. Tuan Hassan mengalih badannya laju memandang ke arah Noh Daniel dengan pandangan yang menikam.

"Tapi dia tunang aku. Kau dah ambil hak aku menjadi hak engkau." Marah Tuan Hassan dengan bengis.

"Tunang tidak menjanjikan apa-apa. Lagi pula, Nadia dah ceritakan semua dekat saya. Bagi saya itu bukan tunang atau apa-apa. Cuma paksaan seorang lelaki yang teringin beristeri lebih dari dua." Sinis sekali Noh Daniel membalas. Tuan Hassan rasa ditampar kuat. Berang jadinya.

"Danny.... Duduk dan bincang hal ini elok-elok." Datuk Nour Rahman mencelah di saat Tuan Hassan mahu membidas.

"Semua ni salah budak tak guna tu. Semua jadi kacau bilau." Salleh, pak cik yang menjaga Nur Nadia selepas kematian ibu abah mencelah. Nadia dijeling penuh benci. Nadia sedari tadi sedia memegang belakang baju Noh Daniel. Bersembunyi di balik suami.

"Baik-baik sikit ya pak cik. Nur Nadia nama isteri saya, bukan budak tak guna." Noh Daniel membela, berang mendengar makian sebegitu kepada Nadia.

"Okay sekarang semua diam dan bertenang. Kita bincang." Datuk Nour Rahman cuba mengawal keadaan.

"Nur Nadia sudah menjadi isteri kepada Noh Daniel anak lelaki saya... Kiranya Nadia dah jadi anak saya jugalah. Ahli keluarga kami. Saya tak salahkan Nadia sebab sebelum saya kahwinkan mereka berdua, saya dah telefon Encik Salleh. Ingat lagi tak? Encik Salleh tak ada maklumkan yang Nadia ni dah bertunang. Kenapa tiba-tiba harini datang nak bawak Nadia balik?" Datuk Nour Rahman bersuara tegas tetapi dalam tenang.

"Tapi kan aku tak setuju masa tu!" Salleh membela diri. Tuan Hassan memandangnya tajam seperti mahu telan!

"Iya saya tahu. Encik Salleh cuma kata Encik tak setuju Nadia kahwin aje. Encik tak nak apa-apa alasan daripada saya. Encik cuma kata Encik tak bagi Nadia kahwin dengan Noh Daniel. Itu sahaja. Tak ada pula nyatakan yang Nadia dah bertunang." Datuk Nour Rahman mengulang kembali apa yang telah dibincangkan sebelum Nadia dan Noh Daniel dikahwinkan.

"Sebab dia dah bertunanglah aku tak bagi dia kahwin. Kau ni..." Salleh sudah tidak senang duduk. Gelabah!

"Nadia... tiba masa untuk Nadia untuk jelaskan semuanya daripada pihak diri Nadia sendiri." Datuk Nour Rahman memanggil Nadia yang sedari tadi hanya berdiam diri.

"Nadia tak pernah bertunang..." Nadia mula bersuara namun cepat sahaja dicelah.

"Apa yang kau cuba menipu ni?" Tuan Hassan berang.

"Bila Nadia menipu? Tuan Hassan dan Pak cik yang cuba menipu sekarang ni!" Nadia meninggi suara. Cuba melepas segala yang tersimpan dalam hatinya. Tangan Nadia yang menggigil digenggam erat oleh Noh Daniel, bagai menyampaikan kekuatan buat Nadia.

"Kau boleh belajar sampai sini pun sebab aku yang izin. Kalau tidak kau dah lama jadi bini aku. Kau dah janji nak kahwin dengan aku!" Tuan Hassan masih tak berpuas hati.

"Ya janji. Janji seorang budak hingusan yang baru habis sekolah yang tiba-tiba kena paksa kahwin dengan lelaki yang sama umur dengan ayah dia. Janji itu yang Tuan nak tuntut? Apa, tak cukup lagi ke isteri-isteri Tuan dekat kampung tu?" Air mata Nadia mulai mengalir di pipi. Pedih benar apabila janji sebegitu yang dipinta untuk ditemeterai. Janji bodoh!

N & NWhere stories live. Discover now